Kalau kamu seorang muslim DAN kamu ingin berkahwin!!!!
Kamu WAJIB pergi KURSUS KAHWIN!!!
Alah…semua negeri pun ada lah….Cuma bezanya aku di Johor ni, waktunya jauh lebih lama dan sedikit mahal dari negeri2 lain….kot (kata Ustaz).
Bila? Kat mana? Berapa lama? Berapa hengget?? Hehehe…ni nak cter neh…gelojoh mu neh!!
Disebabkan bakal suami aku tue busy ajer memanjang….so, aku suruh dia yang booking tarikh kursus. Biar dia….padan muka. Busy sangat!
Last2 dia kata kita kursus:
Pada: 2-3 Julai 2011
Di: Naza Hotel, JB
Pukul: 8am – 4.30pm
Yuran: RM120/person (ditanggung beliau)
Aku pun, whaaaatttttt!!! Awalnyer!!!
Katanya itu je masa yang dia free. Sebab tarikh lain dia terlibat dengan roadshow. Haih…ok, fine!
Memandangkan aku ni mmg suka melaram, aku pun cakap kat dia kita pakai sedondon yok!!! Hahahha!!! Nasib baik dia bawa baju melayu biru dan coklat dia tue!! Berani dia tak bawak!!! Haaa….
Aku sebagai perunding imej decide kita pakai baju Biru hari pertama, baju coklat hari kedua. Ok…settle!
Kepada B2B diluar sana, jangan risau tak berpatutan ya. Sebenarnya, kursus kahwin ni TIDAK SUSAH pun!! Masa hari PENDAFTARAN tu, kamu Cuma bawa DUIT YURAN RM120(Johor) dan SEKEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT. Tapi……gambar kamu itu, mestilah BERTUDUNG (P) dan BERSONGKOK (L). Kalau tidak nnt dia suruh kamu buat gambar yang lain. Huhuu…kan dah leceh urusannya jadi.
Sepanjang hari kursus tu, kamu tak perlulah nak bergaya ala kasanova dengan jeans mustang kamu tue. Pakai BAJU MELAYU kan smart apa! Bagi perempuan pula, dah betullah kamu pakai BAJU KURUNG…TAPI!!!!!!!!! Janganlah jernih sangat wak…..saya TERTENGOK tau!!!!! At least, pakailah simis ker…..ishk…awak neh!!! Malu saya tau!!!! Baknyer, bakal suami saya pun TERTENGOK juga….haih…dugaan..
Sape kater Kursus Kawin ni bosan?!! Hehehe….Tak bosan pun. FUN! Tapi sempat jugalah aku tertido pagi pertama tu. Tp, bila lunch time automatic segar bugar!! Hehehe..mcm tak biasa pulak! Makan pulak ‘not bad’. Standard hotel buffet style. Makanlah byk mana, sampai kembung! Seb baik 2 hari je kursus, kalau tak buntal juga aku nnt!
Pada hari pertama ada 6 slot Utama:
1. Munakahat
2. Ibadah
3. Akhlak & Hubungan Dalam Keluarga
4. Pembubaran Perkahwinan
5. Prosedur Kesihatan (paling aku beri perhatian)
6. Sakinah-Menyambut Kelahiran
Pada hari kedua bersambung lagi 6 slot seterusnya:
7. Komunikasi & Pengurusan Sumber (paling aku gelak tak igt dunia)
8. Pengurusan Stress & Kaunseling
9. Akidah (paling aku dengar penuh khusyuk gtue!)
10. Prosedur Pernikahan
11. Analisa Keberkesanan Kursus
12. Prosedur Mahkamah Syariah
Kesimpulannya, banyak input yang aku dapat dari kursus kawin ni. Terutama cerita2 lawak penceramah sepanjang kursus ni berlangsung. Sangat terhibur. Sangat selesa sampai semua mentos yang disediakan pihak
hotel abis aku telan!!
p/s: So, selamat berkursus kahwin semua B2B!! Yang penting kita enjoy…..erkkk…!!
5 VVIP Readers on "Kursus Kahwin Yok!"
dah bau2 nasi minyakla....^_^
wah! x lama lagi boleh makan nasi minyak. hehehe...
amik kursus kawen 8 tahun lbh awl..hehehe
Sayang, you'll never walk alone!
hehe..ye betoi..sape kate kursus kawen bosan...awal2 je bosan..agagga...
amik kurusu kawen mase sem 1..gatal kan..heheh
Bezkan attend kursus khwin? lawak memanjang kot ustaz2 tu sume, tp dlm ketawa tu bnyk rupanya xtau lg pasal hbungan rumahtangga. ^_^
Post a Comment