Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Friday, September 21, 2012

Baby Checklists

Melodrama of aisyah ar at 2:22 PM 1 VVIP Readers Links to this post

Oleh kerana aku tengah ‘Moody’ tahap dewa, aku tak boleh duduk diam macam selalu. Nanti otak aku fikir macam2 versi karut marut. Kalau aku x pregnant, rasanya perabot dalam bilik aku tu dah lama berubah wajah kot. Nasib baiklah aku tengah pregnant, nak ubah almari baju mcm selalu dah tentu tak boleh. Macam mana pun, niat di hati ni mmg nak mengecat bilik tue. Dah bosan dgn warna yang ada sekarang ni. Sempena kelahiran ‘My Little Heartbeat’ nnt, igt nak cat warna Lavender and baby blue. Tapi, umi pulak kata ‘Jangan…..awak tu pregnant’.

Habis tu, mcm mn? Nak harapkan siapa?? Huhuuu….ni buat aku nak emo balik ni!! Hormon!!!! Hormon!!!

So, aku pun decide untuk mengemas, mengemop ajer lah….Menyediakan ruang untuk letak barang2 baby boy aku tu nanti. Sebulan aje lagi, macam tak percaya cepat je masa berlalu. Ok, sekarang aku teruja. Cepatlah lahir Mohd. Danish, jadi pengubat hati mama ketika emo cam ni…..

So, nnt igt nak shopping katil dan drawer baby. Aku dah siapkan label utk drawer baby tu nnt. It’s gonna be awesome!!! Maklumlah, minggu depan kuliah aku dah start. Kena focus pada study pulak, sebab subjek semester ni from Teesside University. Tak leh main2….kna focus!! Focus!! Mmg xleh ponteng….sebab nnt bulan November nak ponteng bersalin. Huuuu…

So, ni ada sikit listing untuk mom2be out there. Listing aku ni pun, after puas aku buat research dr hot mama, hot mama yang dah Berjaya melahirkan di luar sana tu…huhuu…

Apparel:
Pyjama (Long Pan)
Day wear (Short pan)
Sleeveless / Jumpsuit
Mittens & Bootees
Receiving Blanket
Swaddle
Binder
Socks
Handkerchief
Hat
Diapers New Born (Huggies)

Health Care & Hygiene:
Grooming Set (Comb, nail clipper, scissors, etc)
Medicine set (dropper, syringe, thermometer, etc)
Minyak Telon / Vicks
Diaper Rash Cream
Cotton Bud
Cotton Wool
Baby Wipes
Baby Bottle Cleanser

Bathing & Grooming:
Bath Tub
Wash Cloth
Bath Towel
Toiletries
Bath Tub Mat
Baby Bath Support
Changing Mat
Baby oil & Cologne

Travel:
Infant Car seat
Diaper Bag
Travel Matress Set
Travel Waterproof Bed Pad

Bottle-Feeding:
Feeding Bottle & Teats
Bottle & Teat Brush
Bottle Drying Racks

Breast-Feeding:
Breast Pump set
Breast Milk Storage
Nursing Bra
Breast Pad
Nipple cream
Nipple Protection Pad
Sterilizer & Warmer

Nursery:
Baby Cot
Changing Cupboard
Mosquito Net & Stand
Crib Set (Pillow, Bolter, cot bumper, fitted sheet, comforter)
Mattress
Blanket
Musical
Swing / Bouncer

Pantang:
Tukang Urut
Set Bersalin (Optional)
Bengkung
Maternity Pad
House Shoes
Disposable Underwear (Optional)


www.tips-fb.com

Mereka Lupa Kita Emo

Melodrama of aisyah ar at 8:49 AM 2 VVIP Readers Links to this post

Kadang-kadang orang ni tak tahu bila perlu berubah. Kadang- kadang mereka fikir, kita boleh telan semua selagi boleh. Apa yang mereka lupa ialah, kadang – kadang kita akan jadi penat. Lama- lama kita malas nak cakap dah. Bila kita reveal kan apa yang terbuku di hati ni, dia akan twist ke sana, twist ke sini. Akan ada sahaja rasional yang dia akan beri, kononnya ia juga demi kebaikan bersama. Really?

Kadang2 hal tu mungkin kedengaran terlalu silly, kalau orang tua – tua dgr mesti dorg akan nasihatkan jangan terlalu ikutkan hati, jangan memperbesarkan benda yang tidak penting. Tapi mereka lupa, hati kita macam mana? Sekarang ni, disebabkan hal yang kononnya silly tu, dah buat kita rasa tiada nilai. Buat kita rasa ‘NOT SPECIAL’, ‘NOT IMPORTANT’ anymore. Macam mana??

Mungkin juga dia lupa diri kot, tak pun kita ni yang terlalu over reacted? Really?? Kalau hal ni pernah ditegur dulu, then kenapa mesti it happened again? Adakah mereka sengaja nak uji kesabaran kita?? Really? Mereka lupa ke? Lama – lama kita akan mula rasa jelak!!

Kadang- kadang tu, kita fikir ‘If only I could turn back time’.

Entahlah, mungkin hormone pregnant ni buat aku jadi ‘SO EMOTIONAL’. Tapi, tak bermakna, apa yang aku cakap ni, sekadar melepas batuk ditangga. Aku tahu, mereka tak akan baca pun apa yang aku tulis ni. Sebab mereka peduli pulak dengan blog yang xseberapa ni. Well, like I said, ‘I’M NOT THAT SPECIAL OR IMPORTANT’. So, why should they care?!! So let it go lah….see how far it goes. When the time is right, will call it end!

Maybe, that’s the best for US!


www.tips-fb.com

Sunday, September 9, 2012

Pregnancy Talk

Melodrama of aisyah ar at 10:45 AM 1 VVIP Readers Links to this post

Mengandung ni memang satu pengalaman yang baru. Kadang2 tu, bila duduk sorg2 pikirkan perbualan kami adik beradik rasa nak gelak pun ada. Yelah, kalau dulu tiap kali CT5 balik, mesti akan bercerita tentang fashion trend, make-up, boys, enemy kat campus, drama family and such. Tapi sekarang ni, bila balik berkumpul memasing cakap tentang pregnancy!! Now my Along pun dah pregnant juga, it makes the conversation even more hotter!!! Hahhahahah!!!
Sejak nak jadi Ibu ni, banyak kot yang aku kena ubah dan belajar. Ye lah, kalau dulu makan minum ikut sesuka hati. Rasa hari ni berat naik setengah kilo, ikat perut makan biskut cicah air milo jer. Tp sekarang ni, makan minum mesti ikut timing. Dalam sehari tu, mesti nak makan nasi. Kalau tak, baby aku mmg tak lapar, tp aku ni yang lapar. Bila aku jadi lapar sangat, nnt mulalah mencari benda yang berat2 untuk dimakan walaupun time tu tengah malam. Untuk elakkan hal tu terjadi terlalu kerap, kenalah makan nasi sekali sehari.

Cuma, masalah yang aku hadapi ketika pregnant ni ialah kekurangan darah. Masa first dapat tahu aku pregnant, peratus HB (haemoglobin) paras2 hidung, 11.6gm. Tp time ni aku tak tau pun pasal HB and such!! I’m a first time mommy!!!

Masa check-up kali kedua, HB turun jadi 11.0gm, then turun lagi jadi 10.4gm. Then doctor suruh aku makan Iberet Folic, Ferum dan Obimin. Tp, still tak naik juga darah aku. Reading terakhir dah jadi 9.6gm. Nurse pulak asyik sarankan aku makan kerang, jambu batu, air juice and all. Masalahnya, aku dah terlebih makan kot semua tu, tp kenapa still low juga reading HB aku everytime.

So, nurse rujuk aku ke doctor lagi. Terus dia suruh aku buat PBF. Ape menda PBF tu, aku pun tak tahu, tapi yang penting nurse amik darah aku dgn banyaknya untuk diisi dalam 2 botol, yang mana akan dihantar ke makmal patologi di HSA (Hosp. Sultanah Aminah).

Kata doctor, ujian ini untuk mengetahui, apa sebenarnya yang kurang dalam darah merah aku tuh. Zat besi ke? Camtu lah. Hurmmm….so, next appointment aku 18/9/12 ni. Dalam 2minggu ni aku dah byk buat research on resepi buat tambah darah. Antaranya:

Kerang rebus
Sup Bayam
Kangkung tumis udang
Sup Ketam (Buat tambah susu juga)
Bubur Kacang Hijau
Buah Delima

Tapi tulah, kata nurse aku sihat. Aku tak pucat, tak pening, tak lemah. Masa raya pun aku terlebih raya dari yang lain. Selalunya ibu yang kurang darah ni, akan pitam n all. So, tu je buat aku lega sikit. Tapi macam mana sekali pun, aku tak nak lah darah aku turun samapai 8.0gm. bila dah cecah 8 tu, aku akan dilabel anemic in pregnancy. Which is BAD!!! 

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal