Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Sunday, January 16, 2011

Beritahu Aku!

Melodrama of Unknown at 12:26 PM
Macam mn kita nak fahamkan seseorang itu tentang kepentingan ‘MINAT’ dalam melakukan sesuatu?!!

Jika hati kita kata TIDAK BERMINAT, maka tiada usaha akan dilakukan, tiada keinginan, tiada kesungguhan, tiada semangat, tiada kesedaran. Kosong.

Sebagai contoh:
Kamu minat pada si dia, tapi ibumu mahu kamu sunting Si Joyah Jongang. Tapi hati kamu memang TAK MINAT. Ibumu suruh cuba, mana tahu cinta datang selepas kahwin. Maka kamu turutkan keinginan ibumu kerana hormatkan beliau. Kahwinlah kamu berdua. Dimalam pertama, kamu tidak teringin mahu menyentuhnya. Apatah lagi bila kamu lihat giginya yang jongang tue. Tiap, hari kamu lepak di kedai kopi dan berharap kamu akan terserempak dengan Si dia. Namun, kamu juga tahu bahawa Si Dia pun sudah ramai yang datang merisik. Kamu mula jadi tak menentu. Sudahnya, niat hati kamu ingin menceraikan Si Joyah dan meminang Si Dia. Tapi disebabkan ibumu, kamu tersekat diantara dua keputusan!!
Kamu faham tak apa yang aku cuba sampaikan dalam maksud tersirat ni?

Kejayaan itu, kita boleh capai dalam pelbagai cara. Rezeki Allah itu luas! Mungkin hari ini ditutup-NYA pintu rezeki kita, kerana disediakan-NYA untuk kita pintu rezeki yang jauh lebih baik!

Cuba kamu tanya setiap makhluk dimuka bumi ini, mana yang sanggup melepaskan sesuatu yang telah diusahakannya selama bertahun-tahun begitu sahaja tanpa hasil. Siapa?

Kamu! Cuba kamu letakkan dirimu di tempatku. Beritahu aku, apa usahamu! Lakukan untukku! Laluinya untukku!!! Dan buktikan padaku bahawa kamu akan usahakannya 100% tanpa jemu. Dan bila hasilnya tetap mengecewakanmu, cerita padaku keperitanmu…kekecewaanmu....

Seorang aku, cuma manusia biasa. 
Tidak miliki kuasa mengubah realiti.
Hatiku cuma, hati manusia. 
Teguh dengan sokonganmu,
Rapuh berkecai dek kata-katamu.
Kudrat ku cuma seorang manusia. 
Tiada mampu ku tanggung lara yang padat
Fahami aku, mengerti aku. 
Tiada ku minta, apa-apa diluar kemampuanmu. 
Cuma mengemis sokonganmu. 
Pengertianmu.
Restumu.

Beri aku peluang untuk mengejar keinginanku. Kemahuanku. Kehidupanku.

Selagi usiaku masih muda.

p/s: Masa depanku ibarat gunung dibalik kabus! Samar2 ketika ini, tetapi bila mentari menyinar terang, ia menjadi jelas. Yang ada cuma jalan. 
www.tips-fb.com

12 VVIP Readers on "Beritahu Aku!"

Amiey White on January 16, 2011 at 3:21 PM said...[Reply to comment]

semoga apa yang kita hajati dapat amin...

u're still the best dear~

Unknown on January 16, 2011 at 5:00 PM said...[Reply to comment]

nicee!!! haha

Tuan Din on January 16, 2011 at 7:26 PM said...[Reply to comment]

Bravo! Bravo!!...

niesz on January 16, 2011 at 9:53 PM said...[Reply to comment]

betul3..yg penting hati kena iklas kan..hehe..

#dakwahitucinta [Dunia_Sementara. Akhirat_kekal_Abadi] on January 17, 2011 at 11:00 AM said...[Reply to comment]

bercerita tentang kelebihan akan menambah yakin kita pada sesuatu.

kejayaan sebenar
kejayaan hakiki
hanya ada pada agama
untuk taat keseluruhan perintah allah
ikut cara Nabi SAW.
membawa keseluruhan kehidupan
ikut cara Nabi SAW.

kemahuan
keinginan
yang tertentangan dengan perintah Allah adalah Nafsu
yang dikuasai oleh Syaitan yang menyesatkan..

anamizu on January 18, 2011 at 9:47 PM said...[Reply to comment]

aah betul..keihklasan plg penting ^^


recent post : |font comel-comel|

Mohd Asyraf on January 25, 2011 at 6:55 PM said...[Reply to comment]

hehe...nice entry ...kdg2..kita kena berpegang pd pendirian diri sendiri..n make our own decision...n sy plak...sy minat menyanyi..hahaha

Bunga on January 27, 2011 at 2:28 PM said...[Reply to comment]

xkira pe pom terjadi kita kena berusaha..cayokkkk..awk mesti dapat lakukan yang terbaik..

dear anies on January 28, 2011 at 12:03 PM said...[Reply to comment]

(angkat tangan) setujuk!

apdm on January 31, 2011 at 10:17 PM said...[Reply to comment]

salam malam selasa =)

kata-kata yang mendalam maksudnya...

ziarah rakan yang saya follow =)

zahidah dihaz on February 9, 2011 at 9:13 AM said...[Reply to comment]

smoga segala impian dn cita2 akan tercapai...amin...



new entry: http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/02/2011-tahun-yang-ajaib.html

powluck on March 5, 2011 at 12:09 PM said...[Reply to comment]

amin.. stju2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal