Al kisah…
Si Kiwi (Teruna) ingin memikat Cik Strawberry (Dara).
Kiwi memulakan bicara..
“Saya mmg ada keturunan korea sikit. Tu yg muka sy nmpk mcm korea tue…”
“Owh….patutlah awak comel erk…”
“Ehee..mn ada…biasa aja…awak pun lagi comel. Tp bgslah family awak, especially ur dad, kuat berniaga…senang hidup anak2 dia dan bini2-nya. Macam sy dulu…after SPM je, terus sy kerja kat hotel Peragon tuh…Jangankan kata banquet, café pun sy handle ble tak ckp kaki dan tangan…”
“Wah…mesti byk gaji awak ni kan…”
“Tak lah byk mn, tapi cukuplah utk beli umah sebiji kat Damansara Height tue…pastu, rezeki lebih dapat beli Ferari sebijik….”
“Nape tak bawa sini??”
“Saja je, nanti org kata kita ni show-off pula…maklumlah, university kita ni kan dalam utan…”
“Dah tu, awak tinggalkan Ferrari tu camtu je?”
“A’ah…lagipun, tak da spe nk pakai…”
“Waaahhhh…..”
ISHK…..apa yang silapnya ayat si Kiwi ni? Apa dia ingat Strawberry tue budak hingusan dari Golok ka?? Nak kelentong pun agak2 la an!! Ni terang-terangan, pastu cerita dgn penuh yakin lak tue!!! Haih….
Meh sini aku nk beri tips sikit pd kamu yg seperti Si Kiwi ni ya:
1.Kalau kamu berniat memikat wanita dgn harta benda mu, maka harta benda mu itulah yg di pandang mereka dan bukannya dirimu. Kerana, setelah habis hartamu dikikis, dirimu akan disingkirkan.
2.Jika kamu memulakan perkenalanmu dgn penipuan, maka perkenalanmu itu tidak akan kekal lama.
3.Jika kamu nk klentong sekali pun, agak2 lah yg munasabah, sebagai contoh:
-Tak salah nk kata kamu ada Ferrari (w’pun tak pernah ada), tp bila ditanya mana Ferrari tu, jawablah kamu bg bapak kamu pakai ke. Jgn kata kamu biarkan camtu je, Taulah wanita tak arif ttg kereta, tp dorg pun blh piker….keter klu tak run engine dia kan cepat rosak, ranap!! Haih….
-Tak pe, klu kamu nk kata kamu beli umah kat damansara height tu, tp bila ditanya, ckplah umah tu kamu sewakan ke..jgn kata kamu biarkan gtue jer…ishk…ishk..tak patut!!
4.Jika kamu ihklas utk mengenali, mendekati dan berkawan dgn Cik Strawberry, kamu tidak perlu menunjuk2 kekayaan mu, kerana Cik Strawberry dtg dr family En. Epal, mereka lebih pentingkan ketinggian ilmu-mu dari kekayaan mu. Faham?? Klu kamu kaya pun, tp pointer kamu miskin, Cik Strawberry pun tak mau!!
Lihat tu….Jujur dan Ikhlas adalah asas utama memulakan perkenalan. Makanya, berhenti dari menipu diri sendiri, dan juga org lain. Kamu tidak perlu berpura2 menjadi seseorg yg lain untuk memikat hati wanita. Kamu hanya perlu menjadi dirimu sahaja.
Nescaya, wanita yg dtg itu adalah yg terbaik untukmu.
Kerana dirimu, adalah sebaik2 ciptaan-NYA! Betul tak??
p/s: Tetiba, ak terigt akan bahana org yg pandai berpura2 ni. Uhu…scary!! Lakonan mereka mmg mantap! Hati2….
Share
1 week ago
0 VVIP Readers on "Mampukah Harta pikat Wanita?"
Post a Comment