Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Wednesday, January 27, 2010

Percutian Percuma!!

Melodrama of Unknown at 7:12 PM
Uishk!! Aku baru sahaja selesai mengarang ayat terbaik punya untuk dihantar kepada MAS!! Untuk apa??? Ak nk mohon jd pramugari ker?? Ishhhkkk…..bukanlah!!!! tetapi aku baru jer menjadi salah seorang peserta pertandingan “saya nak cuti” anjuran MAS dengan kerjasama Astro. Ada apa dengan pertandingan ini?? Meh sini aku citerkan ya…

Mula2 anda dikehendaki check ic masing2 sama ada ada sudah lepas 18 tahun atau belum. Kalau belum anda kena tunggulah sampai cukup umur 18 tahun. Kalau dah cecah 18 tahun keatas anda layak ikuti langkah seterusnya.

Setelah pasti anda berumur 18 tahun dan keatas, ada dikehendaki mencalonkan diri anda atau sesiapa yang ada nak bagi hadiah percutian ni dengan mengarang sebuah karangan tentang destinasi percutian yang anda hendak pergi. Pastikan karangan anda itu TIDAK melebihi 350 patah perkataan ok! Saya ulang lagi ni, TIDAK melebihi 350 patah perkataan atau penyertaan anda akan terbatal.

Setelah selesai mengarang, hantarkan penyertaan anda mastraveller.com beserta gambar sekali.

Sekiranya, anda terpilih sebagai pemenang utama, ada akan dapat bercuti secara percuma dan menjadi hos rancangan percutian anda sendiri selama 4 hari 3 malam!!!
Dimana ia akan di taja sepenuhnya oleh MAS dan akan ditayangkan di Astro Ria!!!

Ingin saya HIGHLIGH kan disini bahawa tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 january 2010 ini!!!!! Oleh itu, cepat2lah anda mula mengarang!!!!!

Ni fasa2 pertandingan tue…


Ini pula adalah contoh karangan yang aku send

Saya NAK cuti!! PERCUMA!!! Ishk, siapa nak bagi? Percayalah, mastraveller boleh merealisasikannya. Oleh itu, jika saya terpilih sebagai pemenang peraduan anjuran syarikat penerbangan terulung di Malaysia, iaitu MAS dengan kerjasama ASTRO ini, saya memilih untuk ke Bali. Saya tahu, mesti ramai di antara kamu sudah berpuluh-puluh kali kesana dan tentu t-shirt I ♥ Bali sudah berlambak-lambak di dalam almari. Oleh itu, saya sangat berbesar hati (terdesak/terpanggil) untuk menjejakkan kaki kesana juga. Saya dengar Bali adalah pulau yang sangat cantik, oleh kerana itu ia diberi nama jolokan sebagai “Paradise Island”. Tambahan pula, saya boleh mengacarakan rancangan ini dengan baik, kerana saya sukakan aktiviti dan banyak bercakap. Saya akan membuat liputan tentang keunikan Bali kepada mereka yang senasib seperti saya (iaitu, mereka yang tidak pernah ke Bali). Nanti, bolehlah saya ronda-ronda disekitar Bali sambil menikmati keindahan semulajadi Bali dengan menaiki Scooter yang comel, terutama jika memasuki kawasan bandar (mesti sesak). Kemudian mengamati sejenak peninggalan sejarah di sekitar Bali dan melawati kuil-kuil yang banyak terdapat disana. Kemudian saya hendak merasa masakan laut segar di tepi Pantai Kuta (pantai yang paling popular di Bali). Saya dengar masakan laut mereka sangat sedap dan segar. Jikalau sudah berada di pantai, adalah sangat merugikan jika tidak melihat kehidupan akuatiknya pula. Oleh itu, saya akan mencabar diri saya untuk melakukan aktiviti snorkeling (kerana saya tidak pandai berenang, tetapi sangat sukakan laut dalam). Puas sudah dengan aktiviti di pantai, adalah sangat disarankan menikmati keindahan budaya di Bali pula. Oleh itu, pada malam hari, saya akan ke Ubud, untuk melihat sendiri budaya tradisional penduduk Bali. Saya dengar, Ubud adalah pusat kebudayaan, dimana mereka tidak pernah putus dengan pelbagai persembahan. Saya sangat sukakan tarian tradisional, mungkin saya boleh belajar sedikit tarian mereka dan ajar rakan-rakan saya di tanah air nanti. Apa yang pasti, sebelum saya meninggalkan Bali, saya akan dapatkan tshirt I ♥ Bali saya sendiri! Saya rasa cukup sudah saya mengarang disini, jika terlebih karang, takut terbatal pula penyertaan saya. Akhir kata, pilihlah saya! Jauh perjalanan luas pengalaman.

Dan ini gambar yang aku bagi (mmg dah tak da gambar lain)



Oleh itu, jika aku terpilih antara top 12, jgn lupa untuk mengundi aku tau!!! heheee...
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

5 VVIP Readers on "Percutian Percuma!!"

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ on January 27, 2010 at 9:35 PM said...[Reply to comment]

agak² akalu aku undi dapat ole² tak???
hehehehe...

Unknown on January 28, 2010 at 1:09 AM said...[Reply to comment]

uishk!!! mestilah....10 pengundi terawal akan dapt ole2 dr bali...gerenti!!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ on January 28, 2010 at 9:51 AM said...[Reply to comment]

aku nak undi mcm mane???
adesss...
nak vote ko nie...

Megumi Shika on January 28, 2010 at 4:45 PM said...[Reply to comment]

heeheeee chomelnye die ni!!!!!!
ok2...essay dh chomel (n kelakar!) so pray hard k!!!
hehehe!!!

khalisyaa on February 2, 2010 at 12:11 AM said...[Reply to comment]

oh..
anda mmg cantek..
hehe..
all the best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal