Tragedi 19 Oktober 2010 masih segar dalam ingatan aku lagi. Mungkin masa dapat memujuk hati yang lara. (Aku cuba berpuitis, sila abaikan).
Disebabkan hari itu, aku menangis seharian sehingga mata menjadi bengkak. Sudahlah mata ini sepet, ditambah pula dek bengkak kerana menangis. Esok harinya pula aku ada ‘presentation’ untuk subjek ‘Experimental Design’. Cuba kamu bayangkan betapa tidak terurusnya aku ketika itu. Ini baru kehilangan Casmo, entah bagaimana jadinya bila kehilangan orang yang satu. Minta dijauhkan. Amin.
Tapi tidak mengapa, aku seorang yang kuat. Cuma beri aku masa untuk menerima hakikat. Bukan senang bagi aku merelakannya pergi. Tambahan pula, dia yang paling aku sayangi.
Petang itu, seperti biasa aku akan mengambil nasi lemak dari ‘Si Tomey’ aku. Maklumlah, bisnes tetap bisnes. Aku tahu aku tidak sepatutnya melayankan sangat perasaan sedih dihati. Tetapi apakan daya. Aku cuma manusia biasa yang mengharapkan agar masa itu dapat diputarkan kembali.
Kasih dan sayang aku terhadap makhluk kecil itu sangat dalam. Bayangkanlah, aku sanggup mengusungnya pergi dan balik menaiki bus, dari Kedah ke Johor Bahru, kemudian ke Kedah semula. Dia juga penguat semangat aku ketika aku kehilangan Trixy yang satu. Dia, makluk kecil yang ku panggil Casmo. Makhluk kecil yang paling aku manjakan. Makhluk kecil yang sering menggembirakan aku ketika sedih. Makhluk kecil pengarang jantung aku yang satu.
Melihatkan aku yang masih bersedih. ‘Si Tomey’ hadiahkan aku satu lagi nyawa baru yang diberi nama Calson. Pertama kali untuk hari itu, melihatkan makhluk kecil yang halus itu didalam kotak, aku tersenyum. Sekali lagi aku menangis, kerana melihatkan mukanya seiras Casmo. Tangannya yang kecil, bulu yang lebat dan panjang, hidung yang comel, mata yang memberi sejuta bahagia. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sesaknya dada ini menanggung kesal yang amat.
Calson sayang, cepatlah kamu membesar dan menjadi sihat. Agar dapat hati ini tenang melihatmu tidur. Agar dapat hati ini ceria melihatmu bermain. Agar dapat hati ini terubat dari kesal yang dalam.
Kepada insan yang kugelar cinta hatiku, diri ini mahu kamu tahu betapa pemberianmu sedikit sebanyak merubat lara dihati. Inginku mohon maaf, kerana diri ini terbawa emosi sehingga mengabaikan dirimu yang satu. Betapa diriku amat memerlukan dirimu. Terima kasih yang tidak terhingga. Pemberianmu, memberiku sejuta harapan.
2 VVIP Readers on "Nyawa Baru"
mantopppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp.............cite nihh........................
heheeee!!! thanks jamil!! hargai sgt2!
Post a Comment