Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Saturday, August 6, 2011

Wedding Package!

Melodrama of Unknown at 12:50 PM 3 VVIP Readers
Pencarian Wedding Planner (WP) aku sudah pun selesai. Lega hati! Aku memilih IXORA DESIGN. Sekarang aku dah boleh focus pada perkara2 lain especially get ready for my Final Exams in 2 weeks from now!! Hahhaha!!!! Nak tahu apa aku dapat dalam pakej yang ditawarkan:


“PAKEJ ISTIMEWA IXORA (RUMAH)”


- Pelamin Rumah (8'X4')
- Hiasan Meja Makan Damai serta Tabir
- Baju Sanding L/P (1 Psg)
- Baju Persalinan L/P (2 Psg)
- Make-up (3X)
- Aksesori Pengantin L/P
- Dandanan Rambut & Tudung (Nikah)
- Kipas, Bantal & Payung
- Gambar 5 Roll (200 pcs) berserta album (Studio & Outdoor)
- Khemah Arabic (4 unit) termasuk scallop, kain tiang, kipas & lampu
- Meja Bulat (20 unit) termasuk alas, skirting dan runner
- Meja Petak (6 unit)
- Bunga Meja
- Kerusi beserta sarong (160 unit)
- Kerusi Banquit Exclusive (24 unit)
- Meja Kek
- Katering termasuk Kendarat dan set pinggan mangkuk
- Lauk Makan Damai (12 orang)


PERCUMA:


- 1 set kerusi pengantin makan damai
- Frame beserta gambar (16’x20’)
- Bunga tangan (Fresh Flower)
- Kek Pengantin 3 Tingkat
- Khemah Masak (1 Unit)
- Pintu Gerbang
- Sangkar Kek
- Banting
- Henna


Kesimpulannya, IT’S A COMPLETE & PERFECT DEAL I GOT FOR MY BUDGET!! Ahad ini, aku pergi pilih Baju Pengantin & Shoot gambar Studio sebab aku merancang nak letak gambar dalam Banting tue!! Muahahhaha!!!
p/s: Dalam mencari Vendor untuk WP ni, kamu mesti pandai. Nantilah aku share. Next time babeyh!

www.tips-fb.com

Friday, July 29, 2011

Wedding Planner!

Melodrama of Unknown at 4:35 PM 3 VVIP Readers
Percaya atau tidak, I'm still looking for the BEST wedding planner in town!! 

Kalau nak aku yang jadi wedding planner majlis aku tu nanti boleh ajer….TAPI…!!!! Gerenti majlis yang asalnya kecil bertukar menjadi GRAND PIX! Muahahhaha!! Silap2 aku terbangkan sekali Donald Trump ke mari!!! Sekali2 Tan Sri Dato Mahathir aku tuntuni!

Karut sudey....

Actually, aku ada juga juga survey beberapa Wedding Planner yang aku kategorikan sebagai PRO. Tapi disebabkan mereka itu PRO, mereka pun PRO-Busy! So, aku terasa diri terabai dek ke-Pro-Busy-an mereka itu.

Actually, aku dah ada Wedding Planner yang aku pilih semasa Expo Pengantin di Angsana tempoh hari, tetapi masalahnya ialah.....sehingga ke hari ini, masih tiada apa2 khabar atau berita dari pihak mereka berkenaan pengurusan majlis aku itu nanti!! So, aku berfirasat lebih baik aku mencari Wedding Planner yang sememangnya boleh DIHARAPKAN!

Disini ada beberapa pilihan hati aku. Aku masih menunggu tawaran TERBAIK dari pihak mereka. Siapa yang terpilih, PERCAYALAH kataku, itulah yang TERBAIK!!! Kamu ingat senang ke nak cari Wedding Planner yang betul2 boleh diharapkan?!

1. Atikah Wedding Planner
2. Zaizadiha Bridal House & Canopy
3. AZ Saloon & Bridal House
4. Ixora Design

Jemputan aku tak lah ramai…Cuma 300 orang terpilih sahaja! Maklumlah, aku ni kedekut taik idung masin! Cuma....apa yang aku tengah pikirkan sekarang ni, kalaulah....sebagai CONTOH:

Option A: RM500-RM1K 
Sewa canopy(Arabic)/kerusi/meja/lampu/kipas.

Option B: RM500-RM1K 
Sewa dewan serta kerusi/meja 
yang mana sah2 lah dewan dah ada lampu/kipas/air-cond!

Aku rasa, lebih baik aku buat kat dewan jer! 

Hurm……Tak per…nnt aku nak buka buku kira-kira aku balik! So dewan sekalian, silalah kamu AVAILABLE kan diri memasing!!! Hoho!!

p/s: So EXCITED my CLASSMATES sume nak datang!!!!!!!! Hahahha!! Love them ALL!!!
www.tips-fb.com

Tuesday, July 26, 2011

Kursus Kahwin Yok!

Melodrama of Unknown at 2:15 PM 5 VVIP Readers
Kalau kamu seorang muslim DAN kamu ingin berkahwin!!!! 
Kamu WAJIB pergi KURSUS KAHWIN!!! 

Alah…semua negeri pun ada lah….Cuma bezanya aku di Johor ni, waktunya jauh lebih lama dan sedikit mahal dari negeri2 lain….kot (kata Ustaz).

Bila? Kat mana? Berapa lama? Berapa hengget?? Hehehe…ni nak cter neh…gelojoh mu neh!!

Disebabkan bakal suami aku tue busy ajer memanjang….so, aku suruh dia yang booking tarikh kursus. Biar dia….padan muka. Busy sangat!

Last2 dia kata kita kursus:

Pada: 2-3 Julai 2011
Di: Naza Hotel, JB
Pukul: 8am – 4.30pm
Yuran: RM120/person (ditanggung beliau)

Aku pun, whaaaatttttt!!! Awalnyer!!!
Katanya itu je masa yang dia free. Sebab tarikh lain dia terlibat dengan roadshow. Haih…ok, fine!

Memandangkan aku ni mmg suka melaram, aku pun cakap kat dia kita pakai sedondon yok!!! Hahahha!!! Nasib baik dia bawa baju melayu biru dan coklat dia tue!! Berani dia tak bawak!!! Haaa….

Aku sebagai perunding imej decide kita pakai baju Biru hari pertama, baju coklat hari kedua. Ok…settle!

Kepada B2B diluar sana, jangan risau tak berpatutan ya. Sebenarnya, kursus kahwin ni TIDAK SUSAH pun!! Masa hari PENDAFTARAN tu, kamu Cuma bawa DUIT YURAN RM120(Johor) dan SEKEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT. Tapi……gambar kamu itu, mestilah BERTUDUNG (P) dan BERSONGKOK (L). Kalau tidak nnt dia suruh kamu buat gambar yang lain. Huhuu…kan dah leceh urusannya jadi.

Sepanjang hari kursus tu, kamu tak perlulah nak bergaya ala kasanova dengan jeans mustang kamu tue. Pakai BAJU MELAYU kan smart apa! Bagi perempuan pula, dah betullah kamu pakai BAJU KURUNG…TAPI!!!!!!!!! Janganlah jernih sangat wak…..saya TERTENGOK tau!!!!! At least, pakailah simis ker…..ishk…awak neh!!! Malu saya tau!!!! Baknyer, bakal suami saya pun TERTENGOK juga….haih…dugaan..

Sape kater Kursus Kawin ni bosan?!! Hehehe….Tak bosan pun. FUN! Tapi sempat jugalah aku tertido pagi pertama tu. Tp, bila lunch time automatic segar bugar!! Hehehe..mcm tak biasa pulak! Makan pulak ‘not bad’. Standard hotel buffet style. Makanlah byk mana, sampai kembung! Seb baik 2 hari je kursus, kalau tak buntal juga aku nnt!

Pada hari pertama ada 6 slot Utama:
1. Munakahat
2. Ibadah
3. Akhlak & Hubungan Dalam Keluarga
4. Pembubaran Perkahwinan
5. Prosedur Kesihatan (paling aku beri perhatian)
6. Sakinah-Menyambut Kelahiran

Pada hari kedua bersambung lagi 6 slot seterusnya:
7. Komunikasi & Pengurusan Sumber (paling aku gelak tak igt dunia)
8. Pengurusan Stress & Kaunseling
9. Akidah (paling aku dengar penuh khusyuk gtue!)
10. Prosedur Pernikahan
11. Analisa Keberkesanan Kursus
12. Prosedur Mahkamah Syariah

Kesimpulannya, banyak input yang aku dapat dari kursus kawin ni. Terutama cerita2 lawak penceramah sepanjang kursus ni berlangsung. Sangat terhibur. Sangat selesa sampai semua mentos yang disediakan pihak 
hotel abis aku telan!!

p/s: So, selamat berkursus kahwin semua B2B!! Yang penting kita enjoy…..erkkk…!!
  
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal