Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Sunday, September 9, 2012

Pregnancy Talk

Melodrama of aisyah ar at 10:45 AM

Mengandung ni memang satu pengalaman yang baru. Kadang2 tu, bila duduk sorg2 pikirkan perbualan kami adik beradik rasa nak gelak pun ada. Yelah, kalau dulu tiap kali CT5 balik, mesti akan bercerita tentang fashion trend, make-up, boys, enemy kat campus, drama family and such. Tapi sekarang ni, bila balik berkumpul memasing cakap tentang pregnancy!! Now my Along pun dah pregnant juga, it makes the conversation even more hotter!!! Hahhahahah!!!
Sejak nak jadi Ibu ni, banyak kot yang aku kena ubah dan belajar. Ye lah, kalau dulu makan minum ikut sesuka hati. Rasa hari ni berat naik setengah kilo, ikat perut makan biskut cicah air milo jer. Tp sekarang ni, makan minum mesti ikut timing. Dalam sehari tu, mesti nak makan nasi. Kalau tak, baby aku mmg tak lapar, tp aku ni yang lapar. Bila aku jadi lapar sangat, nnt mulalah mencari benda yang berat2 untuk dimakan walaupun time tu tengah malam. Untuk elakkan hal tu terjadi terlalu kerap, kenalah makan nasi sekali sehari.

Cuma, masalah yang aku hadapi ketika pregnant ni ialah kekurangan darah. Masa first dapat tahu aku pregnant, peratus HB (haemoglobin) paras2 hidung, 11.6gm. Tp time ni aku tak tau pun pasal HB and such!! I’m a first time mommy!!!

Masa check-up kali kedua, HB turun jadi 11.0gm, then turun lagi jadi 10.4gm. Then doctor suruh aku makan Iberet Folic, Ferum dan Obimin. Tp, still tak naik juga darah aku. Reading terakhir dah jadi 9.6gm. Nurse pulak asyik sarankan aku makan kerang, jambu batu, air juice and all. Masalahnya, aku dah terlebih makan kot semua tu, tp kenapa still low juga reading HB aku everytime.

So, nurse rujuk aku ke doctor lagi. Terus dia suruh aku buat PBF. Ape menda PBF tu, aku pun tak tahu, tapi yang penting nurse amik darah aku dgn banyaknya untuk diisi dalam 2 botol, yang mana akan dihantar ke makmal patologi di HSA (Hosp. Sultanah Aminah).

Kata doctor, ujian ini untuk mengetahui, apa sebenarnya yang kurang dalam darah merah aku tuh. Zat besi ke? Camtu lah. Hurmmm….so, next appointment aku 18/9/12 ni. Dalam 2minggu ni aku dah byk buat research on resepi buat tambah darah. Antaranya:

Kerang rebus
Sup Bayam
Kangkung tumis udang
Sup Ketam (Buat tambah susu juga)
Bubur Kacang Hijau
Buah Delima

Tapi tulah, kata nurse aku sihat. Aku tak pucat, tak pening, tak lemah. Masa raya pun aku terlebih raya dari yang lain. Selalunya ibu yang kurang darah ni, akan pitam n all. So, tu je buat aku lega sikit. Tapi macam mana sekali pun, aku tak nak lah darah aku turun samapai 8.0gm. bila dah cecah 8 tu, aku akan dilabel anemic in pregnancy. Which is BAD!!! 

www.tips-fb.com

1 VVIP Readers on "Pregnancy Talk"

E'in on September 18, 2012 at 8:57 AM said...[Reply to comment]

jage kesihatan and baby baik2 ea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal