Rezeki dipagi hari. Syukur. Syukur. Hati ini sangat gembiralah. Haha!
Bangun pagi-pagi, dengan tidak menggosok giginya terus tengok anak- anak (apa kena mengena dengan rezeki?). Sabar. Pagi ini aku bangun dengan tenang hati. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang ‘sejuk segan nak panas’ agaknya (adakah ‘term’ cuaca macam itu?).
Bangun tidur sahaja aku tersenyum mendengar bunyi kesukaanku. Terasa hati mahu cepat-cepat melihat mereka yang sedang galak bermain ‘wheel’ itu.
Calson baru lepas mandi |
Oleh kerana Calson budak yang paling kecil sekali, aku tempatkan dia di atas meja belajarku supaya senang untuk aku menyapanya setiap kali pulang dari kelas. Kalau dia sedang ligat bermain ‘wheel’ kedengaran halus sahaja bunyinya. Buat aku tergelak melihatnya melayang-layang. Maklumlah, dia masih kecil dan badannya juga masih ringan. Terasa seolah-olah ‘wheel’nya itu terlalu besar untuknya. Gembira aku melihatnya sihat.
Caslyn yang kuat makan. Gedebab bukan! |
Caslyn pula, jika dia sedang bermain ‘wheel’ kedengaran deras bunyinya. Mana tidaknya, lihat sahaja badannya yang gedebab itu. Sesungguhnya Caslyn antara yang paling comel antara mereka. Bukan sahaja comel, malah teramat manja. Setiap pagi sudah menjadi rutin wajibku untuk menyapa ‘Selamat Pagi’ pada mereka. Siaplah mereka aku cium-ciumkan. (Mesti ‘Roommate’ aku tengok berasa kasihan pada mereka).
Layankan Abble bermain |
Abble pula si teruna yang sangat nakal. Hampir setiap malam aku terpaksa melayankan karenahnya yang mahu keluar merayau-rayau dari sangkarnya itu. Entah apa sahaja yang mahu dibuatnya. Kehulu-kehilir, keluar masuk laci. Panjat sana, panjat sini. Melayankan dia sahaja, aku tidak boleh buat kerja. Perhatikan dia bermain. Sangat gedik anak aku yang seorang itu. Makin dia membesar, makin geram aku dibuatnya. Bila aku marah, dia diam statik melihatku dengan mata hitamnya yang bulat itu, hidungnya yang pink itu. Kenapalah mereka ini makhluk yang sangat comel. Tiap kali mahu marah, mesti dicium-ciumkan. Aku suka cium tangan kecil mereka. Sudah menjadi tabiatku.
Kena marah buat muka comel! |
Molyn pula ada bersama adikku, Achiq. Buat peneman ketika 'study' katanya. Rindu pula aku pada anakku itu. Harap 'mak cik'nya menjaganya dengan baik.
Semoga mereka membesar dengan sihatnya.
Itu cerita tentang anak-anakku. Ini pula cerita tentang fly.fm!
Selepas puas aku menyapa ‘Good Morning’ dan bermain sebentar dengan anak-anakku itu, aku terus mengadap ‘Lappy’ kesayangan. Niat mahu melawat rakan-rakan ‘blogger’ kesayangan semua. Aku mulakan dengan membuka ‘e-mail’ dahulu. Tiba-tiba mata tertumpu pada kiriman ‘e-mail’ daripada Fly.Fm. Alah stesen radio terkemuka tanah air itulah.
“Aku dapat ‘Free Access VIP Ticket’ kah?”
Lihat ini.
Klik untuk lebih jelas |
Benar! Aku terpilih lagi. Buat pengetahuan anda semua, ini merupakan kali kedua aku terpilih sebagai ‘Lucky Jury’. Cuma pada kali pertama, aku lebih kepada mahu melihat kebenarannya dahulu. Tetapi, memang betul ‘check’ sampai kerumah 2 minggu selepas diberitahu aku sebagai pemenang. Syukur. Rezeki aku murah lagi.
Mahu tahu bagaimana cara untuk menang ‘Lucky Jury’? Anda tinggalkan alamat e-mail anda diruang ‘comment’ aku, dan aku akan senaraikan 'e-mail' anda dalam senarai jemputan menjadi 'Fly Fm Music Jury' yang diadakan pada setiap bulan. Tunggulah nanti jemputan 'e-mail' dari fly.fm
Apa anda perlu buat?
Setelah menerima jemputan menjadi 'Fly Fm Music Jury', anda akan diminta untuk mendengar beberapa lagu yang sering dimainkan di fly.fm kemudian undi sama ada anda suka atau tidak lagu tersebut, sama ada anda biasa dengar lagu tersebut ataupun tidak. Setelah itu, anda akan diminta menulis sedikit slogan tentang fly.fm
Senang bukan. Dengar lagu kemudian nyatakan sama ada suka ataupun tidak, sudah membolehkan anda mendapat RM100. Ini namanya rezeki. Syukur.
Cepat, jemputan juri bagi bulan November akan bermula tidak lama lagi.
‘Grab This Opportunity’
6 VVIP Readers on "Fly FM Music Jury!"
alhamdulillah rezeki hari jumaat kan? :)
suka la tengok guinea pig awak sume tu. comel3 sume. eh tu guinea pig ke hamster? sy lg suke guinea pig sbb lg beso
p/s latest entri krayonjingga:
Bukak Baju Jadi Hantu
Video Gila ****
Diet Rasulullah
Makan ***** Lembu
tomey nye..tp nazz jenis tak berani nak pegang pet2 cm nie..:p
@ashraf
yup!! yup!! rezeki hari jumaat!! i loike!! huhuuu...
owh..itu hamsters la ashraf. sikit ari dulu mmg rancang nk bela guinea pig, tp guinea pig mudah sakitlah. maintenance dia lagi, medical lagi...cost..cost...hahhaha...
hamster sya ni jenis syrian hamsters. besarrrr...hahhahha!!!
@Nazz@Purple
alolooo...naz mcm umi sya....pun geli nk pegang mulanya. tp dah tgk anak2 dia sume dok pakat main, dia try sikit2...lama2 dia yg lebih dr kita. hahhahah!!!
thanks all for the comments. really appreciates it!
tetiba gua rase homesick.teringat kat hamster gua.damn.
comel nye bnde ala itu..
rase mcm nak bunuh je..
hheheheheheh~
@Un Phat Lee
Alolooo....tak pe ya...kalau rindu, datang lawat hamster disini ya...ok.. =>
@Fiza
hahahhaha!!! betol!! comel sgt!! geram!!!! time dia buat perangai, rasa nk picit2...hahha!! tp tgk muka comel tue....sayang....hahahahha!!
Post a Comment