Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine
Showing posts with label AAR Articles. Show all posts
Showing posts with label AAR Articles. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Educations. Its Essential!

Melodrama of Unknown at 1:00 PM 1 VVIP Readers
I’ve been working as an Academic Consultant at my dad & mummy’s company. It’s Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar in Larkin Perdana. Since, I’m starting my long semester, I can’t commit to my duty. However, what I learnt from those experiences is sometimes certain people had a second chance to IMPROVE their life but they wasted it.

We’ve been approach a lot of students mostly with a bad SPM results!!! We tried our best to consult them the choices that they have but they started to be demanding. Started to ask for a high standard course that doesn’t match with their results requirements.

Sometimes, we need to let an expert do their job. They know which college and course suit you best. Not only took in consideration of your family financial but also considering whether you can handle those courses or not. But still, the choice is yours.

I believe in a second chance. So when I get it, I didn’t waste it. We never know when that luck will come again right. So, grab it as it available. IMPROVED!!

Parents! Education now much easier compare those days. There’s PTPTN, MARA, KWSP and such! If your child wants to continue study, let them be. Support them! Don’t let your insecure feeling jeopardize your child future! Let them go, learnt about the real world. Facing real situation. Don’t keep them in home, waiting for a miracle to knock on your door. It is not the generation that we want to generate for future leader.

Only through educations, you can change your life condition. Believe it or not, believe it.
www.tips-fb.com

Sunday, June 26, 2011

Kenapa GIRL fight=CAT Fight?

Melodrama of Unknown at 4:02 PM 8 VVIP Readers
Pernah tak korang terfikir, tiap kali orang pompuan gadoh jer, orang laki pun cakap:

“Hmmm….cat fight…”

Eh, kenapa tetiba nak samakan orang pompuan dengan kucing? Nak kata pompuan comel2 macam kucing ke? Tapi….Hamster pun comel jugak. Arnab pun comel. Tapi kenapa kucing juga yg ditabalkan? Kenapa?

Why not people said it as a Hamster fight! Or Rabbit fight!! Hmmmm….Dugong fight kerrr…hahhahahah!!!! Ok, aku karut.

Bila aku tanya Mr. Google, dia cakap:
“Catfight is a term for an altercation between two women, typically involving scratching, slapping, hair-pulling, and shirt-shredding as opposed to punching or wrestling”
Sebabkan aku tak ada benda lain nak buat, aku pun sengaja suka2 google translatekan kata-kata Mr. Google tadi kepada bahasa melayu:
“Catfight adalah istilah untuk perbalahan antara dua wanita, biasanya melibatkan mencakar, menampar, menarik rambut, dan mencarik baju bertentangan dengan menumbuk atau gusti”
So, seriously aku rasa nak gelak baca statement ni. HAHAHAHHAHHAH!!

Tapi mmg typical apa…...kalau orang pompuan gaduh memang dorang suka main tarik2 rambut....Haaa…kau tampar aku, aku tampar kau balik, sambil mulut tak abis2 kata:

“Amik kau..amik kau….*^*&&^$%$#@&”
Lepas settle gaduh, memasing pergi manicure untuk buat balik kuku yang dah tercabut masa tampar-menampar tadi, pastu pergi salon setting rambut yang dah serabai kena tarik2 tadi.

Tapikan, korang tak rasa ke pompuan sekarang ni dah maju. Sejak citer IP Man ditayangkan, dah ramai pompuan pandai Kung fu beb!! Sejak ‘The Rock’ jadi superstar, ramai pompuan suka wrestling! Fuhhh!! Nampaknya, pompuan sekarang makin kebal seyhhh!!!

Apa yang aku nak sampaikan dalam entry ni pun aku tak sure. Cuma tetiba istilah ‘Catfight’ pop up dalam minda yang dah nak beku ni. So, beware to all boys out there. Think twice before you broke a girl’s heart. Kalau dulu korang mungkin akan menerima satu tamparan maut. Tapi kini korang akan terima ini……
Suka Entry ni, tinggalkan Comments ya!
www.tips-fb.com

Monday, January 10, 2011

Aku di Anugerah Juara Lagu ke-25!

Melodrama of Unknown at 12:35 AM 4 VVIP Readers
Tak sangka Anugerah Juara Lagu sudah masuk musim ke-25! Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan AJL setiap tahun, mesti korang blh tengok perkembangan industri musik kita yang pada pendapat aku, Industri muzik kita sudah banyak berkembang dan pelbagai. Perbezaannya boleh dilihat dari segi pengaturcaraan muzik kini berbanding dahulu (up-to-date).

Baru je tadi aku menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-25 yang telah disiarkan secara langsung di TV3 bermula dari jam 9 malam tadi! Di host-kan oleh Sheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang pada pendapat aku kurang menyengat dan kurang menarik. Gabungan mereka bertiga seakan tidak serasi gtue. Ye lah, bila Faizal buat lawak, Ally tak reti  nak sambung malah seakan blur gtue.

AJL kali ni mempertaruhkan 14 buah lagu untuk dipertandingkan. Berikut merupakan finalis2 yang bertanding dan sedikit ulasan dari aku tentang persembahan overall mereka tadi. 
Yuna : Cinta Sempurna
Performance biasa2 aja sebab Yuna tak byk bergerak, cuma duduk bermain keyboard. 
Vokal Yuna jelas dan boleh tahan. 
Tomok : Berlari
Performance memang sah mantap (something refreshing!!). Antara yang best kot!!
Vokal agak kurang kerana ada sikit kurang jelas. 
BTW..its one of my favourite song!!
A.P.I : Pelita
Performance biasa2 aja (nothing special) cuma watak Lan tu nmpk extreme. Nice try!! 
Vokal Lan mantap (Semua pun tahu). Tapi Noh mcm kabur2 sikit
Shahir : Kebahagiaan dalam Perpisahan
Persembahan Shahir nampak kaku, lembik dan tak bermaya!!!!! Siyes aku menyampah dgn pompuan yang menyibuk atas stage tue!!! Entah apa2 jer lah..
Vokal jelas tapi biasa2 ajer (Nothing special at all).
Meet Uncle Hussain : Drama King
Persembahan boleh tahanlah. Nothing memorable. 
Vokal Black pun bagus cuma tak 'wow'.
Hafiz : Noktah cinta 
Persembahan biasa2 sahaja, tapi tiba2 ada gimik dia mati kena tembak gtu. Pastu terus bertukar pakai baju putih. So, I thought...nice try....
Vokal dia mmg mantap.
Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku
Persembahan boleh tahan ceria.
Vokal tidak berapa kuat tapi jelas.
Faizal Tahir : Selamat Malam
Persembahan memang unik (Kalau blh semua pelakon tue!!)
Vokal dia mantap!
Adira : Ku Ada Kamu
Persembahan menarik. Entrance unik (naik buai tue) 
Vokal jelas dan mantap!
Bunkface : Ekstravaganza
Persembahan bertenaga cuma nothing special.
Vokal Sam sememangnya hebat!
Black : Sofea Jane
Persembahan Black secara solo dengan beberapa penari latar yang pada aku biasa2 aja.
Vokal Black utk lagu ni jelas dan 'high not' dia berjaya!
Faizal Tahir : Hanyut
Persembahan beliau unik!!!!!! Memorable!
Vokal beliau meremangkan aku! Marvelous!
Stacy : Jahat
Persembahan beliau sgt bertenaga dan menarik!!
Vokal jelas dan antara yang mantap
Hujan : Mencari Konklusi
Persembahan biasa2 aja. 
Vokal totally biasa. Ha..ha...hampeh!

Berikut pula adalah senarai juri yang dipertanggungjawabkan untuk menilai lagu2 yang dipertaruhkan.

Juri2:
Acis
Azmeer
Habsah Hassan
Andy Flop Poppy
Amy Search
Acai
M. Nasir

Special performance yang mantap turut menyerikan suasana AJL ke-25!!

Dato' Sharifah Aini
Ziana Zain (vokal beliau meremangkan!!!!)
Dato' Siti Nurhaliza (MANTAP!!!)

Berikut ialah keputusan yang telah dibuat Juri
Persembahan Terbaik
Hanyut - Faizal Tahir
Vokal Terbaik
Hafiz - Noktah Cinta
Lagu Tempat Ke-3
Noktah Cinta - Sheikh Qalam & Ajai 
Lagu Tempat Ke-2
Drama King - Tun Teja & Taja
Juara Lagu Musim ke-25
Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Tahniah kepada para pemenang!!!!
www.tips-fb.com

Thursday, December 23, 2010

Maksimumkan Pemanjangan Rambut

Melodrama of Unknown at 3:46 AM 26 VVIP Readers
Rambut adalah mahkota setiap wanita…itu kata iklan Panteen. Aku setuju. Anguk..angguk..hahha!!

Bagi kamu yang mahukan Tips memanjangkan rambut. Sini aku ada sedikit ilmu ingin dikongsi bersama. Seperti biasa ingin aku ingatkan disini, aku bukanlah seorang professional. Cuma ingin berkongsi. Jika ada info yang silap dimata kamu, harap diperbetulkan.
Sebelum aku pergi kepada tips, aku nak kamu tahu tentang fakta dahulu:
Kamu tahu tak bahawa rambut kita ini akan memanjang sebanyak 1-3 cm SETIAP BULAN?! Ya…percayalah, itu adalah fakta. Itu gunanya Sciences.
So, jika begitu kejadiannya, kenapa ada petua2 memanjangkan rambut?? Hmmmm….

Disinilah, tricknya. Sebenarnya, kita hanya mampu memaksimumkan pemanjangan rambut kita setiap bulan, tetapi kita tidak boleh mempercepatkannya. Dari fakta, rambut kita boleh memanjang maksimum 3cm setiap bulan, itulah goal kita kali ni. Memaksimumkan pemanjangan rambut. Yeahhhh!! Hahaha..

Oleh itu kita mulakan:

Rawatan Dari Dalam

Pemakanan. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin B serta biotin. Amalkan makanan berikut: Bayam, Brocoli, Pisang, Kacang merah, Lentil, salmon, almond, walnut, telur, roti gandum (whole bread), carrot, dan juga tiram. Kesemua makanan diatas mengandungi nutrisi yang lengkap dan padat untuk pertumbuhan rambut yang lancar dan sihat serta maksimum.

Rawatan Dari Luar

Semasa nak syampoo rambut, gunakan syampoo dan pelembab yang mengandungi minyak pelembap seperti avocado. Kemudian amalkan urutan ini:

Gunakan hujung jari kamu dan urutkan seluruh kulit kepala paling minimal 2 minit! Hal ini akan melancarkan pengaliran darah kulit kepala. Sekali gus, merangsang pertumbuhan rambut!
Bak kata Kingsley: “Rambut yang baru akan mengalami kesukaran untuk tumbuh jika melalui lapisan kotoran, minyak dan sel2 mati”
Seterusnya, jangan abaikan perlindungan rambut kita. Bagi yang bertudung. Kamu blh abaikan langkah ni, tapi bagi yang freehair, pastikan kamu pakai serum atau apa sahaja product rambut yang mengandungi perlindungan sinar UV. Then, you are good to go!

Ada juga petua traditional menyarankan kamu lumurkan air serai pada rambut. Tapi aku tak pernah amalkan, makanya aku tidak tahu hasilnya. Takut2 silap langkah, rambut panjang, berkelemumur pula…haih!!!! Susah….susah….

Oleh itu, Selamat Mencuba!!!!

P/s: Klu nk express, amik supplement ajer lah. Pergi Watson, kemudian beli supplement yang mengandungi Vitamin A, B dan Biotin. Senang kerja. Ye tak….hahha!!
www.tips-fb.com

Apa? Atau Kenapa?

Melodrama of Unknown at 1:58 AM 11 VVIP Readers
Apa itu cinta? Sayang? Minat? Suka?

Sesetengah mereka mengatakan bahawa kesemuanya itu membawa maksud yang sama. Serupa. Seerti. Tiada bezanya. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa tiap satunya itu membawa maksud yang berbeza. Complicated juga bahasa kita ni ya. Tapi tak per. Aku bukan nak cerita tentang bahasa kali ni. Tapi aku nk tekankan pada maknanya yang tersirat. Yang tersembunyi. Yang Halus. Mulus. Fulus…ok…karut….tettt…
Suka-Pada aku, ia memberikan gambaran yang samar tentang suatu perasaan. Suka-Pada aku, cuma kata2 dasar dalam meluahkan perasaan. Suka-Pada aku, hanya permulaan perasaan.
Minat-Pada aku, bermula dari Suka. Minat-Pada aku, tuntutan usaha dan keinginan. Minat-Pada aku, detik perkembangan suatu perasaan.
Sayang-Pada aku, datangnya dari minat. Sayang-Pada aku, suatu yang universal. Sayang-Pada aku, mulanya rasa ingin memiliki. Sayang-Pada aku, tuntutan untuk melindungi. Sayang-Pada aku, keamanan jiwa. Sayang-Pada aku, menuntut pengorbanan.
Cinta-Pada aku, suatu kegilaan. Cinta-Pada aku, suatu yang suci. Cinta- Pada aku, suatu kepentingan diri. Cinta-Pada aku, melepaskan. Cinta-Pada aku, ketulusan hati. Cinta-Pada aku, sebenar-benar rasanya hati. Cinta-Pada aku, memelihara dan memusnahkan. Cinta-Pada aku, sebuah teka-teki yang harus diungkaikan sepenuhnya dengan kasih sayang. Cinta-Pada aku, oksigen. Cinta itu, suatu misteri.
Jiwang bukan?? Terlalu puitis mungkin. Tapi tak per, yang penting maksud yang ingin aku sampaikan, difahami kamu.

Ada yang bertanya pada aku:
“Apa kamu buat, bila Si Dia melihat orang lain ketika bersama kamu?”
Dari sudut ego aku, aku akan mulakan dengan pembalasan:

Seperti mana dia buat aku rasa sakit hati, aku akan buat dia sakit hati dua kali ganda. Bayangkan kamu dan dia sedang keluar bersama. Tiba2 datang sekumpulan lelaki. Pastikan kamu melihat salah seorang daripada mereka. Dengan tajam. Lagi tajam. Lepas tue, kamu senyum dan tunduk. Bila, lelaki2 tersebut melepasi kamu, kamu melirik mereka dari belakang. Kemudian kamu geleng2 kepala. Mesti Si Dia akan mula merasa pelik, dan bertanya kenapa kamu geleng kepala, kamu jawab:
“Gosh!! That one over there, really shake me. Such a Man!”
Yaaaaa……you just hurt his feeling. That’s the goal. Padan muka dia. Siapa suruh dia mulakan dulu. Puas hati? Yup! Aku puas hati. Tapi cuma sementara. Percayalah, perbuatan balas membalas ni, tak akan selesaikan apa2 pun. Malah memburukkan lagi keadaan.

Tapi, jika kamu cintakan dia. Bukan persoalan APA yang kamu akan lakukan, tetapi KENAPA dia mesti memandang wanita lain. KENAPA?

Persoalan itu kamu hanya boleh dapatkan dengan perbincangan. Tanya dia, KENAPA dia masih memadang pada wanita lain sedangkan dia sepatutnya hanya memandang kamu seorang. Apa lagi yang masih kurang pada kamu yang tidak menepati citarasa hatinya.

Setiap perbuatan mesti ada sebabnya. Dapatkan jawapannya. Cuba. Kemudian, kamu nilai sendiri jawapan yang diberikan. Adakah ia berbaloi atau tidak.

Kamu kena ingat, lelaki yang baik akan terima kamu seadanya. Dia tidak akan cuba mengubah kamu menjadi suatu yang bukan diri kamu. Dia hanya akan memandang diri kamu sahaja. Hatinya, jasadnya dan jiwanya hanya ada kamu.

Jangan biarkan diri menjadi bodoh kerana cinta. Menjadi buta kerana cinta. Menjadi tuli kerana cinta. Menjadi hamba kepada cinta. Cinta manusia bukan sesuatu yang abadi. Oleh itu, chose wisely. Buka mata, buka hati dan buka minda kamu. Jangan kelak, kamu derita kerana cinta.
www.tips-fb.com

Sunday, December 12, 2010

Proton Inspira Kini Milikku!

Melodrama of Unknown at 7:39 AM 18 VVIP Readers
Semalam, Abuya call ajak aku pergi tengok Proton Inspira yang baru tu. Sebabkan dah janji nak bagi hadiah untuk Birth-day aku yang lepas. So, sekarang ni dah ada depan mata, kena tunaikan janji. Hati berbunga tak yah cakap ar. Akhirnya, Proton Inspira pujaan hati menjadi milikku!!!
Masuk ke kedai Jual Proton Edar kat area Larkin tue. Masuk2 jer aku dah aim Proton Inspira Solid White aku tue!! Oh, tetiba mata terlirik ke warna Plum Red pula. Tapi kenapa aku tgk warna Tranquility Black nmpk sophisticated gila. Sampaikan bila aku tgk warna Genetic Silver buat aku jadi rambang mata terus. Haih….napelah tak ada warna PINK! Grrrrr..

Pastu, aku pergilah jumpa En. Fahmi, agent yang tolong settlekan urusan jual beli ni lah. Pastu, aku pun tanya dia beberapa perkara tentang Proton Inspira ni, dan ini jawabnya:

Proton Inspira ni adalah hasil kerjasama di antara Proton dan Mitsubishi. Enjin dia pure Mitsubishi tapi body dan accessory all made in Malaysia. Purata harga adalah antara RM78,999-RM91,999 mengikut jenis yang dipilih. Terdapat 3 jenis iaitu:
Owh!!! Dengan monthly payment yang sebegitu mampukah aku? Mampukah?? Kejap, nak pergi check piggy bank aku tinggal berapa dah….ahhahaaa…..Pastu, abuya pun kata jangan risau. Dia akan beli cash! Oh!!!! Kenapa aku seorang yang sangat beruntung!! Ghee~
Setelah pikir punya pikir, aku yakin memilih Proton Inspira Solid White 2.0 litre MIVEC 4b11. Tiba2 phone aku berbunyi. Terkejut aku, terus bangun dari tidur. Uishk!!! jam, phone berbunyi sudah!! Arrrghhhh!! Potong steam tol!! Baru nak mimpi aku naik kereta tue merempit sekitar JB!!

Sedih….


p/s: Support Proton Malaysia!!!

www.tips-fb.com

Makhluk Pembunuh!

Melodrama of Unknown at 3:42 AM 2 VVIP Readers
Gambar Sekadar Hiasan
Salam Bloggers semua.

Pernah tak korang alami situasi dimana, korang sedang syok menjamu selera penuh bernafsu, tetiba hidung kamu tertangkap pada satu bau dan kemudian terus kepala jadi pening-pening lalat gitu. Kamu tahu bau apa?? Bukan!!! Bukan bau sate kajang!! Bukan!! Ishk…bau tengik badan orang blh lah tutup2 hidung. Bukan!!

Tapi……

Bau asap ROKOK!!!
“Come on la brader, aku muda lagi nie!!! Kakak aku nak tunang 18 ni!! Anak aku baru beranak kot!! Aku baru berangan nak makan ABC Special bila balik JB nnt. Jenny tunggu aku kat rumah tue brader….tak kan lu nak bagi aku mati kot!! Lu melampau! Aku tgh makan kot!!!”
Aku memang tak boleh terima dengan orang yang SMOKING di tempat makan. Pada aku biadap sangat lah tu! Ye lah, dia sendiri sudah sedia maklum akan bahaya Rokok dan ASAP rokok tu kan, dah tu dia boleh pula selamba tenuk sedut hembus, kembang kecut hidung dengan Rokok kat tempat awam camtue, siapa tak panas!

Spoil nafsu makan aku yang tengah berbara2 tu! Worst lagi, terpampang dengan sangat besar kot sign ni.
Pada mulanya tue, aku memang nak approach dia bagitahu dia
“Brader, bleh ark lu blah dari sini, smoking dalam keter lu ker. Lu nak kepam asap rokok lu tue kat dlm keter lu pun, tak der sape nak marah la. Agak2 lah. Paru2 wa derita ni bro!”
Tapi, Mr Boyfie kata jangan. Sabar. Kembang kecut hidung aku tahan marah!! (Ok, tipu…). Last2, aku pandang badi jer kat dia sampai dia rasa annoying. Pastu, dia tak selesa kot aku tengok dia marah2 cam tu, dia pun bangun, pergi bayar bill pastu blah dengan sorang kawan lelaki dia dan 2 lagi perempuan (awek mereka). Kesian awek dia, boy dia bunuh dia terang-terangan, dia boleh rela!!!

Sini ada sedikit pesanan pada Perokok2 Tegar Semalaya diluar sana (mcm dorg baca..) bahawa:

1.Belia sekarang adalah belia benci merokok. Kamu saja yang ketinggalan dalam gua.

2.Kalau kamu nak merokok sekali pun, tengok tempatlah, pergilah merokok dalam kereta kamu ke, tak pun kamu amik tiub yang blh menyambungkan asap rokok tue terus ke hidung kamu. Kata nak nampak COOL…..ni baru COOL!!

Kepada belia2 benci merokok pula:

1. Kamu ada HAK, untuk meminta si perokok supaya tidak merokok di sekitar kamu. Terutama sekali apabila berada di tempat2 makan. (Teguran ni sesuai pada perokok yang jauh lebih tua dari kita)

2. Tak pun, kamu boleh bagi dia signal dengan cara: kamu ambil beberapa helai tisu, kamu tekupkan dihidung, sambil  libas2 kan tangan seolah2 macam melibas lalat tue. (Sesuai pada perokok2 muda, atau pun sebaya kita)

3. Kalau dia still berdegil, kamu ckp kuat2:
“Tolong!!!! Dia sedang membunuh paru2 saya!!! Tolong!!!”
Gerenti dia pun cuak terus nightmare!! (Ni, bagi perokok yang degil tak reti bahasa!!)

Kepada kaum wanita2 yang gojes2 diluar sana, jika kamu dalam pencarian memilih calon pak we, ataupun SUAMI, pilihlah mereka yang TIDAK MEROKOK. Apa yang kamu tidak sedar ialah, dalam kalimah cinta yang diberi, dalam kasih dan sayang yang ditaburi, dalam janji manis yang dibuat sebenarnya dia sedang membunuh kamu setiap kali dia merokok dihadapan mu. Berbaloikah hidup kamu untuk dibunuh free2 macam tu je? Tepuk dada, Tanya selera.
Kalau aku, aku suruh dia bercinta dgn ROKOK, makan dengan Rokok, mandi dengan ROKOK, Tidur dengan ROKOK dan MATI dengan ROKOK.
www.tips-fb.com

Friday, December 10, 2010

Bahaya Sushi!

Melodrama of Unknown at 1:12 AM 16 VVIP Readers
Pada kamu yang gemar makan SUSHI atau Shashimi ker....aku sarankan kurang-kurangkanlah. Bukan apa, korang pun tahu apa itu concept Sushi kan....dia masak makanan tu pun separuh masak, ada yang dua tak masak langsung, serve fresh2 gtue jer. Nasib baiklah aku ni jenis tak leh blah ngan Sushi ni. Aku makan nasi lemak jer...hahhahah!!

AMARAN!
Sesapa yg tgh makan tue, baik jgn tgk...tgk jap lagi..after abis makan. Yang lain blh tgk...meh..meh...

Fakta kes:
Nama Uncle ni Mr Shota Fujiwara. Dia orang jepun arr. Dia ni suka sgt makan Sushi dan Shashimi! Sampaikan dia suka sushi tu berkeadaan mentah. Nak kekalkan kesegaran la katakan. Pastu dia dapat headache! Derita selama 3 tahun sebab dia sangka migrain sebab stress bekerja. Sampai dia hilang function psycomotor skill baru dia pergi jumpa doktor. Bila doktor scan, doctor temui ada cacing!!!!! Nah, tgk ni.


PERINGATAN:
Cacing ni, terdapat pada semua benda hidup sebenarnya. Pada kita pun ada. Cacing Pita namanya. Geli aku!!! Oleh itu, setiap makanan laut terutamanya haruslah dimasak atau disejuk bekukan pada suhu 4c-0c. Dengan cara itu sahaja dapat mematikan cacing tersebut dan juga telurnya. Barulah makanan tu selamat dimakan. Kurang-kurangkan lah makan Sushi tue, nak2 lagi yang tak masak tue. Kita tak tahu bukan, kot terselit telur cacing kat sayur tue ker.

Petikan asal dari Snopes.com
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Thursday, December 9, 2010

Lelaki, bila tak dapat mula biadap!

Melodrama of Unknown at 9:11 PM 31 VVIP Readers
Ok, hari ini aku nk ulas tentang isu ini. Kepada kamu, kaum2 lelaki diluar sana, ini bukan satu pertuduhan, tetapi satu kejadian!!

Aku sangat tak boleh blah pada lelaki yang tak reti bahasa! Bukan apa, aku ni usaha fikir cara terbaik menolak dia supaya tidak memalukan dia, tapi dia pula makin mendesak. Dah tue, bila kita blah gtue ajer, dia pula melenting kata kita sombong, tak cantik, bagai. DAh tue, kalau aku tak cantik yang kau nk ngorat aku tu apa pasal??

Lelaki juga kena faham dilemma perempuan. Umi aku pesan, kalau nk reject lelaki sekalipun, jgn sampai memalukan mereka. Takut mereka berdendam. Huhu….ye lah, kalau setakat sorang tu, aku rasa aku blh lagi kick apa yang patut kalau kena serang, tapi kalau berlima, tak tertanggung kudrat wanita ku ni lawan.

Demi mengelak perkara2 begitu, aku cuba senyum dan tolak cara baik. Tapi!!!!!! Kenapa mereka semakin kita berlembut semakin berani. Pastu, bila tak dapat, maki hamun sumpah serapah bagai. Mulut longkang betul lah.

Sama juga lah apa yang berlaku sekarang ini. Ceritanya begini. Ada sorang lelaki ni, namanya Maddox (bkn nm sebenar). Dia ni baya Along aku (24 y.o. now). Dia syok kat adik aku Alang. Pastu, suka punya pasal, abis kami berlima beradik dia add kat FB! Aku pada mulanya, biasa2 jer lah. Tp dia rajin betullah comment kat wall FB aku tuh!!

Ada masa dia tulis kat wall FB aku “You’re so pretty”…itu lah…tapi bila aku buka wall, aiikkk! Dia dah delete?!! Hahahhah!! Mmg sengaja cari pasal nmpk!! Aku check kat wall adik2 aku yg lain, jd police pencen jap. Clean jer. Tapi dia mmg aktif comment kat wall dan picture Alang.
Alang beritahu aku yang dia ni selalu kacau alang, texting mintak nak couple. Kacau kat fb . Bagi mesej romantik2 kat fb lah. So aku kata kat alang sama ada dia blh handle atau tak, kalau tak blh aku nk msk campur. Tp dia suruh ak hold dulu. Aku tunggu dan lihat jer lah.

Sampailah satu hari tue, alang upload gambar dia outing photoshoot ngan bdk2 photog dia pastu terus si Maddox ni marah!! Dia pergi serang bdk photog tue punya wall, kata alang ni gf dia lah bagai, pastu delete. Tapi notification msk e-mail lah kan. Pastu, alang pun naik angin sebab dia malu. Dia pun marah abis2 ar kat Maddox ni.

Tapiiiiiii. Maddox ni mmg jenis kebal punya orang!! Tak reti bahasa weh!!!! Tak puas dgn tue, dia hentam comment kat semua picture photoshoot Alang. Melentinglah adik aku tue. Pada masa yg sama, Maddox bg aku msg puji2 aku cantik and all (ada bau2 lelaki gatal nk msk line). Aku bg tahu pada Mr. Boyfie. Dia pun texting nk jumpa Maddox. Kecut mamat tue terus tak ngaku dia nginap di YAB (salah satu penginapan di UUM).

Pastu, ptg tue dia post kt wall ak yg bukan2. Sengaja cari pasal kata aku jauh lbh cantik dr Alang and dia nk ngorat bagai. Mr Boyfie nmpak, dia naik angin. Pastu dia blh kata kat aku, cmtue lah reaksi dia bila tahu alang ngan laki lain. Aku pun terus call alang tanya apa hubungan antara dia dan Maddox ni. Alang pernah tabur janji2 manis ker kat dia, or suruh dia tunggu alang ker, atau terima propose dia ker. Alang kata tak, dan baru aku dpt tahu kata dia ni serang hendap bdk photog alang tue kata dia bf alang bagai.

So, aku balas msg kt FB bagi nasihat. Tak……dia kutuk kata alang tu perempuan ini lah, itulah just kerana Alang tak pernah keluar dgn dia tp dgn bdk2 photog, alang keluar. Mcm mn lah dia fikir, dah namanya bdk2 photog, bila ada shooting, kenalah keluar!!! Lagipun, yang dia tu nak perasan lebih tu apa pasal. Dia siapa??? Lagi buat aku bantai gelak. Sah dia ni mmg psycho maniac!

Sejak, tue, asal aku post apa2 kt wall jer dia comment kata, dia akan kerja betul2 sampai jadi orang kaya. Sebab menurut dia bila dia kaya baru pompuan akan terkejar2 kat dia. Aku pun jawab, klu itu permintaan kau, pompuan2 yang akan kau dapat adalah mereka2 yang mengejar kekayaan semata. Habis duit kau, mereka blah.

Pastu dia doakan pula hubungan ak ngan Mr boyfie tak kan kekal. Cinta jarak jauh mmg tak kan kekal. Perlu kah aku comment hal ni?? Korang tau dah aku pernah buat artikel pasal ni disini.

Pastu dia kutuk Alang macam2. Last2 aku block dia dr FB. Sebab dia terlalu annoying. Tapiiiiiiiiii!!!

Dia buat lagi berjuta account FB dan add aku hari2!! Setiap kali aku tgk profil tu ada iras nm dia, aku block user, block. Block! Skrg ni, dia bg aku e-mail pula. Message kat fb. Kata dia sorry bagai. Aku ckp lah aku sorrykan dia, tp aku tak nk kawan ngan dia. tp dia mmg tak faham bahasa lah. Menguji tahap kesabaran dan kesopanan aku betul!!

Dia e-mail gambar dia time practicum lah, dia bg gambar dia masa dia pergi china n all lah. Apa dia ingat, dgn buat camtue, dia blh tawan hati Alang?? Haih…..

Kalau lah dia baca entry aku yang ini, harap dia sedarlah siapa dia. macam aku tak tahu, dia pun one of the silent reader aku. He loves to stalk all 5 of us! Scary…..
“Dear you! Please stop making anymore stupid actions by sending me your updates and all. We do forgive you for your stupidest before and don’t make us mad at you for your rudeness. Don’t be such ignorance. Everybody had their own limit though…..and so do us. Just, move on for God sake!”
Lelaki2 kat luar sana, jadikan ikhtibar!! Kalau kamu ngorat pastu tak dapat, jangan lah kamu kutuk2 pulak. Especially, org yg kamu kutuk, adik kpd si pendengar. Mmg cari pasal. Rejected without any second thought!

Perempuan ni, tak suka didesak. Sabarlah. Kalau kamu desak kuat sangat, nnt mereka akan mula hilang hormat. Pastu akan mulalah drama bersiri!!

Alert pd hint yg diberi pompuan tue. Kalau kamu ajak dia keluar beribu kali, tp beribu kalilah dia tolak dgn pelbagai alasan, itu maknanya dia mmg tak minat!!! So, tolonglah faham. Tolonglah!!

Janganlah pula kamu asyik2 nk buat miss call. Kadg2 tue, pukul 2-3 pagi kamu miss call tak pasal2!! Apa kamu igt sweet ker?? Klu pompuan tu terjaga dr tido, sah2 kamu kna maki!! Haaa…

Kononya kamu sukakan si dia, tp ngan adik-beradik dia sekali kamu bantai gatal. Apa kamu igt mereka tak kan contac each other ker?? Ouh….silap!! tak pasal2 kamu kna label ‘lelaki gersang!’.

Aku, rasa mcm pnjgn pula entry aku kali ni. Tu lah, bila aku emo, aku mula nak bebel sampai ke pagi!!! Fuuuh!!! Tension ada makhluk mcm nil ah!! Kita sopan, dia makin biadap pula!!!

Nah!! Ni ada lagi beberapa perkara yang kamu patut tahu! Ada masa sila baca...


p/s: How can you talk about marriage to a muslim girl, when you’re not even a muslim!

Free Signature Generator
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal