Percaya atau tidak, I'm still looking for the BEST wedding planner in town!!
Kalau nak aku yang jadi wedding planner majlis aku tu nanti boleh ajer….TAPI…!!!! Gerenti majlis yang asalnya kecil bertukar menjadi GRAND PIX! Muahahhaha!! Silap2 aku terbangkan sekali Donald Trump ke mari!!! Sekali2 Tan Sri Dato Mahathir aku tuntuni!
Karut sudey....
Actually, aku ada juga juga survey beberapa Wedding Planner yang aku kategorikan sebagai PRO. Tapi disebabkan mereka itu PRO, mereka pun PRO-Busy! So, aku terasa diri terabai dek ke-Pro-Busy-an mereka itu.
Actually, aku dah ada Wedding Planner yang aku pilih semasa Expo Pengantin di Angsana tempoh hari, tetapi masalahnya ialah.....sehingga ke hari ini, masih tiada apa2 khabar atau berita dari pihak mereka berkenaan pengurusan majlis aku itu nanti!! So, aku berfirasat lebih baik aku mencari Wedding Planner yang sememangnya boleh DIHARAPKAN!
Disini ada beberapa pilihan hati aku. Aku masih menunggu tawaran TERBAIK dari pihak mereka. Siapa yang terpilih, PERCAYALAH kataku, itulah yang TERBAIK!!! Kamu ingat senang ke nak cari Wedding Planner yang betul2 boleh diharapkan?!
1. Atikah Wedding Planner
2. Zaizadiha Bridal House & Canopy
3. AZ Saloon & Bridal House
4. Ixora Design
Jemputan aku tak lah ramai…Cuma 300 orang terpilih sahaja! Maklumlah, aku ni kedekut taik idung masin! Cuma....apa yang aku tengah pikirkan sekarang ni, kalaulah....sebagai CONTOH:
Option A: RM500-RM1K
Sewa canopy(Arabic)/kerusi/meja/lampu/kipas.
Option B: RM500-RM1K
Sewa dewan serta kerusi/meja
yang mana sah2 lah dewan dah ada lampu/kipas/air-cond!
Aku rasa, lebih baik aku buat kat dewan jer!
Hurm……Tak per…nnt aku nak buka buku kira-kira aku balik! So dewan sekalian, silalah kamu AVAILABLE kan diri memasing!!! Hoho!!
p/s: So EXCITED my CLASSMATES sume nak datang!!!!!!!! Hahahha!! Love them ALL!!!