Rambut adalah mahkota setiap wanita…itu kata iklan Panteen. Aku setuju. Anguk..angguk..hahha!!
Bagi kamu yang mahukan Tips memanjangkan rambut. Sini aku ada sedikit ilmu ingin dikongsi bersama. Seperti biasa ingin aku ingatkan disini, aku bukanlah seorang professional. Cuma ingin berkongsi. Jika ada info yang silap dimata kamu, harap diperbetulkan.
Sebelum aku pergi kepada tips, aku nak kamu tahu tentang fakta dahulu:
Kamu tahu tak bahawa rambut kita ini akan memanjang sebanyak 1-3 cm SETIAP BULAN?! Ya…percayalah, itu adalah fakta. Itu gunanya Sciences.
So, jika begitu kejadiannya, kenapa ada petua2 memanjangkan rambut?? Hmmmm….
Disinilah, tricknya. Sebenarnya, kita hanya mampu memaksimumkan pemanjangan rambut kita setiap bulan, tetapi kita tidak boleh mempercepatkannya. Dari fakta, rambut kita boleh memanjang maksimum 3cm setiap bulan, itulah goal kita kali ni. Memaksimumkan pemanjangan rambut. Yeahhhh!! Hahaha..
Oleh itu kita mulakan:
Rawatan Dari Dalam
Pemakanan. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin B serta biotin. Amalkan makanan berikut: Bayam, Brocoli, Pisang, Kacang merah, Lentil, salmon, almond, walnut, telur, roti gandum (whole bread), carrot, dan juga tiram. Kesemua makanan diatas mengandungi nutrisi yang lengkap dan padat untuk pertumbuhan rambut yang lancar dan sihat serta maksimum.
Rawatan Dari Luar
Semasa nak syampoo rambut, gunakan syampoo dan pelembab yang mengandungi minyak pelembap seperti avocado. Kemudian amalkan urutan ini:
Gunakan hujung jari kamu dan urutkan seluruh kulit kepala paling minimal 2 minit! Hal ini akan melancarkan pengaliran darah kulit kepala. Sekali gus, merangsang pertumbuhan rambut!
Bak kata Kingsley: “Rambut yang baru akan mengalami kesukaran untuk tumbuh jika melalui lapisan kotoran, minyak dan sel2 mati”
Seterusnya, jangan abaikan perlindungan rambut kita. Bagi yang bertudung. Kamu blh abaikan langkah ni, tapi bagi yang freehair, pastikan kamu pakai serum atau apa sahaja product rambut yang mengandungi perlindungan sinar UV. Then, you are good to go!
Ada juga petua traditional menyarankan kamu lumurkan air serai pada rambut. Tapi aku tak pernah amalkan, makanya aku tidak tahu hasilnya. Takut2 silap langkah, rambut panjang, berkelemumur pula…haih!!!! Susah….susah….
Oleh itu, Selamat Mencuba!!!!
P/s: Klu nk express, amik supplement ajer lah. Pergi Watson, kemudian beli supplement yang mengandungi Vitamin A, B dan Biotin. Senang kerja. Ye tak….hahha!!
26 VVIP Readers on "Maksimumkan Pemanjangan Rambut"
haha yang express jugak best. esok g watson la cari supplement. hehe
@INFOzi yaaahhh!! itu dia....hahhah!! express juga menang! hahah!!
thx kongsi sesame ye!
kalo rmbut cm sy nih?haha..kguguran cmne lak..pnjang lagi bnyak ggur..haha..
patut ar rambut Syed tebal n panjang semcm je,,,,lupenye,syed ade amalkn rawatan dari dalam,,,huhu...
cik aisyah..hehe sy suke entri tips2 mcm ni. emmmm nak request bole? pasal cara2 nak elakkan rambut mudah gugur..rambut sy mcm nak botak dah.tidak mahu ia terjadi.wuwuwuwww
thank u for sharing this information..loike!
no wonder rambut kita cepat panjang, pisang,telur,roti hohooo
@chentaMAYAaiitt! ur welcome maya...
@ARJUNA.Increambut mudah gugur pun disebabkan pemakanan. oleh itu, bykkan memakan makanan yg seimbang...huhu...
@Syed Hilmi Syed Yahyahahhahahhaha!!! bgslah... =)
@Si DauN CeRihai dear...thanks for ur support!! alrite...nnt sya buat entry elakkan keguguran rambut ya...hehe...
@rossoneriyaaa!!! itu dia.....bgs!! bgs!! yok kita maxkan pemanjagan rambut!! (dah mcm iklan dah..) hahahh!!
mungkin petua ni berguna untuk org failed simpan rambut mcm i haha
rambut saya asyik gugur jer... huhu
owh itukah secret resepi nyer..
thanks for sharing :)
kita nk tnye.. kalo nk dye rmbut, ade tak dye yg halal? i mean yg leh serap air.. huhu teringin nk dye rmbutla..heheh ^^
petua gua pakai tudung.. :)
huhu..pasnie semua simpan rambut pnjg2 k...kita compete each other,...tgk sape ley cipta rekod..hehe (^_*)
salam
syira suka rambut panjang :)
tips minimumkan pemnjangan rambut tak ade ke?huahua
Hmmmm camtu rupanya...rambut pendek skrg ni, cadang nak panjangkan gak. Terima kasih berkongsi info ni.
oo.. aloo.. nak raqmbut cepat panjang.. huhu~
Yep! I notice dat my hair grows longer and faster by massaging my scalp with hair serum. Mmg syok. Tp ms tu free hair. Skrg dh pkai tdung, rambut pun dh lmbt pjg n dh kusut. huk3
Awak di tag..
http://thelifeofika.blogspot.com/2010/12/extreme-makeover-ftom-kenitchiko.html
lelaki pun nak panjangkan
rambut.hehe...
actually..saya selalu pkai santan klapa.. pon rmbut pjg jugak la dalam sebulan dri pj bahu truih pjg smpi ke pras pinggan just enough in 1month.. haha tapi kne rajin2 la.. xleh hangat2 tahi ayam jew..
anyway.. bgus jugak tips ni.. nak try la.. huhu..
Post a Comment