Hanya sekadar mengkhabarkan.
Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa seorang rakan saya ditimpa kemalangan. Dia juga merupakan seorang anak Johor seperti saya, belajar di sini UUM. Namanya Fendi. Saya lebih suka memanggilnya Fen.
‘Si Tomey’ memberitahu bahawa dia kemalangan antara motor dengan motor. Berdekatan simpang DKG 4 (Dewan Kuliah Gugusan 4). Saya yang sememangnya menaiki kereta ke kelas agak mengenali juga simpang tersebut. Tidaklah sesibuk mana, tapi mungkin nasibnya tidak baik hari itu.
Keadaan dia sedikit merisaukan, kerana luka dimukanya agak teruk, tangannya berbalut dan dia berada dalam keadaan ‘temporary memory lost’ tentang apa yang berlaku padanya ketika kemalangan. Semalam diberitahu bahawa dia di tahan di Hospital Sultanah Bahiyah. Tetapi dibenarkan pulang tidak lama selepas itu.
Semoga dirinya cepat sembuh. Saya tidak mahu, trajedi arwah Latif berulang lagi. Mintak dijauhkan.
Pesanan saya pada semua, terutama bagi sesiapa yang menaiki motor, berhati-hatilah di jalan raya. Kamu harus sentiasa ingat, jika berlaku kemalangan, nyawa kamu yang terancam, kerana kamu terdedah kepada impak yang kuat daripada kemalangan itu sendiri. Hargailah nyawa kita, ingatlah orang yang tersayang
* * * * * *
5 VVIP Readers on "Kemalangan DKG4 dan Terbakar di UK!"
tu la hati2 la malang xberbau la....bile2 mase je Allah tu leh duge kite ....
ni yang buat gua rase takut nak bawak kete nih.haih
fobia bab2 eksiden neh..moge baik2 saje lahhh
sebagai penunggang motor, sy mmg berhati2 di jalan raya..kdg2 geram dengan pemandu2 lain, sengaja himpit penunggang motor mcm sy ni ke bahu jalan..huhu..mentang2 la sy ni perempuan..
@nadey
betul tue....hati2 selalu...orait!!
@Un Phat Lee
uishk...jgn takut. bawa kereta tak bahaya. cuma maintenance tu mesti betul. jangan kereta rosak, dibiarkan. bahaya.
@bidadarihijau
tulah, eksiden ni macam2kan. be carefull always...aiit!!
@cik ciput
huh!!! itu kurang elok nmnya....kesian kat cik ciput kna himpit. psst..next time, cik ciput tendang je motor dorg tue....eksyen sgt! kan...kan...huhu...
thanks all, for the comments. really appreaciate it! =>
Post a Comment