Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Sunday, January 31, 2010

Iklan Nuffnang Ku~

Melodrama of Unknown at 1:44 AM 3 VVIP Readers
Aku sgt teruja tgk iklan nuffnang aku yang buat pertama kali muncul tue!!!!!
Adakah anda semua Nampak??
Ya!!! Yang iklan mr potato tue!!!
Marilah bantu aku dgn “klik” banner iklan itu…
Nnt aku gerenti klik iklan nuffnang korang…
Mari!!! Sama2 kita “klik”.

Free Signature Generator www.tips-fb.com

Thursday, January 28, 2010

Nafsu Makan!!

Melodrama of Unknown at 10:32 PM 12 VVIP Readers
AAAARRRGGGHHHHH!!!!!! Tolong……nafsu makan aku sagt extreme lately!!! Aku sgt extremely takuuutt!!! Np ni….owh!!! citer pasal makan, tadi aku masak Bubur Nasi Abalon!!!

Uishk!!! Dengar macm mantop gitu..(mantop kew??) hahahah!!! Nak tahu caranya?? Meh sini aku ajarkan…terbaik dari dapur bilik hostel aku neh!!

Mula2 sediakan bahan2 berikut ni:

1.Nasi
2.600ml air (mineral terbaik! Jgn air paip toilet sdh!)
3.Black Pepper
4.Garam
5.Kanji Jagung
6.Abalon (Sejenis Cendawan)
7.Bawang

Semuanya dah ada?? Bagusnya!!!! Ok, sekarang ni, ikut cara aku masak ya (Cepat dan Pantas!)

1.Masukkan Air dan Bubur Nasi Perisa Abalon Maggi (yang mana didalamnya sudah pun mengandungi nasi, garam, kanji jagung, Abalon, bawang, etc. (HAHHAHA!!)) ke dalam periuk nasi @ panggilan modennya Rice Cooker.

2.Kemudian kacau sebati dan tunggu sampai nasi tu lembut (dah jadi buburlah tue!)

3.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang comel.

4.Taburkan black pepper! (Black pepper aku sponsor dari McDonald, aku cilok byk2 masa g makan kt sana dulu)

Maka, inilah dia Bubur Abalon masakan dari Lady Aisyah AR!! (Behinilah hidup di campus, terpaksa bijak mencari sponsor, kredit to McDonald, aku pun cilok paket Sos dia..hahah!!)

Aku dan black pepper mmg tidak dpt dipisahkan lagi. Aku kenal black peper semenjak aku mengenali black + pepper. Hahahha!! (apa aku ngarot nie..) Anyway….Bubur Abalon ni sedap…. Aku tak minat sgt bubur ikan dia, too smelly for me. Aku ada simpan stock bubur sayur n bubur ayam. Hahahhaha!!

Tengok tue!!! Nafsu makan aku sgt extreme bukan. Apa nak jadik nie!!!

p/s: Td aku suruh miera beli nasi lemak kat TNB (Sedap weh nasi lemak dia!!!). Walaupun aku dah masak bubur…nak nasi lemak juga??? Arrgghhhhh!!! Gemuk lah gini….

Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Wednesday, January 27, 2010

Siapa Aduka Taruna?

Melodrama of Unknown at 9:47 PM 2 VVIP Readers
Siapa itu Aduka Taruna?? Atau secara ringkasnya digelar AT? Aku bukannya suka berpolitik sgt, tetapi aku terpanggil untuk mengulas sedikit sebanyak tentang perihal isu si AT ni. Isu dia ni dipetik kawan aku pada suatu malam tu lah. Pastu aku pun mulalah bertanya pada pakcik Google, kalu2 dia tahu apa2 pasal si AT ni. Owh….rupa-rupanya, ada cerita panas ttg lelaki misteri ini.

Aku malas nk tahu pasal latar belakang AT ni, cukuplah sekadar mengenalinya dgn panggilan blogger nya iaitu Aduka Taruna.

Pada ketika semua rakyat Johor berduka cita, dia pula keluarkan satu entry menghina Sultan Johor yang tak sampai sehari kemangkatannya. Penulisannya sangat kesat ya untuk diterima oleh mana2 anak jati johor. Oleh kerana itu, rakan2 blogger anak jati johor sebulat suara membuat laporan polis atas kelancangan bahasa AT.

Maka dgn itu, AT ditangkap atas tuduhan menghina kerabat diraja Johor.
Kalu kamu lihat blog si AT ni, mmg politik sahaja yang diulasnya. Betul2 politiklah mamat ni. Aku kesian kat wife dia. Haih….Tapi, ramai betol yang memaki hamun dia kat blog tue. Seram sejuk aku baca. DASYAT!!!

Oleh itu wahai kamu semua, jgnlah terlalu taksub dgn politik ni…lagi satu, kalu nak kutuk mengutuk ni, jgnlah kutuk org lain, kutuk diri sendiri sudahlah. Dah jadi begini, siapa juga yang susah?? Tak ke diri dia sendiri dan wife dia juga yang malu.

Ni blog dia http://adukataruna.blogspot.com/. Tapi dia dah delete dah entry dasyat tue. Entry tu diberi tajuk

“dah mampos, buat cara mampos la”

Tapi pakcik google sempat buat cache snap entry tue>>SINI<<
Ini pula petikan dari Berita Harian Online>>SINI<<
Ishk…ishk…ishk….nauzubillah…moga2 dia diberi petunjuk. Haih…

UPDATE terbaru:
AT dah serah diri pada polis di kelantan. kes dia masih lagi dalam siasatan bg menentukan hukuman mn yg setimpal baginya.

www.tips-fb.com

Percutian Percuma!!

Melodrama of Unknown at 7:12 PM 5 VVIP Readers
Uishk!! Aku baru sahaja selesai mengarang ayat terbaik punya untuk dihantar kepada MAS!! Untuk apa??? Ak nk mohon jd pramugari ker?? Ishhhkkk…..bukanlah!!!! tetapi aku baru jer menjadi salah seorang peserta pertandingan “saya nak cuti” anjuran MAS dengan kerjasama Astro. Ada apa dengan pertandingan ini?? Meh sini aku citerkan ya…

Mula2 anda dikehendaki check ic masing2 sama ada ada sudah lepas 18 tahun atau belum. Kalau belum anda kena tunggulah sampai cukup umur 18 tahun. Kalau dah cecah 18 tahun keatas anda layak ikuti langkah seterusnya.

Setelah pasti anda berumur 18 tahun dan keatas, ada dikehendaki mencalonkan diri anda atau sesiapa yang ada nak bagi hadiah percutian ni dengan mengarang sebuah karangan tentang destinasi percutian yang anda hendak pergi. Pastikan karangan anda itu TIDAK melebihi 350 patah perkataan ok! Saya ulang lagi ni, TIDAK melebihi 350 patah perkataan atau penyertaan anda akan terbatal.

Setelah selesai mengarang, hantarkan penyertaan anda mastraveller.com beserta gambar sekali.

Sekiranya, anda terpilih sebagai pemenang utama, ada akan dapat bercuti secara percuma dan menjadi hos rancangan percutian anda sendiri selama 4 hari 3 malam!!!
Dimana ia akan di taja sepenuhnya oleh MAS dan akan ditayangkan di Astro Ria!!!

Ingin saya HIGHLIGH kan disini bahawa tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 january 2010 ini!!!!! Oleh itu, cepat2lah anda mula mengarang!!!!!

Ni fasa2 pertandingan tue…


Ini pula adalah contoh karangan yang aku send

Saya NAK cuti!! PERCUMA!!! Ishk, siapa nak bagi? Percayalah, mastraveller boleh merealisasikannya. Oleh itu, jika saya terpilih sebagai pemenang peraduan anjuran syarikat penerbangan terulung di Malaysia, iaitu MAS dengan kerjasama ASTRO ini, saya memilih untuk ke Bali. Saya tahu, mesti ramai di antara kamu sudah berpuluh-puluh kali kesana dan tentu t-shirt I ♥ Bali sudah berlambak-lambak di dalam almari. Oleh itu, saya sangat berbesar hati (terdesak/terpanggil) untuk menjejakkan kaki kesana juga. Saya dengar Bali adalah pulau yang sangat cantik, oleh kerana itu ia diberi nama jolokan sebagai “Paradise Island”. Tambahan pula, saya boleh mengacarakan rancangan ini dengan baik, kerana saya sukakan aktiviti dan banyak bercakap. Saya akan membuat liputan tentang keunikan Bali kepada mereka yang senasib seperti saya (iaitu, mereka yang tidak pernah ke Bali). Nanti, bolehlah saya ronda-ronda disekitar Bali sambil menikmati keindahan semulajadi Bali dengan menaiki Scooter yang comel, terutama jika memasuki kawasan bandar (mesti sesak). Kemudian mengamati sejenak peninggalan sejarah di sekitar Bali dan melawati kuil-kuil yang banyak terdapat disana. Kemudian saya hendak merasa masakan laut segar di tepi Pantai Kuta (pantai yang paling popular di Bali). Saya dengar masakan laut mereka sangat sedap dan segar. Jikalau sudah berada di pantai, adalah sangat merugikan jika tidak melihat kehidupan akuatiknya pula. Oleh itu, saya akan mencabar diri saya untuk melakukan aktiviti snorkeling (kerana saya tidak pandai berenang, tetapi sangat sukakan laut dalam). Puas sudah dengan aktiviti di pantai, adalah sangat disarankan menikmati keindahan budaya di Bali pula. Oleh itu, pada malam hari, saya akan ke Ubud, untuk melihat sendiri budaya tradisional penduduk Bali. Saya dengar, Ubud adalah pusat kebudayaan, dimana mereka tidak pernah putus dengan pelbagai persembahan. Saya sangat sukakan tarian tradisional, mungkin saya boleh belajar sedikit tarian mereka dan ajar rakan-rakan saya di tanah air nanti. Apa yang pasti, sebelum saya meninggalkan Bali, saya akan dapatkan tshirt I ♥ Bali saya sendiri! Saya rasa cukup sudah saya mengarang disini, jika terlebih karang, takut terbatal pula penyertaan saya. Akhir kata, pilihlah saya! Jauh perjalanan luas pengalaman.

Dan ini gambar yang aku bagi (mmg dah tak da gambar lain)



Oleh itu, jika aku terpilih antara top 12, jgn lupa untuk mengundi aku tau!!! heheee...
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Wednesday, January 20, 2010

Low Shoulder - Through The Trees

Melodrama of Unknown at 11:58 PM 7 VVIP Readers
I Really HEART This Song!!



Free Signature Generator
www.tips-fb.com

170101

Melodrama of Unknown at 7:31 PM 4 VVIP Readers

17/01/10…hari ni merupakan kali ke-2 aku menyambut kelahiran ‘Si Tomey’. Tema aku pada kali ini ‘Luxury’. Heheee….pejam celik, pejam celik, dah dekat 2 tahun perhubungan kami. Tapi tetap aku rasa mcm baru semalam aku kenal dia, baru semalam aku jatuh hati pada dia dan baru semalam dia propose aku.
B-day ‘Si Tomey’ kali ni, aku hadiahkan kasut Jefferson dan shirt putih Jefferson!

Tempoh hari dia ada beli seluar Jefferson, so aku piker kan bgs kalu dia ada whole set from JF! He really likes JF!! LIKE REALLY!!!

So, kami merancang sambut b-day dia kat Ladang Tulip, Bukit Larut. Tetapi malangnya, bila kami sampai sana baru kami tahu dah dekat 2 tahun juga mereka tak tanam tulip kerana rugi. Haih!! Untuk membolehkan kami keatas kami perlu beli tiket land Rover.

Tetapi malang juga tiket habis dijual pada hari itu!
Maka kami beralih ke Plan B!!! Nak tahu kami kemana?? Heheeee…..

Kami telah ke ZOO!!!



Seronok juga pergi Zoo Taiping ni. Sebab ada mini train. Tak payah susah2 jalan. Hahahha!!! Lepas puas main2 kat zoo, kami putuskan untuk ke Gurney! (Setelah puas pikir..)




Aku sgt jatuh cinta pada Gurney Plaza!! Sekarang aku dah jumpa my another fav place to shopping! Thanks to ‘Si Tomey’ kerana bawa aku kesana!!!



After that, kami pun bergerak pulang ke UUM semula. Aku sgt seronok hari ni. Walaupun Plan A tak jadi, at least kita ada Plan B plus Gurney Plaza!! hahahha!!

p/s: He loveeeeeeee his JF shoes, and I’m so GLAD!!
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Monday, January 18, 2010

B-Day Shopping

Melodrama of Unknown at 11:08 AM 8 VVIP Readers
Bagi menyambut kelahiran ‘Si Tomey’ tahun ini, aku telah ke Penang untuk membelikannya hadiah. (To my dear ‘Silent Reader’, aku ke Penang tidak langsung menganggu waktu kuliahku, harap jelas sblm membuat laporan anda)

Aku telah ke kedai Jefferson di Queens Bay (QB) dan membelikannya kasut JF , t-shirt putih JF. Then, aku lepak starbuck and rest for a while. Pastu aku minta tolong Uder (My Sis kat USM) utk bawa aku g shopping Dress putih pula. So, kami terjah ke Perangin Mall (PM).

Setelah selesai urusanku di Penang, aku pun pulang kembali ke UUM. Ini adalah sneak peak gambar2 aku di sana.





Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Tuesday, January 12, 2010

Sadness

Melodrama of Unknown at 8:38 PM 5 VVIP Readers
What will I do when I’m sad?

Firstly, I will try my best to sleep. If it is fails….
I will try to listen to the music and sing along. If it still fail…
I will watch movie. If it is fails also…
I will take a shower and cry like crap!

I wish I have a power to shut my heart down.
To bad, i'm just a girl with no power but full of burden.

Free Signature Generator www.tips-fb.com

Reality To Fantasy

Melodrama of Unknown at 2:09 PM 4 VVIP Readers
Oleh kerana aku sudah mula boring dengan Gossip Girl, angin aku berubah kepada siries yang baru!!! Mari aku tunjukkan kamu cerita apa ini. Owh, dikesempatan ini juga (Ahaks!!) aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Misz Zura kerana memperkenalkan series ni pada aku. Skang ni aku tgh angau ngan citer nieh!!! Haih…

THE VAMPIRE DIARIES

Aku tak tau sgt history cerita ni, tp menurut my Babe, Yatie….citer ni dari novel. Aku tak baca novel dia so aku tak tau sejauh mn kesamaan series ni dgn novel dia. Tapi yang penting, aku sgt suke cter ni!!!!


MEET THE SALVATOR'S BROTHERS


MEET ELENA


PERFECT COMBINATION!

So far aku ada Season 1 (Ep 1-10), tgh tunggu EP11 akan diupload 14 Jan nie!! Huhuu…

p/s: Can’t wait!
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Download Movie YOk!

Melodrama of Unknown at 1:08 PM 5 VVIP Readers
Entry sya kali ni ttg movie!! Sya mmg Ratu Movie..Kalau dulu, sya dan Along selalu refer movie as our ‘Drug’! Bila stress blaja jer mst melilau cari movie. Tanya orang sana, org sini. Sampai sanggup cari agent yg jual citer, desperate sgt smpi ke changlun kitaorg terjah! HahaH!!

Tapi…

Skang ni, sya tak perlu gagau2 minta movie dari org lain dah, sebab sya dah jumpa sumber movie sya sendiri!! (Thanks to ‘Si Tomey’ kerana kesabaran beliau menjadi Mentor Sya). Oleh itu, sya sekarang sgt expert mend’load movie!! Ishk….igt senang ke nak d’load movie sendiri?? Senang……IF korang bersabar & ikut step sya ni…hihi..

Perkara PENTING yg perlu ada:

1.Line internet (Broadband lagi bagus!)
2.Layari www.syok.org dan daftar keahlian anda.
3.WAJIB ada Internet Dowload Manager (IDM)
4.WAJIB ada 7zip
5.Wajib ada at least GOM Player (Fully Support Codec)

Caranya:

1.Layari www.syok.org dan daftar sebagai ahli. Kemudian pergi ke ruangan forum. Di sini terdapat byk kategori, so boleh pilih nak d’load movie ke or tv siries ke (explore yourself k..)

2.Sebelum anda mula men’dload movie tu, pastikan 2 perkara penting:
a) Movie tu dalam format dvdrip/rmvb/mkv
b) Pastikan ia guna MediaFire sbg storage (Mudah & cepat)

3.Setelah selesai buat pilihan, anda dah blh mula mend’load movie anda dgn menggunakan IDM.
TIPS: Selalunya, movie dr MediaFire akan dipecahkan kepada beberapa bahagian/part. Pastikan kesemua part dibuka dahulu sebelum anda mula mend’load dan d'load kesemua part serentak (utk elakkan lag)

4. Setelah semua part selesai d’load, kini masa utk gabungkan kembali kesemua part menjadi satu! Sya memilih 7 Zip! Caranya mudah. Just right click kt part 1 movie tu, then pilih open archive, copy to, pilih destinasi file nak disimpan dimana, then enter! Siap!!!!
Tips: Pastikan setelah selesai d’load anda clearkan IDM anda. Bg elakkan kelembapan.

5.Sekarang masa utk test movie kat GOM Player! Check kualiti gambar dan sound! Jika semuanya ok, Movie anda sudah siap untuk dipertontonkan!! Hahah!!

Subtitle:

Sya sgt memerlukan bantuan subtitle/seni kata bagi cerita bergenre sci-fiction & War! Sebab, kadang2 bahasa mereka terlalu scientific and ‘army’! Hahha!! So, sya akn dptkan suntitle sya di sini .
TIPS: Penting utk anda tahu format movie anda supaya anda blh pilih sub yang match dgn movie anda!!

Ini adalah movie yang sya dah d’load dlm 2 hari ni…Ranking?? TIP TOP!!

Pandorum (2009)


Sorority Row (2009)


Carriers (2009)


Adam (20009)Align Center


Case 39


Whip It


Tell Tale (2009)


Dorian Gray (2009)


Forget Me Not (2009)


Heppy Downloading People!!
Free Signature Generator

www.tips-fb.com

Friday, January 8, 2010

Make Up Base

Melodrama of Unknown at 10:00 AM 7 VVIP Readers
Selamat pagi semua!!!!!
Awal juga sya bangun hari ini. Agak teruja pagi ini. Tak tahulah kenapa. Rasa semangat ajer. Hahhah!!!
Ok, oleh kerana sya tak tahu nak buat apa, kali ini sya akan berkongsi sedikit maklumat tentang Make Up Base pilihan sya (mcm lah semua org nk tahu..). tapi tak pa…sharing is caring you know..huhu..


1.Hazeline – White & Natural Lightening Cream

Pada kamu semua yang suka bersolek di luar sana, tentu anda tahu, betapa pentingnya moisturizer (pelembap) pada kulit muka. Sebelum sya meletakkan apa2 solekan di muka sya, sya akan pastikan kulit muka sya dilindungi moisturizer terlebih dahulu. Ia merupakan lapisan pertama dan utama bg sya! Sya memilih Hazeline – White & Natural Lightening Cream! (My Miracle Cream!!) Sya dah gunakan cream ni sejak dari darjah enam lagi!

Keajaibannyer:

Cream ni meresap terus dalam kulit muka sya tanpa meninggalkan kesan berminyak! (Siyesly, meresap habis!). Tambahan pula, cream ni turut repair my skin, bukan sahaja memutihkan tetapi turut menghilangkan kesan jerawat! (That’s what happened to me…) Sya pernah juga gatal2 cuba Olay. Time tue tgk Along & uder sume gne Olay. Tapi tak boleh tahan, sebab terlalu oily (BERMINYAK). Olay bila pakai akan tinggalkan kesan berminyak. Bagi orang yang sememangnyer ada masalah kulit berminyak, elakkan daripada pakai produk nie. (Cuma pendapat sya, berdasarkan dr pengalaman sya)


2.Elianto – Miracle Multiplex BB Cream (Type 1)

Oleh kerana kulit sya tidak mengalami terlalu banyak masalah, sya memilih BB Cream ni di lapisan kedua! Sya memilih BB Cream by Elianto ni sebab produk ni sgt terbaik!! (Trust me, SANGAT BERBALOI!!) Cream ni buatkan muka nmpk sgt flawless!!! Then, it’s perfectly match with ur skin. Tak payah blend ngan apa2 pun. Bagi yang ada masalah liang pori besar, this is your solution. BB cream ni ada 3 Type (Ikut kesesuaian warna kulit). Type 1 yang paling cerah.


3.Maybelline – Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation (C03)

Produk ni adalah pengganti kepada BB Cream, cuma cream dia agak sedikit kasar dari BB Cream. Sya akan pakai cream ni time muka dalam keadaan kurang meyakinkan. Sebab dia akan cover ‘kecacatan sementara’ dimuka sya perfectly natural. Selain tue, ia meninggalkan effect pinkish pada muka. So muka nmpk mcm pinkish white gtue.


4.Majolica Majorca – Skin Remaker (OC10)

Product ni tersangat penting!! Ia merupakan Lapisan Ketiga (terakhir) sebelum sya letak apa2 solekan. Ia macam finishing for my base! Sangat bagus sebab kulit nmpk flawless, dan dia ada UV protection! Hahahha!! Nampak NATURAL sesangat!

Sya mmg akan buat 3 lapisan mcm ni before mula pakai make up. Ia akan buatkan kulit nmpk flawless, smooth & Natural. Plus, make up akan tahan lebih lama.

p/s: Later sya citer pasal Make up pula ya…nak pergi buat laundry. Amazingly, air ada. Haha!!

Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Sunday, January 3, 2010

Salah Siapa?

Melodrama of Unknown at 2:54 PM 2 VVIP Readers
OK….aku sgt pelik tahap GABAN!!!

Setahu aku PTPTN bg aku RM3500 TIAP SEM!
So, after aku tolak YURAN UUM, RM1023
Hutang sem lepas aku RM500
Plus abuya ada bank-in duit kat aku RM50 suruh beli heater!
So, calculation aku patutnyer…

Debit:
RM3500 + RM50 = RM3550 (Right?? cHeck!)

Kredit:
RM1023 + RM500 = RM1523 (Right??? Check!)

Balance:
RM3550 – RM1523 = RM2027 (Right?? Check!)

THEN, WHY IN THE HELL THAT MY BALANCE ONLY RM1923?????

WHERE THE HELL MY OTHER RM104?????

Well as usual I call Bendahari UUM, AND mcm selalu jugalah mereka tolak kat HEP y gurus bahagian PTPTN then, HEP pula tolak aku ke Bendahari

Ok…..so skunk ni ape cter weh!!!! Ni aku malas nie!!!! Bukan apa,karang aku melebih jatuh AUKU pula. Kita diam dorg plak mcm haram an!!!

Aku musykil, apa pasal Bas blh FREE??? Duit bas persem RM90!!!
Tp masalahnyer aku Tanya dorg, dorg kata dorg Cuma tolak duit YURAN SAHAJA! Then, mn pergi duit aku yg lagi RM104 TUE WEH???!!!!!

Buat beli makanan KUDA ker??? (Aku geram nie!!!)

Paper pun, aku tak mampu nk kata lebih….aku bg dorg till this week to settle it. Or else mmg aku akan serang Bendahari tue. SO, tunggu jer lah….

Mcm Crap tol!

Free Signature Generator www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal