Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Friday, July 29, 2011

Wedding Planner!

Melodrama of Unknown at 4:35 PM 3 VVIP Readers
Percaya atau tidak, I'm still looking for the BEST wedding planner in town!! 

Kalau nak aku yang jadi wedding planner majlis aku tu nanti boleh ajer….TAPI…!!!! Gerenti majlis yang asalnya kecil bertukar menjadi GRAND PIX! Muahahhaha!! Silap2 aku terbangkan sekali Donald Trump ke mari!!! Sekali2 Tan Sri Dato Mahathir aku tuntuni!

Karut sudey....

Actually, aku ada juga juga survey beberapa Wedding Planner yang aku kategorikan sebagai PRO. Tapi disebabkan mereka itu PRO, mereka pun PRO-Busy! So, aku terasa diri terabai dek ke-Pro-Busy-an mereka itu.

Actually, aku dah ada Wedding Planner yang aku pilih semasa Expo Pengantin di Angsana tempoh hari, tetapi masalahnya ialah.....sehingga ke hari ini, masih tiada apa2 khabar atau berita dari pihak mereka berkenaan pengurusan majlis aku itu nanti!! So, aku berfirasat lebih baik aku mencari Wedding Planner yang sememangnya boleh DIHARAPKAN!

Disini ada beberapa pilihan hati aku. Aku masih menunggu tawaran TERBAIK dari pihak mereka. Siapa yang terpilih, PERCAYALAH kataku, itulah yang TERBAIK!!! Kamu ingat senang ke nak cari Wedding Planner yang betul2 boleh diharapkan?!

1. Atikah Wedding Planner
2. Zaizadiha Bridal House & Canopy
3. AZ Saloon & Bridal House
4. Ixora Design

Jemputan aku tak lah ramai…Cuma 300 orang terpilih sahaja! Maklumlah, aku ni kedekut taik idung masin! Cuma....apa yang aku tengah pikirkan sekarang ni, kalaulah....sebagai CONTOH:

Option A: RM500-RM1K 
Sewa canopy(Arabic)/kerusi/meja/lampu/kipas.

Option B: RM500-RM1K 
Sewa dewan serta kerusi/meja 
yang mana sah2 lah dewan dah ada lampu/kipas/air-cond!

Aku rasa, lebih baik aku buat kat dewan jer! 

Hurm……Tak per…nnt aku nak buka buku kira-kira aku balik! So dewan sekalian, silalah kamu AVAILABLE kan diri memasing!!! Hoho!!

p/s: So EXCITED my CLASSMATES sume nak datang!!!!!!!! Hahahha!! Love them ALL!!!
www.tips-fb.com

Tuesday, July 26, 2011

Kursus Kahwin Yok!

Melodrama of Unknown at 2:15 PM 5 VVIP Readers
Kalau kamu seorang muslim DAN kamu ingin berkahwin!!!! 
Kamu WAJIB pergi KURSUS KAHWIN!!! 

Alah…semua negeri pun ada lah….Cuma bezanya aku di Johor ni, waktunya jauh lebih lama dan sedikit mahal dari negeri2 lain….kot (kata Ustaz).

Bila? Kat mana? Berapa lama? Berapa hengget?? Hehehe…ni nak cter neh…gelojoh mu neh!!

Disebabkan bakal suami aku tue busy ajer memanjang….so, aku suruh dia yang booking tarikh kursus. Biar dia….padan muka. Busy sangat!

Last2 dia kata kita kursus:

Pada: 2-3 Julai 2011
Di: Naza Hotel, JB
Pukul: 8am – 4.30pm
Yuran: RM120/person (ditanggung beliau)

Aku pun, whaaaatttttt!!! Awalnyer!!!
Katanya itu je masa yang dia free. Sebab tarikh lain dia terlibat dengan roadshow. Haih…ok, fine!

Memandangkan aku ni mmg suka melaram, aku pun cakap kat dia kita pakai sedondon yok!!! Hahahha!!! Nasib baik dia bawa baju melayu biru dan coklat dia tue!! Berani dia tak bawak!!! Haaa….

Aku sebagai perunding imej decide kita pakai baju Biru hari pertama, baju coklat hari kedua. Ok…settle!

Kepada B2B diluar sana, jangan risau tak berpatutan ya. Sebenarnya, kursus kahwin ni TIDAK SUSAH pun!! Masa hari PENDAFTARAN tu, kamu Cuma bawa DUIT YURAN RM120(Johor) dan SEKEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT. Tapi……gambar kamu itu, mestilah BERTUDUNG (P) dan BERSONGKOK (L). Kalau tidak nnt dia suruh kamu buat gambar yang lain. Huhuu…kan dah leceh urusannya jadi.

Sepanjang hari kursus tu, kamu tak perlulah nak bergaya ala kasanova dengan jeans mustang kamu tue. Pakai BAJU MELAYU kan smart apa! Bagi perempuan pula, dah betullah kamu pakai BAJU KURUNG…TAPI!!!!!!!!! Janganlah jernih sangat wak…..saya TERTENGOK tau!!!!! At least, pakailah simis ker…..ishk…awak neh!!! Malu saya tau!!!! Baknyer, bakal suami saya pun TERTENGOK juga….haih…dugaan..

Sape kater Kursus Kawin ni bosan?!! Hehehe….Tak bosan pun. FUN! Tapi sempat jugalah aku tertido pagi pertama tu. Tp, bila lunch time automatic segar bugar!! Hehehe..mcm tak biasa pulak! Makan pulak ‘not bad’. Standard hotel buffet style. Makanlah byk mana, sampai kembung! Seb baik 2 hari je kursus, kalau tak buntal juga aku nnt!

Pada hari pertama ada 6 slot Utama:
1. Munakahat
2. Ibadah
3. Akhlak & Hubungan Dalam Keluarga
4. Pembubaran Perkahwinan
5. Prosedur Kesihatan (paling aku beri perhatian)
6. Sakinah-Menyambut Kelahiran

Pada hari kedua bersambung lagi 6 slot seterusnya:
7. Komunikasi & Pengurusan Sumber (paling aku gelak tak igt dunia)
8. Pengurusan Stress & Kaunseling
9. Akidah (paling aku dengar penuh khusyuk gtue!)
10. Prosedur Pernikahan
11. Analisa Keberkesanan Kursus
12. Prosedur Mahkamah Syariah

Kesimpulannya, banyak input yang aku dapat dari kursus kawin ni. Terutama cerita2 lawak penceramah sepanjang kursus ni berlangsung. Sangat terhibur. Sangat selesa sampai semua mentos yang disediakan pihak 
hotel abis aku telan!!

p/s: So, selamat berkursus kahwin semua B2B!! Yang penting kita enjoy…..erkkk…!!
  
www.tips-fb.com

Selagi boleh jimat! JIMAT!

Melodrama of Unknown at 12:15 AM 5 VVIP Readers
Ada yang bertanya aku beberapa soalan. So entry aku kali ni adalah bagi menjawab persoalan kamu ok!

Ya…benar. Aku masih belajar lagi. Lagi dua tahun tamatlah. Lepastu aku akan jadi CEO company aku sendiri! Amacam….gempak tak?!! Hahahah!!

Ya..ya…aku sudah mahu berkahwin. Sila percaya!

Kenapa aku tak buat majlis tunang?!!! Ni aku nak jawab ni!

Pertama sekali sebab aku ni kedekut taik idung masin. Malas nak melabur bagi jiran tetangga makan. Hahhahah!! Ok, aku melawak jer…..jgn lurus sgt!!!

Rancangan nak kahwin ni dibuat secara tiba-tiba. Oleh kerana, perancangannya dalam masa kurang dari 6 bulan, aku terpaksa potong perbelanjaan mana yang pada aku boleh dipotong! Oleh kerana itu, pada hari mertuaku datang untuk merisik serta sarung cincin, kami buat ala kadar yang hanya dihadiri oleh keluarga kami sahaja.

So aku panggil kakak kesygn aku dan abang long aku tu balik buat peneman aku pada hari tue. Aku pun tak de lah berandam bagai pun. Solek sendiri pakai baju kurung yang ayu sikit. Pastu ke dapur buat apa yang patut.

Perbelanjaan hari tu pun, abuya aku yang tanggung. Dia nak aku kawin cepat sgt, dia tanggunglah….aku goyang kaki aja….hahhahhahah!!! (sila percaya~~)

Sebabkan kami semua sibuk hari tue, kami tak sempat nak bergambar bagai. Apa yang aku tahu, aku makan dengan sangat banyaknya hari tue!! Malamnya pula, kami semua pergi main badminton kat belakang stadium larkin tue!! Best!!!

notes: Akhirnya aku dapat dua cincin juga!! Engagement and Nikah! Pada masa yang sama, aku tidak perlu membazir duit beli barang hantaran tunang 5 berbalas 7 bagai. Habiskan duit untuk berandam semua. Nanti time nikah nak buat semua ni lagi. lebih baik aku shoot all in one time nikah tu nanti kan.....Siapa tahu bakal suami aku hadiahkan aku Sony Ericssons Experia Arch Pink tu ker, Kereta Inspira 2.0 tu ker....Rumah setengah juta tu ker....Trip honeymoon ke Bali 4 hari 3 malam tu ker!! haaa...tak ker bahagia hidup aku.

p/s: Aku mmg suker berangan~~~
www.tips-fb.com

Monday, July 25, 2011

No Longer Special!

Melodrama of Unknown at 1:48 PM 2 VVIP Readers
Bila dia mula rasa 

‘I don’t feel special anymore. Feel like shit!’

Kalaulah masa ni, kamu baru nak sedar….rasanya dah lambat kot. Kamu tak payahlah nak bermanja2 dengan dia ketika ni sebab perasaan dia dah tak ada untuk kamu. Tiap kali dengar suara kamu buat dia rasa teruk dan kecewa.

Kalaulah masa ni baru kamu nak wish good morning good night, rasanya tak payah bazir kredit kot. Sebab tak da nilai pun good morning good night kamu tu pada dia. sebab dia tahu, kamu buat bukan ikhlas pun. Sebabkan terigt tuntutan2 dia tempoh hari.

Kalaulah masa ni baru kamu nak minta sorry bagai, yang mana dia dah dgr berjuta kali kot! Tiada makna padanya. Sorry kamu, Cuma kata-kata penyedap telinga. Tidak pada hatinya.
Sebelum kamu menuding jari kearahnya, kamu juga harus sedar tindak – tanduk kamu yang membuatkannya sebegitu rupa. Dia perempuan materialistic?!!! So what! Kamu tak suka?? Kamu TINGGALKAN dia sekarang ini, sebelum terlambat!!!!!

Dia pentingkan KESEMPURNAAN. Tapi kamu tak pernah cuba mahu memahami sifatnya yang satu ini. Kamu ambil perkara sambil lewa!!!! Kamu tuntut berbagai2 seolah2 kamu itu seorang yang sempurna sifatnya! Selalunya pun, kamu yang betul, dia yang salah!

Rasanya, dia mula hilang identiti dirinya demi memuaskan hatimu. Tetapi kamu tidak pernah kata mahu berubah sikap, perangai demi kepuasan hatinya. Adilkah kamu? Setiap kali hatinya kamu sakiti, kamu mengharapkan dia beri kata2 semangat padamu. Tidak selfishkah kamu?

Kamu marah dia kerana pada kamu dia tidak bertolak ansur!!! Jikalau kamu benar2 fikirkan, apa lagi permintaan dari kamu yang dia tidak bertolak ansur?? Apa?!!

Percayalah, hati dia semakin menjauhi kamu. Cinta kini kedengaran lucu di hatinya.

p/s: Renung2kan....hahahhah!!!!

www.tips-fb.com

Monday, July 18, 2011

The Proposal

Melodrama of Unknown at 2:40 PM 6 VVIP Readers
Believe it or not….

I’M GETTING MARRIED!!!!
Ok, sila sayang aku sekarang…..sebab aku pun tak caya aku dah nak kawin!! Harharharhar!!

Macam ada orang blur jer neh….

Cecita…cecita…cecita….

Ok..ok….aku ceritalah. Macam ni kisahnya…(dah mcm dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah da~)

Aku hati SELATAN! Dia hati UTARA! (choooiii…)

Prolog: Kami belajar Di UUM bersama. Satu Dewan Penginapan (PROTON!) lah kan. Dia Raja Lawak. Aku Singa Betina. Hahahah!! Dia disukai ramai. Aku dicemburui ramai…(pera-santan kau!!! Hahha!!)

Dipendekkan cerita. Cinta kami, cinta Ikhlas! Dia hormati pendirian aku, aku hormati pendirian dia.

Kronologi Proposal Kawin!

Memula tue, kami merancang nak tunang dulu hujung tahun ni. Kononnya, aku berangan nak cincin byk!! Satu time tunang, satu time nikah nnt (nafsu wanita ya tuan-puan). Tapi……bila aku sambung belajar di johor bahru, dan dia masih berbaki satu sem di UUM….aku pulak asyik buat perangai je.

Maklumlah…aku ni kan minah rowks!! Hati batu, kepala pun batu bata. Tahu nak mengentan jer 24 jam sehari. Asyik nak wrestling ngan Pak Razak jer. Pastu, tension sendiri bila rasa diri terabai dari abuya sendiri.

Dia dengar, jadi tak tenteram. Asyik kena ambush ngan aku jer. Tu yang, abis jer final exam, dia terus terbang ke JB!! Sebab aku abaikan dia selama sebulan! Bernilai juga aku kat dia erk…(senyum-senyum).

Sementara menunggu proses posting and convocation, dia kerja di JB. Dekat ngan aku, senang dia nak pantau….cit….tak dapatlah aku nak ngorat2 ngan lelaki-lelaki lain kat JB neh!! Hahhaha!! (lawak jer).

Jadi parahnya, bila Pak Razak dah mula sayang dia mcm anak sendiri!! bukan setakat breakfast, tea break, lunch, diner, even supper asyik nak bersame ajer….main futsal sesame, main badminton sesame. Risau pulak aku tgk…kang dari lurus, jd bengkok pulak dua makhluk kesygn aku nie..hahhaah!!!

Kemudian, dia jadi risau bila dpt tahu, batch dia akan dipostingkan ke Sabah/Sarawak. Setelah berbincang selama beberapa hari (gado, baik, bincang) maka Pak Razak putuskan kami berkahwin bulan September 2011 paling lewat! Whaaaattss!!!! (mcm Pak Razak pulak nak kawin, suka – suki set tarikh..).

Aku pun mula buka buku kira – kira, lepas tak duit nak beli diamond's ring aku nnt!!! Lepas!!! Okeh!! Maka, kami setuju bapa…tersengeh kerang busuklah Pak Razak dgn riang!

Inilah, aku dalam persiapan ke alam perkahwinan (geli-geli jer ayat…gaggag!!)
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal