Gambar sekadar hiasan by Mr Google |
Amaran: ‘Entry’ kali ini agak berbau emosi yang ekstrem dan kata-kata yang berat sebelah.
Aku bermonolog penuh emosi:
Hei kau janda tidak sedar diri! Sudahlah kau itu hidup menjanda, ini kau mahu jadikan isteri orang lain pula sebagai janda. Manusia apakah kau ini. Wanita jenis apa kau ini. Sudah kau runtuhkan masjid kau sendiri, kini kau mahu meruntuhkan masjid wanita lain. Betapa kejinya hati kau.
Aku menjadi pelik terhadap kau. Kau duduk melepak dan bergossip. Kau katakan itu keseronokkan. Kebahagiaan. Kau kata itu baru muda. Tapi aku yang sememangnya muda ini melihat pun naik menyampah. Aku kata itu ‘GEDIK’. Kau fikir kau masih ‘HOT’, masih bergetah! Kau tidak sedarkah umur kau sepuluh tahun lebih tua dari aku!
Kamu pun lagi satu. Kenapa perlu ikutkan sangat kata-kata dari seorang janda? Aku ulangi lagi, JANDA!! Tidakkah kamu memiliki fikiran yang waras??? Sedarkah kamu bahawa orang yang sedang memberikan nasihat kepadamu itu adalah seorang janda yang entah punya anak atau tidak. Dengarkan hasutan si janda, kau sanggup tinggal suami, tinggal anak?? Bawa-bawa mengucap sama. Bolehkah kau hidup tanpa anak-anak kau?? Ada masa, jawab aku.
Aku selesai bermonolog.
Baiklah, buang emosi negatif itu jauh-jauh sebentar. Disini aku ada sedikit isu untuk dijadikan ulasan.
Janda ini terbahagi kepada 2 kategori.
1. Janda yang ditinggal suami.
2. Janda yang meninggalkan suami.
Bagi janda yang ditinggalkan suami selalunya memiliki jati diri yang kuat. Mungkin juga disebabkan si suami menemukan wanita lain yang jauh lebih bergetah dari beliau. Janda jenis ini masih lagi boleh diterima oleh masyarakat!
Manakala, bagi janda yang meninggalkan suaminya pula, aku panggil Janda Derhaka! Janda jenis ini, minta dijauhkanlah dari bergaul dengan isteri-isteri orang. Maaf, aku bukan mahu menjatuhkan maruah mereka, tapi ‘THIS IS REALITY’. Sudahlah janda ini derhaka pada suaminya, meruntuhkan masjidnya sendiri kemudian menasihati wanita lain supaya meninggalkan suami mereka. ‘Welcome to The Club, Babeh!!’. Mangkuk tingkat berkarat punya perangai.
Kamu lihat, bagaimana masyarakat kita tidak memandang serong pada mereka si Janda-janda derhaka. Lihat sahaja cara pemakaian mereka. Sudahlah diri itu meningkat usia, pakailah sesuatu yang sesuai dengan usia. Ini tidak, pakai seperti diri itu masih muda. Kamu kata kamu tidak perlukan suami dalam hidup, sudah tu, kamu berhias bagai untuk apa? Bukankah untuk menarik minat kaum adam. Bila ada lelaki yang cuba masuk daun, gembira kau bukan kepalang. Apa kau ingat ini zaman sekolah dulu-dulu ke? Cinta cintun monyet. Senang-senang kau kata suka, kau ‘couple’ pastu dah muak kau ‘break’.
Pada aku, perspektif aku terhadap janda sangat buruk ketika ini. Harap tidak semua janda berperangai seperti ini. Jadikanlah pengajaran buat yang lain. Berhati-hati dengan siapa kita berkawan. Kalau tidak masakan keluar pepatah mengatakan:
Choose your friends like your books, few but choice
Kita tidak tahu, bila kata – kata mereka mempengaruhi kita. Bila tindak – tanduk mereka memberi effect pada kita. Kita tidak tahu, bila masa mereka akan menikam kita dari belakang. Kita tidak akan tahu.
Jangan nanti, janda derhaka hasut kau untuk bercerai berai, kemudian laki kau dia rembat. Sudahnya, engkau jadi janda, janda jadi isteri.
Renung-renungkanlah.
Share
6 VVIP Readers on "Janda Rosak"
hai sygs...jgn emosi2 :) manusia mmg mcm2 hehe
hahahaha..
sabar2!!!!
@Maizatul Akma
hai yunk!!huhuhu..tu lah...emo pula pagi2 ni...haih..hahhaha!! sowi ya...tu lah...manusia..manusia..ghee~
@lelaki ini
hehhehe..baik..baik....sedang sabar dan bertabah...hahhha!!
sayang yg meninggalkan suami tu ada 2 jenis.
-meninggalkan sebab pasangan hidup nye buat taik,
-atau meninggalkan sbb dia sendiri buat taik.
janda mengikut definisi ustaz kazim elias plak camni..
selain yg masih dara, tu la janda..walaupn tak kawen lg, tp dah pernah terlanjur..tetap dikira janda..
tgk sini http://www.youtube.com/watch?v=pCwrvGuk_hU
:)
@fifi Rahmat
heheee..betul uga ya...tp yangdimaksudkan disini yang meniggalkan suaminya kerana perangai buruknya.
@jejaka terhangat
yup!! yup! sya tahu tu. huhuu..sangat terkejut juga. so lepas ni kita panggil mereka yang bukan dara tu janda lah...ok tak...ghee~
Tapi bagi yang tiada dara kerana aktif bersukan tidak dikira janda. Malangnya, bagi yang dirogol turut digelar janda. haih...realiti..
Post a Comment