Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Friday, October 29, 2010

Rapuhnya sebuah Pertimbangan

Melodrama of Unknown at 2:02 AM
Ingatlah kamu bahawa selagi kita ini bernama manusia, hidup kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun tidak bermakna, diri kita akan dibenci, tidak. Kemaafan dari diri akan diterima mereka yang berhati ikhlas dan mulia.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kata-kata
Petang tadi, sedang aku bertungkus – lumus menyiapkan tutorial, aku menerima satu mesej dari Mummy. Melihatkan baik kata mesej yang dihantar, membuatkan berfikir sejenak. Aku mengeluh seketika. Dugaan bertandang lagi. Tapi tidak mengapa, kerana umi aku kata:
Jika kita merasa susah akan musibah yang diberi Allah, bersyukurlah. Kerana kita sedang diuji.
Aku seorang anak yang bertuah kerana aku memiliki empat orang ibu. Ya benar. Abuyaku berkahwin empat. Aku ini anak seorang poligami. Manakala umiku pula pemilik payung emas disyurga. Aku bersyukur kerana ibu-ibuku seorang yang baik.

Umiku seorang wanita terulung. Tidak pernah walau sekali pun kata-katanya memburukkan abuya. Walaupun pada ketika hatinya remuk menahan rasa berbahagi kasih. Katanya kami, anak-anaknya adalah penguat semangatnya untuk sentiasa bersabar dan bertahan. Tidak akan pernah dibiarkan kami anak-anaknya membesar tanpa ayah.

Ketika abuya berkahwin dua, aku masih lagi kecil. Masih lagi tidak mengerti apa – apa. Tapi aku tahu, aku kini mempunyai dua ibu. Satu yang kugelar umi dan satu lagi ku gelar mama. Kehidupan kami penuh onak dan duri. Pelbagai rintangan yang kutempuhi bersama umiku. Siapa kata hidup bermadu itu mudah. Pengalaman mendewasakan aku.

Ketika usiaku mencecah belasab tahun, niat abuya untuk mengahwini isteri ketiga diperdengarkan. Pada ketika itu, umi sudah tidak kisah. Asal dipercepatkan nikahnya, sudah cukup memuaskan hati umi. Tatkala kami masih tertanya-tanya siapakah pemilik diri calon ketiga, kami dihubungi.
“Tiada niat saya hendak merampas, tetapi jika inilah jodoh saya, saya mohon direstui. Ditambah pula usia saya yang sudah lanjut.”
Dek budi pekerti yang tinggi itulah, aku menghormati beliau sebagai ibu ketigaku yang kugelar Mummy. Padaku, jika umiku kata setuju, setujulah kami anak-anaknya. Semoga harmoni hidup kami sekelurga. Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat. Kami menjadi teman. Kami saling menyayangi. Rezeki melimpah jua, dengan kehadiran dua cahaya mata.

Ketika aku ditingkatan 6 pula, abuya menyuarakan hasratnya untuk mencukupkan kuotanya sebagai seorang lelaki. Umiku menerima dengan rela. Syaratnya dipercepatkan nikahnya. Tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, kerana anak-anak sudah meningkat dewasa. Kami terima dengan hati yang ikhlas.

Oleh kerana dia yang muda, kami menggelarnya Cik Su. Rezeki bertambah, dikurniakan-NYA dua cahaya mata yang sangat comel. Kamu tahu berapa jumlah adik beradik ku? Kesemuanya 14 orang. 6 dari umiku, 4 dari mama, 2 dari mummy dan lagi 2 dari Cik Su.

Setiap tahun, kami akan mengadakan ‘family reunion’. Jika secara kecil-kecilan, kami akan berkumpul di pizza hut. Sememangnya, dari dulu kami amat meminati Pizza Hut. Jika dibuat secara besar-besaran, kami adakan malam ‘barbeque’. Ketika inilah ibu-ibuku ini akan menunjukkan kehebatan masakan masing-masing. Kami tidak perlukan tambahan orang luar untuk memeriahkan majlis kami, kerana kami sahaja sudah tidak tertanggung riuhnya. Ini memori kesayanganku sepanjang zaman.

Tetapi, kiriman mesej yang kuterima tadi petang, sedikit mengecewakan hati. Aku harap diadakan ‘family meeting’ dahulu, sebelum apa-apa keputusan dibuat. Sebelum menjatuhkan apa-apa lafaz. Kepada kamu insan-insan yang menjadi sebahagian nadi ini, sanggup menunggu kepulangan anakmu. Bukankah kita satu keluarga, satu keluarga tidak akan berpisah. Bukankah kita adalah SATU.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

0 VVIP Readers on "Rapuhnya sebuah Pertimbangan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal