Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine
Showing posts with label AAR Tips. Show all posts
Showing posts with label AAR Tips. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Maksimumkan Pemanjangan Rambut

Melodrama of Unknown at 3:46 AM 26 VVIP Readers
Rambut adalah mahkota setiap wanita…itu kata iklan Panteen. Aku setuju. Anguk..angguk..hahha!!

Bagi kamu yang mahukan Tips memanjangkan rambut. Sini aku ada sedikit ilmu ingin dikongsi bersama. Seperti biasa ingin aku ingatkan disini, aku bukanlah seorang professional. Cuma ingin berkongsi. Jika ada info yang silap dimata kamu, harap diperbetulkan.
Sebelum aku pergi kepada tips, aku nak kamu tahu tentang fakta dahulu:
Kamu tahu tak bahawa rambut kita ini akan memanjang sebanyak 1-3 cm SETIAP BULAN?! Ya…percayalah, itu adalah fakta. Itu gunanya Sciences.
So, jika begitu kejadiannya, kenapa ada petua2 memanjangkan rambut?? Hmmmm….

Disinilah, tricknya. Sebenarnya, kita hanya mampu memaksimumkan pemanjangan rambut kita setiap bulan, tetapi kita tidak boleh mempercepatkannya. Dari fakta, rambut kita boleh memanjang maksimum 3cm setiap bulan, itulah goal kita kali ni. Memaksimumkan pemanjangan rambut. Yeahhhh!! Hahaha..

Oleh itu kita mulakan:

Rawatan Dari Dalam

Pemakanan. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin B serta biotin. Amalkan makanan berikut: Bayam, Brocoli, Pisang, Kacang merah, Lentil, salmon, almond, walnut, telur, roti gandum (whole bread), carrot, dan juga tiram. Kesemua makanan diatas mengandungi nutrisi yang lengkap dan padat untuk pertumbuhan rambut yang lancar dan sihat serta maksimum.

Rawatan Dari Luar

Semasa nak syampoo rambut, gunakan syampoo dan pelembab yang mengandungi minyak pelembap seperti avocado. Kemudian amalkan urutan ini:

Gunakan hujung jari kamu dan urutkan seluruh kulit kepala paling minimal 2 minit! Hal ini akan melancarkan pengaliran darah kulit kepala. Sekali gus, merangsang pertumbuhan rambut!
Bak kata Kingsley: “Rambut yang baru akan mengalami kesukaran untuk tumbuh jika melalui lapisan kotoran, minyak dan sel2 mati”
Seterusnya, jangan abaikan perlindungan rambut kita. Bagi yang bertudung. Kamu blh abaikan langkah ni, tapi bagi yang freehair, pastikan kamu pakai serum atau apa sahaja product rambut yang mengandungi perlindungan sinar UV. Then, you are good to go!

Ada juga petua traditional menyarankan kamu lumurkan air serai pada rambut. Tapi aku tak pernah amalkan, makanya aku tidak tahu hasilnya. Takut2 silap langkah, rambut panjang, berkelemumur pula…haih!!!! Susah….susah….

Oleh itu, Selamat Mencuba!!!!

P/s: Klu nk express, amik supplement ajer lah. Pergi Watson, kemudian beli supplement yang mengandungi Vitamin A, B dan Biotin. Senang kerja. Ye tak….hahha!!
www.tips-fb.com

Apa? Atau Kenapa?

Melodrama of Unknown at 1:58 AM 11 VVIP Readers
Apa itu cinta? Sayang? Minat? Suka?

Sesetengah mereka mengatakan bahawa kesemuanya itu membawa maksud yang sama. Serupa. Seerti. Tiada bezanya. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa tiap satunya itu membawa maksud yang berbeza. Complicated juga bahasa kita ni ya. Tapi tak per. Aku bukan nak cerita tentang bahasa kali ni. Tapi aku nk tekankan pada maknanya yang tersirat. Yang tersembunyi. Yang Halus. Mulus. Fulus…ok…karut….tettt…
Suka-Pada aku, ia memberikan gambaran yang samar tentang suatu perasaan. Suka-Pada aku, cuma kata2 dasar dalam meluahkan perasaan. Suka-Pada aku, hanya permulaan perasaan.
Minat-Pada aku, bermula dari Suka. Minat-Pada aku, tuntutan usaha dan keinginan. Minat-Pada aku, detik perkembangan suatu perasaan.
Sayang-Pada aku, datangnya dari minat. Sayang-Pada aku, suatu yang universal. Sayang-Pada aku, mulanya rasa ingin memiliki. Sayang-Pada aku, tuntutan untuk melindungi. Sayang-Pada aku, keamanan jiwa. Sayang-Pada aku, menuntut pengorbanan.
Cinta-Pada aku, suatu kegilaan. Cinta-Pada aku, suatu yang suci. Cinta- Pada aku, suatu kepentingan diri. Cinta-Pada aku, melepaskan. Cinta-Pada aku, ketulusan hati. Cinta-Pada aku, sebenar-benar rasanya hati. Cinta-Pada aku, memelihara dan memusnahkan. Cinta-Pada aku, sebuah teka-teki yang harus diungkaikan sepenuhnya dengan kasih sayang. Cinta-Pada aku, oksigen. Cinta itu, suatu misteri.
Jiwang bukan?? Terlalu puitis mungkin. Tapi tak per, yang penting maksud yang ingin aku sampaikan, difahami kamu.

Ada yang bertanya pada aku:
“Apa kamu buat, bila Si Dia melihat orang lain ketika bersama kamu?”
Dari sudut ego aku, aku akan mulakan dengan pembalasan:

Seperti mana dia buat aku rasa sakit hati, aku akan buat dia sakit hati dua kali ganda. Bayangkan kamu dan dia sedang keluar bersama. Tiba2 datang sekumpulan lelaki. Pastikan kamu melihat salah seorang daripada mereka. Dengan tajam. Lagi tajam. Lepas tue, kamu senyum dan tunduk. Bila, lelaki2 tersebut melepasi kamu, kamu melirik mereka dari belakang. Kemudian kamu geleng2 kepala. Mesti Si Dia akan mula merasa pelik, dan bertanya kenapa kamu geleng kepala, kamu jawab:
“Gosh!! That one over there, really shake me. Such a Man!”
Yaaaaa……you just hurt his feeling. That’s the goal. Padan muka dia. Siapa suruh dia mulakan dulu. Puas hati? Yup! Aku puas hati. Tapi cuma sementara. Percayalah, perbuatan balas membalas ni, tak akan selesaikan apa2 pun. Malah memburukkan lagi keadaan.

Tapi, jika kamu cintakan dia. Bukan persoalan APA yang kamu akan lakukan, tetapi KENAPA dia mesti memandang wanita lain. KENAPA?

Persoalan itu kamu hanya boleh dapatkan dengan perbincangan. Tanya dia, KENAPA dia masih memadang pada wanita lain sedangkan dia sepatutnya hanya memandang kamu seorang. Apa lagi yang masih kurang pada kamu yang tidak menepati citarasa hatinya.

Setiap perbuatan mesti ada sebabnya. Dapatkan jawapannya. Cuba. Kemudian, kamu nilai sendiri jawapan yang diberikan. Adakah ia berbaloi atau tidak.

Kamu kena ingat, lelaki yang baik akan terima kamu seadanya. Dia tidak akan cuba mengubah kamu menjadi suatu yang bukan diri kamu. Dia hanya akan memandang diri kamu sahaja. Hatinya, jasadnya dan jiwanya hanya ada kamu.

Jangan biarkan diri menjadi bodoh kerana cinta. Menjadi buta kerana cinta. Menjadi tuli kerana cinta. Menjadi hamba kepada cinta. Cinta manusia bukan sesuatu yang abadi. Oleh itu, chose wisely. Buka mata, buka hati dan buka minda kamu. Jangan kelak, kamu derita kerana cinta.
www.tips-fb.com

Sunday, December 12, 2010

Makhluk Pembunuh!

Melodrama of Unknown at 3:42 AM 2 VVIP Readers
Gambar Sekadar Hiasan
Salam Bloggers semua.

Pernah tak korang alami situasi dimana, korang sedang syok menjamu selera penuh bernafsu, tetiba hidung kamu tertangkap pada satu bau dan kemudian terus kepala jadi pening-pening lalat gitu. Kamu tahu bau apa?? Bukan!!! Bukan bau sate kajang!! Bukan!! Ishk…bau tengik badan orang blh lah tutup2 hidung. Bukan!!

Tapi……

Bau asap ROKOK!!!
“Come on la brader, aku muda lagi nie!!! Kakak aku nak tunang 18 ni!! Anak aku baru beranak kot!! Aku baru berangan nak makan ABC Special bila balik JB nnt. Jenny tunggu aku kat rumah tue brader….tak kan lu nak bagi aku mati kot!! Lu melampau! Aku tgh makan kot!!!”
Aku memang tak boleh terima dengan orang yang SMOKING di tempat makan. Pada aku biadap sangat lah tu! Ye lah, dia sendiri sudah sedia maklum akan bahaya Rokok dan ASAP rokok tu kan, dah tu dia boleh pula selamba tenuk sedut hembus, kembang kecut hidung dengan Rokok kat tempat awam camtue, siapa tak panas!

Spoil nafsu makan aku yang tengah berbara2 tu! Worst lagi, terpampang dengan sangat besar kot sign ni.
Pada mulanya tue, aku memang nak approach dia bagitahu dia
“Brader, bleh ark lu blah dari sini, smoking dalam keter lu ker. Lu nak kepam asap rokok lu tue kat dlm keter lu pun, tak der sape nak marah la. Agak2 lah. Paru2 wa derita ni bro!”
Tapi, Mr Boyfie kata jangan. Sabar. Kembang kecut hidung aku tahan marah!! (Ok, tipu…). Last2, aku pandang badi jer kat dia sampai dia rasa annoying. Pastu, dia tak selesa kot aku tengok dia marah2 cam tu, dia pun bangun, pergi bayar bill pastu blah dengan sorang kawan lelaki dia dan 2 lagi perempuan (awek mereka). Kesian awek dia, boy dia bunuh dia terang-terangan, dia boleh rela!!!

Sini ada sedikit pesanan pada Perokok2 Tegar Semalaya diluar sana (mcm dorg baca..) bahawa:

1.Belia sekarang adalah belia benci merokok. Kamu saja yang ketinggalan dalam gua.

2.Kalau kamu nak merokok sekali pun, tengok tempatlah, pergilah merokok dalam kereta kamu ke, tak pun kamu amik tiub yang blh menyambungkan asap rokok tue terus ke hidung kamu. Kata nak nampak COOL…..ni baru COOL!!

Kepada belia2 benci merokok pula:

1. Kamu ada HAK, untuk meminta si perokok supaya tidak merokok di sekitar kamu. Terutama sekali apabila berada di tempat2 makan. (Teguran ni sesuai pada perokok yang jauh lebih tua dari kita)

2. Tak pun, kamu boleh bagi dia signal dengan cara: kamu ambil beberapa helai tisu, kamu tekupkan dihidung, sambil  libas2 kan tangan seolah2 macam melibas lalat tue. (Sesuai pada perokok2 muda, atau pun sebaya kita)

3. Kalau dia still berdegil, kamu ckp kuat2:
“Tolong!!!! Dia sedang membunuh paru2 saya!!! Tolong!!!”
Gerenti dia pun cuak terus nightmare!! (Ni, bagi perokok yang degil tak reti bahasa!!)

Kepada kaum wanita2 yang gojes2 diluar sana, jika kamu dalam pencarian memilih calon pak we, ataupun SUAMI, pilihlah mereka yang TIDAK MEROKOK. Apa yang kamu tidak sedar ialah, dalam kalimah cinta yang diberi, dalam kasih dan sayang yang ditaburi, dalam janji manis yang dibuat sebenarnya dia sedang membunuh kamu setiap kali dia merokok dihadapan mu. Berbaloikah hidup kamu untuk dibunuh free2 macam tu je? Tepuk dada, Tanya selera.
Kalau aku, aku suruh dia bercinta dgn ROKOK, makan dengan Rokok, mandi dengan ROKOK, Tidur dengan ROKOK dan MATI dengan ROKOK.
www.tips-fb.com

Thursday, December 9, 2010

Lelaki, bila tak dapat mula biadap!

Melodrama of Unknown at 9:11 PM 31 VVIP Readers
Ok, hari ini aku nk ulas tentang isu ini. Kepada kamu, kaum2 lelaki diluar sana, ini bukan satu pertuduhan, tetapi satu kejadian!!

Aku sangat tak boleh blah pada lelaki yang tak reti bahasa! Bukan apa, aku ni usaha fikir cara terbaik menolak dia supaya tidak memalukan dia, tapi dia pula makin mendesak. Dah tue, bila kita blah gtue ajer, dia pula melenting kata kita sombong, tak cantik, bagai. DAh tue, kalau aku tak cantik yang kau nk ngorat aku tu apa pasal??

Lelaki juga kena faham dilemma perempuan. Umi aku pesan, kalau nk reject lelaki sekalipun, jgn sampai memalukan mereka. Takut mereka berdendam. Huhu….ye lah, kalau setakat sorang tu, aku rasa aku blh lagi kick apa yang patut kalau kena serang, tapi kalau berlima, tak tertanggung kudrat wanita ku ni lawan.

Demi mengelak perkara2 begitu, aku cuba senyum dan tolak cara baik. Tapi!!!!!! Kenapa mereka semakin kita berlembut semakin berani. Pastu, bila tak dapat, maki hamun sumpah serapah bagai. Mulut longkang betul lah.

Sama juga lah apa yang berlaku sekarang ini. Ceritanya begini. Ada sorang lelaki ni, namanya Maddox (bkn nm sebenar). Dia ni baya Along aku (24 y.o. now). Dia syok kat adik aku Alang. Pastu, suka punya pasal, abis kami berlima beradik dia add kat FB! Aku pada mulanya, biasa2 jer lah. Tp dia rajin betullah comment kat wall FB aku tuh!!

Ada masa dia tulis kat wall FB aku “You’re so pretty”…itu lah…tapi bila aku buka wall, aiikkk! Dia dah delete?!! Hahahhah!! Mmg sengaja cari pasal nmpk!! Aku check kat wall adik2 aku yg lain, jd police pencen jap. Clean jer. Tapi dia mmg aktif comment kat wall dan picture Alang.
Alang beritahu aku yang dia ni selalu kacau alang, texting mintak nak couple. Kacau kat fb . Bagi mesej romantik2 kat fb lah. So aku kata kat alang sama ada dia blh handle atau tak, kalau tak blh aku nk msk campur. Tp dia suruh ak hold dulu. Aku tunggu dan lihat jer lah.

Sampailah satu hari tue, alang upload gambar dia outing photoshoot ngan bdk2 photog dia pastu terus si Maddox ni marah!! Dia pergi serang bdk photog tue punya wall, kata alang ni gf dia lah bagai, pastu delete. Tapi notification msk e-mail lah kan. Pastu, alang pun naik angin sebab dia malu. Dia pun marah abis2 ar kat Maddox ni.

Tapiiiiiii. Maddox ni mmg jenis kebal punya orang!! Tak reti bahasa weh!!!! Tak puas dgn tue, dia hentam comment kat semua picture photoshoot Alang. Melentinglah adik aku tue. Pada masa yg sama, Maddox bg aku msg puji2 aku cantik and all (ada bau2 lelaki gatal nk msk line). Aku bg tahu pada Mr. Boyfie. Dia pun texting nk jumpa Maddox. Kecut mamat tue terus tak ngaku dia nginap di YAB (salah satu penginapan di UUM).

Pastu, ptg tue dia post kt wall ak yg bukan2. Sengaja cari pasal kata aku jauh lbh cantik dr Alang and dia nk ngorat bagai. Mr Boyfie nmpak, dia naik angin. Pastu dia blh kata kat aku, cmtue lah reaksi dia bila tahu alang ngan laki lain. Aku pun terus call alang tanya apa hubungan antara dia dan Maddox ni. Alang pernah tabur janji2 manis ker kat dia, or suruh dia tunggu alang ker, atau terima propose dia ker. Alang kata tak, dan baru aku dpt tahu kata dia ni serang hendap bdk photog alang tue kata dia bf alang bagai.

So, aku balas msg kt FB bagi nasihat. Tak……dia kutuk kata alang tu perempuan ini lah, itulah just kerana Alang tak pernah keluar dgn dia tp dgn bdk2 photog, alang keluar. Mcm mn lah dia fikir, dah namanya bdk2 photog, bila ada shooting, kenalah keluar!!! Lagipun, yang dia tu nak perasan lebih tu apa pasal. Dia siapa??? Lagi buat aku bantai gelak. Sah dia ni mmg psycho maniac!

Sejak, tue, asal aku post apa2 kt wall jer dia comment kata, dia akan kerja betul2 sampai jadi orang kaya. Sebab menurut dia bila dia kaya baru pompuan akan terkejar2 kat dia. Aku pun jawab, klu itu permintaan kau, pompuan2 yang akan kau dapat adalah mereka2 yang mengejar kekayaan semata. Habis duit kau, mereka blah.

Pastu dia doakan pula hubungan ak ngan Mr boyfie tak kan kekal. Cinta jarak jauh mmg tak kan kekal. Perlu kah aku comment hal ni?? Korang tau dah aku pernah buat artikel pasal ni disini.

Pastu dia kutuk Alang macam2. Last2 aku block dia dr FB. Sebab dia terlalu annoying. Tapiiiiiiiiii!!!

Dia buat lagi berjuta account FB dan add aku hari2!! Setiap kali aku tgk profil tu ada iras nm dia, aku block user, block. Block! Skrg ni, dia bg aku e-mail pula. Message kat fb. Kata dia sorry bagai. Aku ckp lah aku sorrykan dia, tp aku tak nk kawan ngan dia. tp dia mmg tak faham bahasa lah. Menguji tahap kesabaran dan kesopanan aku betul!!

Dia e-mail gambar dia time practicum lah, dia bg gambar dia masa dia pergi china n all lah. Apa dia ingat, dgn buat camtue, dia blh tawan hati Alang?? Haih…..

Kalau lah dia baca entry aku yang ini, harap dia sedarlah siapa dia. macam aku tak tahu, dia pun one of the silent reader aku. He loves to stalk all 5 of us! Scary…..
“Dear you! Please stop making anymore stupid actions by sending me your updates and all. We do forgive you for your stupidest before and don’t make us mad at you for your rudeness. Don’t be such ignorance. Everybody had their own limit though…..and so do us. Just, move on for God sake!”
Lelaki2 kat luar sana, jadikan ikhtibar!! Kalau kamu ngorat pastu tak dapat, jangan lah kamu kutuk2 pulak. Especially, org yg kamu kutuk, adik kpd si pendengar. Mmg cari pasal. Rejected without any second thought!

Perempuan ni, tak suka didesak. Sabarlah. Kalau kamu desak kuat sangat, nnt mereka akan mula hilang hormat. Pastu akan mulalah drama bersiri!!

Alert pd hint yg diberi pompuan tue. Kalau kamu ajak dia keluar beribu kali, tp beribu kalilah dia tolak dgn pelbagai alasan, itu maknanya dia mmg tak minat!!! So, tolonglah faham. Tolonglah!!

Janganlah pula kamu asyik2 nk buat miss call. Kadg2 tue, pukul 2-3 pagi kamu miss call tak pasal2!! Apa kamu igt sweet ker?? Klu pompuan tu terjaga dr tido, sah2 kamu kna maki!! Haaa…

Kononya kamu sukakan si dia, tp ngan adik-beradik dia sekali kamu bantai gatal. Apa kamu igt mereka tak kan contac each other ker?? Ouh….silap!! tak pasal2 kamu kna label ‘lelaki gersang!’.

Aku, rasa mcm pnjgn pula entry aku kali ni. Tu lah, bila aku emo, aku mula nak bebel sampai ke pagi!!! Fuuuh!!! Tension ada makhluk mcm nil ah!! Kita sopan, dia makin biadap pula!!!

Nah!! Ni ada lagi beberapa perkara yang kamu patut tahu! Ada masa sila baca...


p/s: How can you talk about marriage to a muslim girl, when you’re not even a muslim!

Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Wednesday, December 8, 2010

Kekasihku dirembat orang?!

Melodrama of Unknown at 1:01 AM 19 VVIP Readers
Semasa aku bersiar2 dialam maya tadi, aku ada terbaca satu blog ni yang mana penulisnya sedang bersedih dan marah pada boy dia…Eh!! Silap, ex-boy dia sebab putuskan cinta mereka yang telah dibina selama 2 tahun. Lelaki tersebut telah memilih kawan ‘baik’ dia. kes khianat lah nie senang cerita! Hmmm…owh…ak mmg anti-pengkhianat!!! Sebab dorang ni pandai bermuka-muka!!

Ok, disini aku cuma nak beri beberapa pendapat dan teori yang aku selalu amalkan. Ya lah kan…korang kena ingat, kita ni hidup mesti kreatif!! Hahaha!!

Pertama sekali aku nk beri AMARAN keras pada kamu semua tentang bahana meluahkan perasaan pada pendengar yang berlainan JANTINA!!! Ok, aku bagi korang satu situasi ya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Aisyah sedang bercinta dengan Mohd Fahmi. Owh!! Sangat berbunga2 cinta mereka. Tapi sejak dua tiga bulan ni, hubungan mereka asyik renggang je. Asal jumpa jer gaduh!! Asal gaduh jer jumpa! Haih. Nasib baiklah Aisyah ni jenis yang kalu gaduh, dia cter kat Bipasha Basu (sebab ada readers aku kata muka aku mcm Bipasha Basu!). Tapi apa yang Aisyah ni tak tahu, rupanya Fahmi ni pun selalu juga luahkan perasaan sedih dia kat Bipasha Basu ni. Mmglah pd mulanya tue, niat dia cuma nk Bipasha tlg nasihatkan Aisyah ni, jgn ikutkan emosi tue sgt dan bla…bla..bla…tapi, smpi satu tahap dimana Fahmi mula rasa Bipasha lebih memahami dia, tambahan pula Bipasha ni jauh lebih HOT! Kadang2 tu dia rasa lebih seronok dan senang bila berbual dgn Bipasha berbanding ‘awek’ dia yg selalu nk emo tue. Disebabkan Bipasha ni mmg dah lama menaruh harapan pd si Fahmi ni (kalau tak, tak kannye dia sanggup dgr segala masalah dr si Fahmi ni smpi pagi2 buta), bila si Fahmi mula berkata2 manis dia mula seronok. Last2 Fahmi tinggalkan Aisyah dan memilih Bipasha. Bipasha pun kata kat Aisyah,
Padan muka kau! Sapa suruh kau tak reti jaga laki!! Wekk!!
 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
p/s: Ini sebagai contoh situasi. Tiada kena mengena dgn hidup si penulis.

Faham situasinya? Hal ni, mmg sering terjadi. Sebab tue lah, bila aku ada masalah yang melibatkan jiwa dan raga ni aku memilih utk tidur dulu (bagi hilang marah), lepas tu bila bgn, emosi pun dah stabil, baru akal boleh berfikiran logic.

Tapi, dalam situasi dimana laki aku kna rembat kawan sendiri ni, mmg ak tak leh blah arr. Dua2 aku panggil pengkhianat. Oleh itu, aku akan lakukan REVERSE PSHYCHOLOGY THEORY by Aisyah AR berhadapan dgn masalah sebegini.
Reverse Psychology Bila Si Dia di Rembat orang.

1. Tanamkan dlm kepala selalu bahawa “What Goes Around, Comes Around” Lambat laun nnt, mereka akan menerima nasib yang sama seperti apa yg mereka buat pada kamu, malah lagi berganda peritnya. PERCAYALAH!

2. Ada sesetengah orang prefer utk buang semua hadiah pemberian Si Dia , tp pada aku kamu tak kreatif!!! Barang2 tue tak salah, barang2 tue sayang kamu sebab tu brg2 tue masih ada pada kamu. Oleh itu, bg mengelakkan kenangan manis tp berbau hangit tue datang, kamu hadiahkan barang2 tersebut pada adik2 kamu ker, pada anak jiran depan umah ke. Setidaknya, mereka boleh memanfaatkan brgn tersebut. Pada masa yg sama, kamu dapat pahala dan doa dr mereha yg telah kamu senangkan hatinya. Percayalah, kamu amat perlukan doa2 kebaikan dr mereka saat ini untuk survive!

3. Kalau kamu nak meraung menangis mcm orang yg kematian hamsters sekali pun, setkan diri untuk berada dalam keadaan tu selama sehari itu sahaja, tp pastikan kamu masukkan beberapa helai kapas muka ke dalam freeze semalaman. Keesokkannya, bila kamu bgn tidur mulakan dgn senyuman dan terus amik kapas yang kamu dah sejukkan mlm td, tempek kat mata kamu yang dah bengkak sebab menangis tue!!!! Kecantikkan diri kna jaga juga!! Sayang kat mata kita.

4. Gambar2 kenangan dan segala surat cinta kamu tue, kamu masukkan dalam kotak kasut Adidas, pastu kamu letak kat dpn umah Si Dia. Haahhaha..

5. Dlm phone kamu, kamu delete terus no mereka berdua. Klu kamu hafal, usaha utk lupakan. Usaha!!! Kamu blh punya!! Kamu kan seorang yg kuat!!!

6. Ada orang time dorg frust mulalah nk makan byk, ada yang berkabung berhari2 dlm biliklah, bg yg sblm ni dah stop smoking, kamu start smoking balik, yang mana pada aku, itu perbuatan orang yang lemah (looser-mmg sakit telinga dgr, but that’s reality!). Kita jgn jdi lemah sgt. Cuba korang bygkan, buat apa kita melalak bagai dan siksa perut kita dgn sumbat makanan non-stop serta lemaskan paru2 kita dgn rokok sedangkan mereka sedang berseronok berpiknik di taman. Ouh…..I’m not a QUITTER! I’m a FIGHTER!!

7. Bagi wanita, masa ini lah kamu harus mencuba sesuatu yang baru. Kalau aku, aku akan suggest kamu supaya menjadi lebih cantik dari biasa. Natural beauty mmg terbaik, tp klu kamu bkn dlm kategori tue (mcm aku juga), kamu harus pandai mencarinya! Kalau selalunya kamu pakai selendang itam dan coklat jer, why not after this try warna oren, pink, hijau cerah, kuning. Warna2 yg boleh menaikkan seri wajah!!! Untuk apa?? Disinilah tricknya…

Tujuannya ialah, agar bila kamu kelihatan cantik, orang akan puji. Kamu tahu pujian orang itu satu doa. Dgn doa, kamu dapat tingkatkan lagi keyakinan diri. Pelan2 kamu akan mula bersemangat lagi.

Tricknya ialah, bila kawan2 ex-boy kamu nmpk diri kamu yg baru ni, dia akan bercerita. Maklumlah, paparazzi tanpa gaji kan ramai. Percayalah, bila ex-boy kamu lihat kamu yg cantik ni dia pun akan mula rasa berbelah bahagi. Bukan nak kata kamu tak cantik sblm ni, tp kali ini kamu kelihatan lain. Lain pada pandangan mata mereka.
“Kalau si dia mengejarmu kerana kecantikkan, nescaya dia juga akan meninggalkanmu demi kecantikkan juga”
Bagi kamu yg mmg seorang fashionista, lagilah mudah urusanmu. Kamu tak perlu usaha lebih kerana kekosongan tempat si dia akan dipenuhi oleh seseorang yang jauh lebih baik dari dia.
Kamu kena selalu ingat, jika seorang benci kamu, beribu lagi akan syg kamu. Jgn sia2kan mereka yang menyanyangi kamu seikhlas hati tue.

Cuma bagi aku yang berfikiran kreatif ni aku akan buat2 terserempak dgn dia dan bila bertembung aku akan menghadiahkan dia senyuman yang paling manis sekali mcm tue jer. Biar dia mimpi aku mlm nnt! Pastu kan, dalam byk2 hadiah yg dia bg aku tue, aku akan ambil satu hadiah yg paling bermakna sekali dan hadiahkan pada kawan lelaki aku yg b-day paling dekat. Daripada buang, baik kita beri orang. Pastu kalau dia cuba nk dtg berborak ngan aku, aku akn buat2 tak kenal dan blah gtue jer.
“Sorry!! I don’t talk to stranger…”
Selebihnya, aku akan jadi diri aku yang selalu ceria dan happy tue. Diri aku yang aktif tanpa kongkongan dan cemburu buta si dia. Ini bukan psycho atau revenge ya, tp ini kita namakan sebagai REVERSE PSYCHOLOGY!
Semuanya, demi memaksimakan kepuasan hati yang telah hancur berkecai bagaikan pinggan mangkuk ceramic buatan china tue!!

p/s: Kadang2 kita tak tahu sejauh mana kekuatan diri kita. Sebab tu, tuhan tu uji kita agar kita dapat menilai kekuatan diri.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Thursday, December 2, 2010

Tips Upkan Traffik Blog!

Melodrama of Unknown at 6:22 AM 6 VVIP Readers
Seperti biasa, aku nak khabarkan aku baru terima BE yang ke-8 hari ini. Murah rezeki aku. Maybe rezeki akak aku nk tunang kot!! hahahha!!!!

Dannnnnnnn........
Aku sudah ada 1 Metered Earning!!!
Bila kita dah mula ada Metered Earning ni, barulah rank ini (Rujuk gambar), akan naik!!! Huhu....

Baiklah, hari ni aku nak bagi pula beberapa tips nak upkan traffik blog kamu

Traffik!!! Traffik!!! Traffik!! Tak de menda lain ke?? Hehee....

Korang perasan tak, kalau dunia reality kita, sebut jer traffic mesti kita nyampah!! Benci!!!! Tapi di dunia maya ni, sebut pasal traffic jer sume orang interested nak tahu…hahha!!! Ok, lah, aku tak nak bebel. Nanti korang pakat menyampah pula...hahah!!

Sharing is sexy you know!!

Tips Up kan Traffik Blog

Banyakkan Entry Di Blog
Kalau boleh setiap hari lagi bagus. Bagi mengelakkan pengunjung rasa bosan. Tapi pastikan entry tu berkualiti lah. Biar ada identiti sendiri. Hidup mesti kreatif!!! 

Banyakkan Comment Pada Blog Lain 
Cara mudah utk bagi blogger lain ingat kita adalah dgn memberi comment. Selain tu, ia merapatkan lagi sesama blogger!! Hidup biar ramah!!

Ping Blog!
Ini mmg terbukti amat berkesan!! Setiap kali kamu update blog, kamu ping kat GengBlogger ker, kat mn2 ping website yg kamu tahu. Ping!! Khabar2 pada yang lain. Panggil2 mereka lawati kamu. Agar mereka tahu ttg kewujudan blog kamu.

Jangan Sombong
Apa yg kamu dpt dgn kesombongan? Blogger2 baru janganlah sombong @ malu bertanya kepada blogger2 lama. Binalah hubungan dengan blogger baru dan lama. Banyak ilmu bleh dapat kalo rajin bertanya...begitu juga dgn blogger lama. Kamu pun asal dah feymes nak sombong lar...lama2 org pun menyampah lah...jgn nnt bila kamu dah down, baru terkedek2 cari yang lain...huhu..

Buat contest/GA (Give Away)
xkira la pertandingan apa pon asalkan pelawat2 dapat sesuatu dr pertandigan tue. X kisah la hadiah mahal @ murah yg penting dapat kenal satu sama lain.

Buat Pertukaran Link
Kamu malu, kamu rugi...buat pertukaran link dgn blog2 lain, ini boleh diletakan pd sidebar @ mna2 pon x kisah. Kalo link korang diletak pd blog yg dh popular ini pasti akan membantu.

Tolong menolong 
Kalo korang dh tersenarai sebagai blogger lama, jgn la kedekut ilmu utk kongsi apa2 yg korang tau. Walaupon sikit ja korang ajar, msti diorang igt smpai bila2.

Guna laman sosial
Byk laman sosial yg korang bleh guna utk popularkan blog contohnya Facebook, Myspace, Twitter, Friendster. Semua tu boleh buatkan blog kita dikenali ramai dalam waktu yg singkat.

Jadilah diri sendiri
Cubalah jadi diri sendiri. Jangan tiru gaya penulisan, design atau apa2 saja dari blog lain. Mmg mula2 orang kan datang tapi percayalah pasti x lama..

Pasang Iklan
Ini salah satu cara kamu mempromosikan blog kamu. Bila kamu pasang iklan, tentu lagi ramai pengunjug datang!!! Win Win Situation! 

Petikan diambil dari Gempak.org dan kemudian diedit.


Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Tips Cinta Jarak Jauh

Melodrama of Unknown at 4:31 AM 4 VVIP Readers
Pernah tak korang terfikir, 
Macam mana lah nnt bila aku dah habis belajar dan dia pun dah habis belajar. Masing2 perlu tempuhi alam pekerjaan. Tapi aku kena praktikal di JB dan dia pula harus menunggu posting dan berada di Penang?
Inilah masa kamu akan alami cinta jarak jauh. Ye lah, tak kanlah kamu nk mengharapkan dia berada di Jb selalu. Memanglah, bak kata pepatah “lautan Api sanggup ku renang” bagai. Tapi come on….munasabahlah sikit. Lain lah kalau dia ada jet peribadi blh ulang-alik anytime you need him.

Kamu kena ingat, dia cuma manusia biasa, seperti kamu. Ada pelbagai tanggugjawab lain.

Cinta jarak jauh ni mmg banyak dugaannya. Dugaan dari segi apa??

Kejujuran. Rindu. Kalau gaduh tak leh lagi nak dtg bagi bunga, kad ataupun coklat. Tak boleh nak luangkan masa selalu. Bila kita sedih, dia tak da disisi. Bila dia sakit, kita risau tak senang duduk. Bila dia berjaya capai sesuatu, kita tak boleh nak sama meraikannya. Perasaan risau dia akan di ngorat orang. Risau dia akan lupakan kita lama-kelamaan. Dan banyak lagi dugaannya.

Ada kawan yang aku kenal, masa di campus bercinta sampai tak ingat dunia. Tapi bila boy dia practical, dgr2 dah putus!!! Padahal, masa bercinta merangcang segala bagai. Nak tunang itulah, nak nikah inilah.

Ada kawan yang aku kenal beritahu aku yang dia terpaksa putus hubungan dgn boy dia sebabkan boy dia jauh, dia mula rasa cinta antara mereka semakin pudar. Tambahan pula, dia sedang rapat dgn lelaki lain disini.

Aku mampu mendengar je lah. Nasihat, aku rasa dah berbillion aku bagi. Tapi tu lah, fikiran orang ni bermacam-macam. Kehendak mereka berbeza-beza. Pada aku, cinta jarak jauh ni tak menjadi masalah. Masalah nya itu datang dari diri kamu sendiri. Kamu kata aku tak pernah rasa?? Siapa kata?? Abis tu, tiap kali cuti sem tue bukan?? Walaupun sebulan…….terasa bagai (kamu sambunglah ayat tue sendiri…)

Tapi aku akui. Hubungan aku sangat harmoni dan aman. Semakin jauh kami, aku rasa semakin segar hubungan kami. Aku akui juga, hal ni tak kan berjaya tanpa usaha. Oleh itu, kamu haruslah usaha mencari akal bagaimana mahu mengekalkan perhubungan itu.

Tips Cinta Jarak Jauh:

Update Each other
Seperti aku, bila aku sampai JB je, aku cepat2 call dia beritahu aku dah sampai JB. Walaupun waktu tue baru nk pukul 7am. Dengar suara dia yang tengah mamai tue, buat aku gelak.

Beritahu dia aktiviti kamu yang kamu terujakan sgt. Macam kamu nk g reunion kawan sekolah lama ker, family picnic esok hari ker atau pun ayah kamu baru beli kucing comel ker.

Sharing
Bila aku rasa sepanjang hari tue aku sangat sibuk dan tak sempat nak bermesej dgn dia, aku akan bagi dia mms. Kalau time tu, aku tgh makan ABC, aku bg dia gambar ABC tue. Tgk ajer nnt reaksi dia. mesti buat kamu gelak lagi. (Jgn kamu bg gambar yg tak senonoh sudahlah…tak dapat den nk tolong eh!)

Ataupun, kamu tertangkap aksi kelakar kucing kamu, share ngan dia. kamu beli sesuatu yang baru, bagi dia lihat.

Ada masa dan ketika, kamu akan dilanda masalah. Mengadu pada dia. biar dia tahu, biar dia faham keadaan kamu ketika itu.

Kamu telah berjaya memasak sesuatu yang kamu tak pernah cuba. Snap and send the mms to him! Simple as that!!! Tgk ajer reaksi dia. Mesti kamu akan senyum sampai telinga!!!

Reminder
Pada aku ini sangat penting. Tidak kira macam mana sibuk sekali pun aku, aku pasti akan bagi text
“I miss u, wish u were here…” pada dia. aku nak dia tahu betapa aku sgt terasa ketiadaan dia disisi.

Ataupun text yang ringkas
“I love u like heaven. Don’t ever forget that!!” Pasti hati kamu dan dia semakin subur dek cinta!

Berhubung
Sekali sekala, buatlah super saver dan berboraklah. Ye lah, tak semua benda kita boleh cerita melalui texting dan mms. Sometimes we need to talk to express our thought and feeling even more details.

Lullaby
Mesti antara kamu tak ramai praktikkan ni. Tapi aku suka tiap kali bila aku nk tido dia dodoikan aku dgn lagu fav lullaby aku tue. Ak panggil lagu tue, lagu ‘Miaw, Miaw’.
“Terbangla burung terbang, terbang tinggi2, adik dengan abang, hati dah bersatu, abang nk jadi kucing, kerinching miaw miaw. Otak abang pun dah mereng, hatiku dilanda penyakit angau.”
Kamu tahu, lagu ni buat aku tidur dengan senyuman. Betapa hati aku tenang ketika itu.

Datanglah, Januari, februari, march, dan April sekali pun. Jika beginilah layanan yang diberi, yang aku terima…aku percaya perhubungan itu akan kekal. Insyaallah. Pesananku, kita hidup mesti kreatif! Sesuatu itu tak kan kekal, tak kan tercapai tanpa usaha. Ikut gerak hati, tapi jgn lupakan logic akal!!!
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Thursday, November 4, 2010

Nak tahu Jantina Laptop?

Melodrama of Unknown at 8:51 PM 5 VVIP Readers
Target Laptop Tahun Depan!! (Pasan)
Dalam dunia global sekarang ini, aku pasti, semua orang sudah memiliki setidaknya sebuah laptop. Terutamanya bagi pelajar-pelajar IPTS/IPTA. Paling hebat, kanak-kanak juga turut ada!

Jika seperti aku, aku selalu bercakap-cakap dengan laptop aku tiap kali dia buat hal/mogok. Mana tidaknya, ketika kita sedang stress siapkan project, ketika itu jugalah dia nak mogok bagai. So pujuk-pujuklah dia..
“Alolololoooo lappy sayang…sayang….nape buat hal ni…..tak mo majuk-majuk…nanti tak sexy”
Aku mmg selalu perasan kata laptop aku ni girl. (dah macam orang tak betul kan), tapi kadang-kadang kita haruslah pandai berimaginasi untuk menyeronokkan lagi kehidupan, hidup mesti pandai. Ok, lah, aku tak nak bebel banyak nanti kamu menyampah pula. Hahhaah!!

Cara-caranya ialah:

1.Buka Notepad dan paste arahan ini: CreateObject ( “SAPI.SpVoice” ). Speak “I love you sweetheart!”

2.Save As sebagai ILuvU.vbs dan pastikan Save As Type adalah All Files. Simpan di lokasi yang senang dicari seperti di My Documents atau Desktop.

3.Tutup fail. Pergi ke lokasi fail tadi dan double click pada fail tersebut.

4.Anda akan mendengar satu suara membaca “I love you darling!” sama ada Lelaki atau perempuan?

Kalau yang membacanya, perempuan, maka namakan laptop anda dengan nama perempuan dan sebaliknya. Faham.

Kalau korang rasa cara ni leceh, korang nak yang mudah (budak sekarang memang mahu yang mudah sahaja). Download file ini. Jangan risau, file ni bersih dari sebarang jangkitan kulat dan kecacingan.

Unzip file dulu sebelum digunakan ya.

File: ILuvU.zip
Size: 179 B

Setahu aku trick ini hanya boleh dibuat pada laptop yang mempunyai sistem operasi Windows (XP/Vista) berdasarkan pada format file .vbs.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Wednesday, November 3, 2010

Emosi Wanita

Melodrama of Unknown at 9:59 AM 6 VVIP Readers
‘Si Tomey’ pernah Tanya aku tentang hal ini, maklumlah buat persediaan ketika aku sedang beremosi katanya. Kalis. Kalis.

Baiklah, mari aku beritahu sedikit tentang emosi wanita. Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku. Tiada kena mengena dengan teori yang sama waktu dengannya.
Hati wanita ini, tersangatlah lembut. Halus. Suci. Murni. Putih. Ok…Aku tipu.

Hahhaha!!
Sebagaimana hati kamu kaum adam, begitu jugalah hatinya kaum hawa. Cuma kaum hawa ini, sedikit lebut hatinya, sedikit sensitif, sedikit rapuh. Sebab itulah, kaum hawa memerlukan kaum adam, untuk saling melengkapi.
Wanita ini, ketika dia beremosi, kata-katanya amat menyakitkan hati. Keputusannya, berdasarkan emosi dan bukannya logic akal. Dia akan hilang pertimbangan. Dia akan membuat tuduhan melulu tanpa mendengar penjelasan kamu. Ya, itulah reality. Kamu kata tidak?? Kamu hipokrit! Aku mengaku. Sebab aku tidak sempurna, kerana itu aku perlukan seorang pembimbing.

Disini ada sedikit cara yang boleh diguna pakai oleh lelaki-lelaki diluar sana untuk memujuk hati wanita si pengarang jantungnya yang sedang beremosi.

Tips memujuk hati wanita (Ceh!)

Pada ketika dia sedang marah, jangan ditanya apa silapnya kamu. JANGAN! (Demi mengelakkan kata-kata indah keluar dari mulut mereka). Kamu cakap kat dia
Abang tahu abang silap. Abang minta maaf ya.
Walaupun, kamu tak tahu kamu silap apa. Ataupun, kamu memang tahu, dia yang silap. Kamu tahu, dengan berkata begitu sudah cukup meredakan ombak tsunami dalam hati mereka.

Bila kamu lihat dia seperti sudah tenang sedikit, barulah kamu tanya dimana silapnya kamu. Ketika itu, barulah kata-kata yang sedap didengar dek telinga akan keluar. Tidaklah gaduhnya kamu berpanjangan.

Namun, bagi sesetengah wanita yang keras kepala lutut dan hati, ketika dia beremosi, makan masa untuk dipujuk. (seperti aku juga)

Caranya, kamu berikan dia masa untuk redakan amarahnya. Berikan dia ruang masa untuk berfikir (kalau aku, aku akan tidur dulu. Bila bangun, baru kepala ni boleh pikir logik, kalau tak emosi je memanjang).

Sementara hendak tunggu dia reda, kamu pergilah beli bunga ke, coklat ke, kek RM1.20 tu ke, surat cinta ke, lollipop kegemaran dia ke, Air Soya Ros kotak besar tu ke, dan kamu minta kawan perempuan lain bagi pada dia. Surprise! Girls love surprises!!

Percayalah, lepas dia terima pemberian kamu itu, dia mesti akan text kamu. Barulah kamu boleh berbincang.

Maka ingatlah selalu. Wanita itu merajuk kerana apa? Kerana dia terluka, kecil hati terhadap kamu. Itu bererti, kamu sangat penting dalam hati mereka. Apa kamu perlu ingat ialah, mereka tetap sayangkan kamu. Pujuklah dia.

Cukuplah dua ni aku kongsi buat masa ni dulu. Mengantuk pula. Tak tidur lagi dari semalam tau. Haaa…

p/s: That’s why I love My Boy! Ghee~
Free Signature Generator
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal