Pernah dengar akan pepatah English ada mengatakan “Don’t Jugde A Book by Its Cover”? Fahamkah kamu akan maksud tersirat pepatah tersebut?
Ia tidak membawa maksud bahawa jangan kamu menilai sesebuah buku itu berdasarkan kulit mukanya tetapi jika kita dalami maksud sebenar yang ingin disampaikan bermaksud, jangan kamu menilai seseorang dari luarannya sahaja, selami juga budi pekertinya. Oleh itu, aku tujukan pepatah ini kepada mereka yang hatinya masih hitam mengatakan aku seorang yang sombong dan berlagak.
Sedarkah kamu, diri aku sememangnya begini. Aku tidak pandai berbual riang dengan orang yang baru aku kenali. Aku seorang makhluk yang amat sukar untuk berasa selesa dengan orang yang baru dikenalinya. Lainlah jika kamu merupakan makhluk yang mudah mesra dengan kawan baru. Mungkin disitu bezanya kita. Maka terimalah aku seadanya.
Aku sukakan kecantikan. Setiap kali mata ini melihat sesuatu yang cantik, hati ini tidak berhenti memuji keindahan ciptaan tuhan. Begitu juga apabila aku melihat perempuan yang cantik. Mata ini tidak henti meliriknya. Terutama jika mereka memiliki sepasang mata yang cantik serta bulu mata yang lentik dan lebat. Aku sangat mengkagumi keberuntungan diri yang mereka miliki. Kerana aku tidak secantik itu. Aku Cuma miliki mata yang sepet. Tetapi tidak bermakna diri ini tidak bersyukur. Aku bersyukur, malah aku bangga. Kerana aku anak abuya aku. Bila aku keluar bersama abuya, pasti orang sudah boleh agak aku ini siapa. Tidak lain dan tidak bukan, anak En. Razak. Tatkala senyuman aku terukir hati turut terdetik bahawa nyawa ini, nyawa umiku jua.
Aku juga seorang pemalu. Sifat pemalu aku itu menjadikan aku seorang pendiam. Sepuluh katamu, sepatah kataku. Beri akau masa selesakan diri dengan mu. Sejujurnya diri ini, punyai sejuta cerita. Tunggulah nanti, ku perdengarkan. Sungguhpun begitu, diri ini murah dengan senyuman. Aku percaya bahawa, senyuman itu membahagiakan insan yang memandang. Namun ku sedar, sedekahku ini tidak seberapa.
Lihat kamu, tuhan itu maha adil. Dikurangkan aku sifat disini, dilebihkan pula aku sifat disitu. Namun aku tetap bersyukur. Oleh itu wahai teman, jangan kamu hanya menilai luaran, lihatlah dulu mata hatinya sebelum kamu menjatuhi hukum.
2 VVIP Readers on "Dengari Aku"
Kelebihan setiap individu adalah KEISTIMEWAAN yang peribadi baginya.
salam kak zmah....
akak betul!! sya setuju...
thanks for the comment!! bright my day!! =)
Post a Comment