Ada apa dengan follower? Kenapa kamu nak tambah bilangan follower? Untuk apa dan sebab apa??
Pertama sekali kamu kena ingat. Bilangan follower sesebuah blog itu, tidak melambangkan bahawa blog itu Gah ataupun famous. Kehebatan sesebuah blog itu terletak pada banyak perkara. Popularity itu terlalu subjektif. Kamu harus pandai mencorakkannya.
Tapi kali ni aku bukan nak bebel pasal hal tue, tapi aku nak kongsi cara untuk tambah bilangan follower yang aku amalkan.
1. Update blog
Kamu jangan terlalu ‘berahi’ untuk tambah follower sampaikan kamu lupa asas yang paling utama. Pada aku, dgn cara kamu update blog, kamu dah panggil reader2 lain untuk dtg. Tak kanlah dalam 10 yang datang baca tu, tak da satu pun yang follow. MUSTAHIL. Melainkan kamu update begini:
“Hari ni, tempat aku sgt panas ok. Habis basah ketiak aku. Oklah, aku nk pergi Library, nak cari Air-cond…”
Memang kna caci jer lah. Sumpah aku tak masuk dah blog yang mcm ni!! Apa kau ingat ini Twitter?!!! Kau pikir kau tu Hanis Zalikha? Even Hanis Zalikha pun buat entry yg panjang lebar tau!! Grrrrr….
2. Blogwalking
Mana2 bloggers, kalau kamu tanya mereka PASTI akan setuju bahawa blog walking (BW) ni adalah sgt penting! Kalau tak, tak kan wujud ‘Blog Larian’, software ‘AutoBlogWalking’ dan lain2. So, rajin2kan diri untuk berBW! Ada banyak cara untuk utk kamu BW smbil tambah bilangan follower ni. Kamu amalkan 3 perkara ini.
a) Tinggalkan jejak di shoutbox – supaya senang mereka jejak kamu semula
b) Berikan comment berkaitan entry yang kamu baca- supaya kamu mendapat perhatian mereka.
c) Follow blog mereka – supaya mereka rela hati follow kamu dan bukan secara paksa rela.
Selain kamu dapat follower, kamu juga dapat pengunjung tetap.
3. Anjurkan contest!
Minta mereka jadi Follower kamu sbg salah satu syarat penyertaan. Tapi ingat, jangan sampai memaksa. Jangan pula kamu kata:
“WAJIB follow blog saya untuk join contest ni. Nanti saya check!!!” sebaliknya tulis begini..
“Bagi mendapatkan updated terbaru ttg contest ini, silalah follow blog saya”
Orang pun boleh fikir rasionalnya disitu. Tapi, jangan pula bila habis contest, kamu stop following! Tak ikhlas namanya tu. Kamu buat orang mcm tue, nnt org buat kamu balik. Kamu juga yang rugi.
Kamu pula, bila anjurkan sesuatu contest tue, biarlah ikhlas. Jangan hanya nak kejar follower ramai, kamu buat cincai2. Orang lain tgk pun hilang minat nak join contest. Kamu kena kreatif. Belajar untuk jadi kreatif! Jadikan bloggers2 yang dah berjaya seperti Ben Ashaari sebagai panduan. Beliau penuh dengan idea.
4. Suasana blog kamu.
Kekemasan blog kamu itu sgt penting. Pastikan segalanya mudah dibaca dan mudah difahami. Jangan semakkan blog dengan pelbagai widget selagi ada. Ambil mana yg kamu rasa perlu. Pastikan blog kamu tak berat. Sebab, blog yg berat akan menyumbang kpd penurunan pengunjung/visitor. Kalau visitor kita kurang, probability untuk dapat follower adalah teramat tipis! Jika kamu sediakan ruangan iklan, pastikan iklan kamu berada dlm keadaan yang tersusun dan kemas.
Aku rasa cukup 4 perkara ni kamu amalkan, insyaallah akan ramai yang suka akmu dan follow kamu dengan rela hati. Kita jangan bandingkan dirib kita dgn bloggers yang sememang seorang public figure ataupun pernah menjadi public figure. That’s totally a different story.
Kita jangan terlalu mengharapkan tuah dibadan, kelak kecewa akhirnya. Mulakan dengan usaha,akhirinya juga dgn usaha. Secara jujurnya, bila aku tengok bilangan follower diblog aku semakin hari semakin bertambah, aku sendiri jadi semakin bersemangat. Aku happy! Kerana ada juga insane yang pandang blog tak seberapa aku ni. Jauh disudut hati, aku tahu mereka hargai kewujudan blog aku ni. Sebab itulah, bagi sesiapa yang meninggalkan jejak di blog aku ni, aku pasti akan follow tanpa byk soal dgn rela hati.
Pada kamu yang kini miliki follower beriban2, jangan pula lupa diri. Kamu bukan siapa2 kalau bukan kerana follower2 kamu juga. Oleh itu, tak salah bukan kita hargai usaha mereka. Bukankah saling support each other jauh lebih baik dari berlagak sombong!
Renung-renungkan.
p/s: Aku bercakap atas dasar pengalaman sendiri. Tiada niat utk bermegah apatah lagi mengutuk sesiapa. Jika ada salah dan silap, harap diperbetulkan. Aku juga masih dalam proses belajar. Cuma sedikit ilmu aku kongsikan bersama.
Salam bloggers!!





















