Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Sunday, October 31, 2010

Kelantan Vs Negeri Sembilan 2010

Melodrama of Unknown at 10:00 AM 13 VVIP Readers
Kelantan VS Negeri Sembilan
Oleh kerana aku tidak menyokong mana-mana pasukan, aku cuma mahu memberi sedikit info berkenaan permainan yang berlangsung malam tadi.

Perlawanan ini antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Gol pertama di rembat olah pasukan Negeri Sembilan iaitu Shahurain menerusi sepakan penalty pada minit ke-13! GOLLLLL!!!

Kemudian pada minit ke-57, menerusi hantaran bola dari Norshahrul, Indra Putra berjaya merembat satu gol. Maka, GOLLLLLLL!!!

Negeri Sembilan hampir-hampir gol pada minit ke-69, tetapi tidak berjaya.

Moral down bg Negeri Sembilan apabila Aidil terpaksa keluar padang kerana cedera.

Akibatnya, Kelantan menang 2-1 ke atas negeri Sembilan apabila Badri Radzi merembat masuk satu gol! Maka, GOLLLLL!!!

Apa pun, tahniah .

sumber:BERNAMA

p/s: Dengar kata ada insiden penyokong Kelantan main mercun lagi. Huhuu…nnt ak updated!
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Fida Aishah Kini Kembali

Melodrama of Unknown at 2:03 AM 9 VVIP Readers
Siapa itu Fida Aishah? Aku rasa kamu semua jauh lebih tahu dari aku.

Pertama kali aku memasuki ke blog beliau, aku membaca ‘entry’ beliau yang bertajuk ‘Kamu Ada Aku’. Sejak itu, memang aku melekat sahaja membaca kesemua cerita penulisan beliau.

Secara jujurnya, aku amat meminati penulisan beliau. Terutama sekali, sajak yang dihasilkannya. Amat menusuk kalbu, dekat dihati. Belum pernah lagi, selama aku berblogging, menemukan blog yang mampu mambuatkan aku melekat dari pagi sampai ke malam!! Dari awal entry hingga ke akhir! Kagumi nukilan beliau. Puisi beliau. Perjalanan hidup beliau. Ketabahan beliau. Kesedihan beliau. Kesusahan beliau. Kenangan beliau dan kegembiraan beliau. Ini kuambil sedikit petikan kata-kata dari blog beliau:
Hadir kekamar ini, sebenarnya kamu perlu tenang dan kosongkan minda dan fikiran. Aku ingin menjadi penglipurlara kamar tulis ini dengan memetik gitarku perlahan, buangkan segala sunyi alam dan kamu memandang karya aku dalam tenang dan diam. Baca aku, dengar bisik suara perlahan amat ini, rasakan akan bahagia dan gundah aku dalam sunyi. Kerana apa?
Kerana dalam diri aku ada kamu sebenarnya. Sekiranya kamu membaca aku, sebenarnya kamu juga membaca apa yang ada dalam dirimu.
Sejak itu, aku amat meminati beliau. Kemudian aku mengenali kehadiran ariffshah menerusi entry beliau. Kemudian baru kutahu, ariffshah itu teman istimewanya. Dari situ juga aku menemukan tubelawak.

Tetapi, apabila tubelawak mengemukan beberapa isu tentang kebenaran identity Fida Aishah ini, membuatkan aku berfikir semula. Siapakah dia yang sebenarnya?

Sesekali aku sendiri tertanya-tanya. Mengapa kadang-kadang hidung beliau nampak lain. Begitu juga dengan rambut beliau. Tapi ku diamkan sahaja. Aku malas ambil pusing. Tapi hati tetap tidak dapat menyangkal akan kehebatan penulisan beliau.

Apabila ada yang mengemukakan bukti, ada yang marah, ada yang kecewa, ada yang sokong, ada yang caci, ada yang mengata, ada yang sayang, ada yang benci . Itulah realitI.

Pada aku, walaupun hati agak terkilan akan kekeliruan identity beliau, namun beliau juga sudah memohon maaf. Aku terima maafnya dia. Masih belum cukupkah itu? Aku tahu. Aku faham. Pada kamu, penipuan identiti itu sesuatu yang tidak beretika. Aku faham. Sumpah aku amat memahami kemarahan kamu. Itu salah beliau yang mutlak. Namun beliau sudah memohon maaf. Pengajaran buat kita semua.
Be yourself. Soon or later, people will find out.
Semasa, Fida Aishah menutup blognya buat sementara waktu, aku jadi kecewa. Tidak mungkin Fida Aishah mengalah dengan mudah. Hanya dengan cacian ramai dia mahu berundur? Namun hati tetap mengharap, Fida Aishah membuka kembali blog beliau.

Pada hari ini, aku cuba buka blog beliau sekali lagi. Ya!! Dia sudah kembali. Rindu aku mahu membaca penulisan beliau. Cerita penglipurlara beliau. Kamu tahu aku namakan ini apa? Kejayaan!
Kejayaan sebenar bukan ketika anda mencapai sesuatu, tetapi ketika anda bangkit semula ketika jatuh.
Pesanku pada bloggers diluar sana. Aku tidak kata aku menyokong beliau dalam ‘fake identity’ nya. Cuma, pada aku, siapa pun dia, dia sudah memohon maaf. Semua manusia melakukan kesilapan.

Kepada Fida Aisyah, belajarlah dari kesilapan. I accept you for who you are. Tidak mengapa jika kamu tidak mahu yang lain tahu akan identiti mu, itu hak kamu bukan mereka.

Aku tidak pula memihak pada sesiapa. Cuma aku ingin katakan disini, bahawa aku amat meminati karya beliau. Jika cerita itu benar kehidupannya, aku kagumi beliau. Jika cerita itu rekaan semata, aku tetap kagumi beliau. Kerana karya itu yang menarik aku kesana.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Saturday, October 30, 2010

Janda Rosak

Melodrama of Unknown at 12:16 PM 6 VVIP Readers
Gambar sekadar hiasan by Mr Google
Amaran: ‘Entry’ kali ini agak berbau emosi yang ekstrem dan kata-kata yang berat sebelah.

Aku bermonolog penuh emosi:
Hei kau janda tidak sedar diri! Sudahlah kau itu hidup menjanda, ini kau mahu jadikan isteri orang lain pula sebagai janda. Manusia apakah kau ini. Wanita jenis apa kau ini. Sudah kau runtuhkan masjid kau sendiri, kini kau mahu meruntuhkan masjid wanita lain. Betapa kejinya hati kau.
Aku menjadi pelik terhadap kau. Kau duduk melepak dan bergossip. Kau katakan itu keseronokkan. Kebahagiaan. Kau kata itu baru muda. Tapi aku yang sememangnya muda ini melihat pun naik menyampah. Aku kata itu ‘GEDIK’. Kau fikir kau masih ‘HOT’, masih bergetah! Kau tidak sedarkah umur kau sepuluh tahun lebih tua dari aku!
Kamu pun lagi satu. Kenapa perlu ikutkan sangat kata-kata dari seorang janda? Aku ulangi lagi, JANDA!! Tidakkah kamu memiliki fikiran yang waras??? Sedarkah kamu bahawa orang yang sedang memberikan nasihat kepadamu itu adalah seorang janda yang entah punya anak atau tidak. Dengarkan hasutan si janda, kau sanggup tinggal suami, tinggal anak?? Bawa-bawa mengucap sama. Bolehkah kau hidup tanpa anak-anak kau?? Ada masa, jawab aku.
Aku selesai bermonolog.

Baiklah, buang emosi negatif itu jauh-jauh sebentar. Disini aku ada sedikit isu untuk dijadikan ulasan.

Janda ini terbahagi kepada 2 kategori.

1. Janda yang ditinggal suami.
2. Janda yang meninggalkan suami.

Bagi janda yang ditinggalkan suami selalunya memiliki jati diri yang kuat. Mungkin juga disebabkan si suami menemukan wanita lain yang jauh lebih bergetah dari beliau. Janda jenis ini masih lagi boleh diterima oleh masyarakat!

Manakala, bagi janda yang meninggalkan suaminya pula, aku panggil Janda Derhaka! Janda jenis ini, minta dijauhkanlah dari bergaul dengan isteri-isteri orang. Maaf, aku bukan mahu menjatuhkan maruah mereka, tapi ‘THIS IS REALITY’. Sudahlah janda ini derhaka pada suaminya, meruntuhkan masjidnya sendiri kemudian menasihati wanita lain supaya meninggalkan suami mereka. ‘Welcome to The Club, Babeh!!’. Mangkuk tingkat berkarat punya perangai.

Kamu lihat, bagaimana masyarakat kita tidak memandang serong pada mereka si Janda-janda derhaka. Lihat sahaja cara pemakaian mereka. Sudahlah diri itu meningkat usia, pakailah sesuatu yang sesuai dengan usia. Ini tidak, pakai seperti diri itu masih muda. Kamu kata kamu tidak perlukan suami dalam hidup, sudah tu, kamu berhias bagai untuk apa? Bukankah untuk menarik minat kaum adam. Bila ada lelaki yang cuba masuk daun, gembira kau bukan kepalang. Apa kau ingat ini zaman sekolah dulu-dulu ke? Cinta cintun monyet. Senang-senang kau kata suka, kau ‘couple’ pastu dah muak kau ‘break’.

Pada aku, perspektif aku terhadap janda sangat buruk ketika ini. Harap tidak semua janda berperangai seperti ini. Jadikanlah pengajaran buat yang lain. Berhati-hati dengan siapa kita berkawan. Kalau tidak masakan keluar pepatah mengatakan:
Choose your friends like your books, few but choice
Kita tidak tahu, bila kata – kata mereka mempengaruhi kita. Bila tindak – tanduk mereka memberi effect pada kita. Kita tidak tahu, bila masa mereka akan menikam kita dari belakang. Kita tidak akan tahu.

Jangan nanti, janda derhaka hasut kau untuk bercerai berai, kemudian laki kau dia rembat. Sudahnya, engkau jadi janda, janda jadi isteri.

Renung-renungkanlah.
Free Signature Generator
Share www.tips-fb.com

Friday, October 29, 2010

Fly FM Music Jury!

Melodrama of Unknown at 11:52 AM 6 VVIP Readers
Rezeki dipagi hari. Syukur. Syukur. Hati ini sangat gembiralah. Haha!

Bangun pagi-pagi, dengan tidak menggosok giginya terus tengok anak- anak (apa kena mengena dengan rezeki?). Sabar. Pagi ini aku bangun dengan tenang hati. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang ‘sejuk segan nak panas’ agaknya (adakah ‘term’ cuaca macam itu?).

Bangun tidur sahaja aku tersenyum mendengar bunyi kesukaanku. Terasa hati mahu cepat-cepat melihat mereka yang sedang galak bermain ‘wheel’ itu. 
Calson baru lepas mandi
Oleh kerana Calson budak yang paling kecil sekali, aku tempatkan dia di atas meja belajarku supaya senang untuk aku menyapanya setiap kali pulang dari kelas. Kalau dia sedang ligat bermain ‘wheel’ kedengaran halus sahaja bunyinya. Buat aku tergelak melihatnya melayang-layang. Maklumlah, dia masih kecil dan badannya juga masih ringan. Terasa seolah-olah ‘wheel’nya itu terlalu besar untuknya. Gembira aku melihatnya sihat.
Caslyn yang kuat makan. Gedebab bukan!
Caslyn pula, jika dia sedang bermain ‘wheel’ kedengaran deras bunyinya. Mana tidaknya, lihat sahaja badannya yang gedebab itu. Sesungguhnya Caslyn antara yang paling comel antara mereka. Bukan sahaja comel, malah teramat manja. Setiap pagi sudah menjadi rutin wajibku untuk menyapa ‘Selamat Pagi’ pada mereka. Siaplah mereka aku cium-ciumkan. (Mesti ‘Roommate’ aku tengok berasa kasihan pada mereka).
Layankan Abble bermain
Abble pula si teruna yang sangat nakal. Hampir setiap malam aku terpaksa melayankan karenahnya yang mahu keluar merayau-rayau dari sangkarnya itu. Entah apa sahaja yang mahu dibuatnya. Kehulu-kehilir, keluar masuk laci. Panjat sana, panjat sini. Melayankan dia sahaja, aku tidak boleh buat kerja. Perhatikan dia bermain. Sangat gedik anak aku yang seorang itu. Makin dia membesar, makin geram aku dibuatnya. Bila aku marah, dia diam statik melihatku dengan mata hitamnya yang bulat itu, hidungnya yang pink itu. Kenapalah mereka ini makhluk yang sangat comel. Tiap kali mahu marah, mesti dicium-ciumkan. Aku suka cium tangan kecil mereka. Sudah menjadi tabiatku.
Kena marah buat muka comel!
Molyn pula ada bersama adikku, Achiq. Buat peneman ketika 'study' katanya. Rindu pula aku pada anakku itu. Harap 'mak cik'nya menjaganya dengan baik.

Semoga mereka membesar dengan sihatnya.

Itu cerita tentang anak-anakku. Ini pula cerita tentang fly.fm!

Selepas puas aku menyapa ‘Good Morning’ dan bermain sebentar dengan anak-anakku itu, aku terus mengadap ‘Lappy’ kesayangan. Niat mahu melawat rakan-rakan ‘blogger’ kesayangan semua. Aku mulakan dengan membuka ‘e-mail’ dahulu. Tiba-tiba mata tertumpu pada kiriman ‘e-mail’ daripada Fly.Fm. Alah stesen radio terkemuka tanah air itulah.
“Aku dapat ‘Free Access VIP Ticket’ kah?”
Lihat ini.
Klik untuk lebih jelas
Benar! Aku terpilih lagi. Buat pengetahuan anda semua, ini merupakan kali kedua aku terpilih sebagai ‘Lucky Jury’. Cuma pada kali pertama, aku lebih kepada mahu melihat kebenarannya dahulu. Tetapi, memang betul ‘check’ sampai kerumah 2 minggu selepas diberitahu aku sebagai pemenang. Syukur. Rezeki aku murah lagi.

Mahu tahu bagaimana cara untuk menang ‘Lucky Jury’? Anda tinggalkan alamat e-mail anda diruang ‘comment’ aku, dan aku akan senaraikan 'e-mail' anda dalam senarai jemputan menjadi 'Fly Fm Music Jury' yang diadakan pada setiap bulan. Tunggulah nanti jemputan 'e-mail' dari fly.fm

Apa anda perlu buat?

Setelah menerima jemputan menjadi 'Fly Fm Music Jury', anda akan diminta untuk mendengar beberapa lagu yang sering dimainkan di fly.fm kemudian undi sama ada anda suka atau tidak lagu tersebut, sama ada anda biasa dengar lagu tersebut ataupun tidak. Setelah itu, anda akan diminta menulis sedikit slogan tentang fly.fm

Senang bukan. Dengar lagu kemudian nyatakan sama ada suka ataupun tidak, sudah membolehkan anda mendapat RM100. Ini namanya rezeki. Syukur.

Cepat, jemputan juri bagi bulan November akan bermula tidak lama lagi.
‘Grab This Opportunity’
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Rapuhnya sebuah Pertimbangan

Melodrama of Unknown at 2:02 AM 0 VVIP Readers
Ingatlah kamu bahawa selagi kita ini bernama manusia, hidup kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun tidak bermakna, diri kita akan dibenci, tidak. Kemaafan dari diri akan diterima mereka yang berhati ikhlas dan mulia.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kata-kata
Petang tadi, sedang aku bertungkus – lumus menyiapkan tutorial, aku menerima satu mesej dari Mummy. Melihatkan baik kata mesej yang dihantar, membuatkan berfikir sejenak. Aku mengeluh seketika. Dugaan bertandang lagi. Tapi tidak mengapa, kerana umi aku kata:
Jika kita merasa susah akan musibah yang diberi Allah, bersyukurlah. Kerana kita sedang diuji.
Aku seorang anak yang bertuah kerana aku memiliki empat orang ibu. Ya benar. Abuyaku berkahwin empat. Aku ini anak seorang poligami. Manakala umiku pula pemilik payung emas disyurga. Aku bersyukur kerana ibu-ibuku seorang yang baik.

Umiku seorang wanita terulung. Tidak pernah walau sekali pun kata-katanya memburukkan abuya. Walaupun pada ketika hatinya remuk menahan rasa berbahagi kasih. Katanya kami, anak-anaknya adalah penguat semangatnya untuk sentiasa bersabar dan bertahan. Tidak akan pernah dibiarkan kami anak-anaknya membesar tanpa ayah.

Ketika abuya berkahwin dua, aku masih lagi kecil. Masih lagi tidak mengerti apa – apa. Tapi aku tahu, aku kini mempunyai dua ibu. Satu yang kugelar umi dan satu lagi ku gelar mama. Kehidupan kami penuh onak dan duri. Pelbagai rintangan yang kutempuhi bersama umiku. Siapa kata hidup bermadu itu mudah. Pengalaman mendewasakan aku.

Ketika usiaku mencecah belasab tahun, niat abuya untuk mengahwini isteri ketiga diperdengarkan. Pada ketika itu, umi sudah tidak kisah. Asal dipercepatkan nikahnya, sudah cukup memuaskan hati umi. Tatkala kami masih tertanya-tanya siapakah pemilik diri calon ketiga, kami dihubungi.
“Tiada niat saya hendak merampas, tetapi jika inilah jodoh saya, saya mohon direstui. Ditambah pula usia saya yang sudah lanjut.”
Dek budi pekerti yang tinggi itulah, aku menghormati beliau sebagai ibu ketigaku yang kugelar Mummy. Padaku, jika umiku kata setuju, setujulah kami anak-anaknya. Semoga harmoni hidup kami sekelurga. Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat. Kami menjadi teman. Kami saling menyayangi. Rezeki melimpah jua, dengan kehadiran dua cahaya mata.

Ketika aku ditingkatan 6 pula, abuya menyuarakan hasratnya untuk mencukupkan kuotanya sebagai seorang lelaki. Umiku menerima dengan rela. Syaratnya dipercepatkan nikahnya. Tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, kerana anak-anak sudah meningkat dewasa. Kami terima dengan hati yang ikhlas.

Oleh kerana dia yang muda, kami menggelarnya Cik Su. Rezeki bertambah, dikurniakan-NYA dua cahaya mata yang sangat comel. Kamu tahu berapa jumlah adik beradik ku? Kesemuanya 14 orang. 6 dari umiku, 4 dari mama, 2 dari mummy dan lagi 2 dari Cik Su.

Setiap tahun, kami akan mengadakan ‘family reunion’. Jika secara kecil-kecilan, kami akan berkumpul di pizza hut. Sememangnya, dari dulu kami amat meminati Pizza Hut. Jika dibuat secara besar-besaran, kami adakan malam ‘barbeque’. Ketika inilah ibu-ibuku ini akan menunjukkan kehebatan masakan masing-masing. Kami tidak perlukan tambahan orang luar untuk memeriahkan majlis kami, kerana kami sahaja sudah tidak tertanggung riuhnya. Ini memori kesayanganku sepanjang zaman.

Tetapi, kiriman mesej yang kuterima tadi petang, sedikit mengecewakan hati. Aku harap diadakan ‘family meeting’ dahulu, sebelum apa-apa keputusan dibuat. Sebelum menjatuhkan apa-apa lafaz. Kepada kamu insan-insan yang menjadi sebahagian nadi ini, sanggup menunggu kepulangan anakmu. Bukankah kita satu keluarga, satu keluarga tidak akan berpisah. Bukankah kita adalah SATU.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Thursday, October 28, 2010

Kemalangan DKG4 dan Terbakar di UK!

Melodrama of Unknown at 1:35 AM 5 VVIP Readers
Hanya sekadar mengkhabarkan.

Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa seorang rakan saya ditimpa kemalangan. Dia juga merupakan seorang anak Johor seperti saya, belajar di sini UUM. Namanya Fendi. Saya lebih suka memanggilnya Fen.

‘Si Tomey’ memberitahu bahawa dia kemalangan antara motor dengan motor. Berdekatan simpang DKG 4 (Dewan Kuliah Gugusan 4). Saya yang sememangnya menaiki kereta ke kelas agak mengenali juga simpang tersebut. Tidaklah sesibuk mana, tapi mungkin nasibnya tidak baik hari itu.

Keadaan dia sedikit merisaukan, kerana luka dimukanya agak teruk, tangannya berbalut dan dia berada dalam keadaan ‘temporary memory lost’ tentang apa yang berlaku padanya ketika kemalangan. Semalam diberitahu bahawa dia di tahan di Hospital Sultanah Bahiyah. Tetapi dibenarkan pulang tidak lama selepas itu.

Semoga dirinya cepat sembuh. Saya tidak mahu, trajedi arwah Latif berulang lagi. Mintak dijauhkan.

Pesanan saya pada semua, terutama bagi sesiapa yang menaiki motor, berhati-hatilah di jalan raya. Kamu harus sentiasa ingat, jika berlaku kemalangan, nyawa kamu yang terancam, kerana kamu terdedah kepada impak yang kuat daripada kemalangan itu sendiri. Hargailah nyawa kita, ingatlah orang yang tersayang


*          *          *          *          *          *
Thanks to Mr. Google


Saya ada lagi satu info buat renungan bersama.

Baru tadi saya diberitahu bahawa kereta kawan ‘Si Tomey’ terbakar. Cubalah kamu bayangkan, kereta beliau yang berwarna kuning itu, yang mana ketika kejadian berada berdekatan parking di Unit keselamatan (Kerana semalam memang sudah rosak) itu terbakar.

Bahaya?! Teramat bahaya. Nasib baiklah, dia tidak memandu kereta tersebut. Moga dijauhkan segala musibah keatasnya. Amin. Alhamdulillah, api kebakaran tidak seteruk mana dan dapat dipadamkan dengan cepat sebelum merosakkan komponen-komponen kereta yang lain.

Setahu saya, kereta beliau rosak tidaklah banyak mana, tetapi tidak tahulah bagaimana pula kerosakan terbaru akibat daripada kebakaran tersebut.

Nasihat saya kepada kamu semua, selalulah perhatikan keadaan kereta sebelum menaikinya. Jika kamu tahu ada yang tidak betul, cepat-cepatlah perbaikinya. Semoga anda semua dijauhkan daripada musibah. Amin.
Free Signature Generator

www.tips-fb.com

Wednesday, October 27, 2010

Jangan Persiakan Potensi Diri

Melodrama of Unknown at 9:57 PM 6 VVIP Readers
Alhamdulillah. Urusanku dipermudahkan pagi ini.

Disini, aku mahu berkongsi sedikit realiti hidup aku. Bacakan aku.

Aku sememangnya mengalami sedikit masalah dalam pembelajaran aku sepanjang berada disini, UUM. Maklumlah, aku ini bukan malaikat. Aku cuma manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan sering kali lalai akan tanggungjawab diri.

Namun, Alllah itu maha penyanyang, maha adil lagi maha pengampun. Ditutupnya aku pintu rezeki disana, dibukakan-Nya aku pintu rezeki disini. Percayalah bahawa SETIAP apa yang berlaku, ada HIKMAHNYA! Pegang kata-kataku ini. Selaminya.

Kenapa aku kata begitu? Kerana rezeki tuhan itu, tidak terbatas. Tidak terhad. Jika dia kata jadi, jadilah. Jika dia kata tidak, sampai bila pun tidak.

Memandangkan sifat aku yang pemalu tidak bertempat ini, dan ditambah pula berat mulut untuk meminta bantuan orang lain, maka aku ketinggalan sedikit kebelakang dari yang lain. Sedih. Jujur aku sedih. Mana tidak-nya, bila melihatkan rakan-rakan yang lain sudah setapak kehadapan.

Sunyi? Jujurnya aku tidak pernah sunyi, kerana masih ramai lagi orang diluar sana yang menyanyangi aku seikhlas hati.Aku masih punya teman berbual, aku masih punya teman bermain dan aku masih punya teman untuk dikasihi.

Pagi tadi aku pergi ke kelas seperti biasa. Aku memang seorang Lone Ranger’. Maklumlah, kesemua mereka adalah ‘Junior’ aku. Aku pula lebih memilih untuk berdiam diri daripada mencari kawan. Sejujurnya, aku memang tidak pandai memulakan bicara. Aku hanya mampu tersenyum, setiap kali ada mata yang melirik ke arahku. Aku tahu, mereka tentu pelik melihat aku yang selalu keseorangan. Aku tidak kisah. Aku sudah biasa. Aku selesa.

‘You can judge me anything you want. I won’t mind. Because if you judge people, you have no time to love them.’

Disepanjang sesi pembentangan aku, mereka semua mengikuti aku. Bila aku tanya, “Do you understand what I’m try to say here?”, mereka jawab sambil mengangguk “YES!”. Respon, itu yang ku cari. Kamu tahu apa hati aku rasa? Bangga, bukan meninggi diri. Gembira. Dihormati. Aku bersyukur kerana mereka tidak membelakangkan aku.

Setelah selesai, mereka berikan aku tepukan yang kuat. Aku jadi malu sendiri. Mereka sukakan pembentangan aku. Pagiku sangat ceria.

Setelah habis kelas tersebut, pensyarahku yang berdarah Arab bernama Sir Swidi Abdullah mahu berjumpa denganku. Aku keluar kelas, berjalan bersamanya. Dia nasihati aku.

Sir: Aisyah, I barely see you in my class. I know that, because it’s easy to spot you when you’re in a class or not.

Me: I’m sorry sir. I can’t understand your teaching. I am skipping your class so that I can be in another class. Sometimes it’s hard for me to understand you. It’s my fault. I admit it.

Sir: Well, at least you can let me know. We can figure it out together. You see Aisyah, silent won’t bring you anything. You have to be closed to your lecturer. Let them know your problem. You didn’t tell me that you don’t have a group. If you tell me earlier, I would arrange a group for you.

Me: I’m so sorry sir. It’s my mistakes. I admit it. The thing is Sir, I’m not good in this kind of bonding. I’m too shy and I hate it! If no one wants me in their group I will never begging. I will figure it out. Sorry that I didn’t refer it to you and let you know and be on my own after all this while.

Sir: But based on what I saw you just now, you’re not a shy girl. You’re a very confident person! You understand our subject very well. You simplify it, you apply it in real life in your presentation! Which is a very good presentation so far from other s.It surprise me because you are one of the silence girl at the back of the class. You’re all alone!

Me: I’m confident in things that I know. It just I’m too shy to ask for help. I hate to been see like an idiot in front of other people. Bargain for their pity.

Sir: You see here. When you out there aisyah, this will cause you a lot of problems. You should learnt by now. Let your superior, lecturer or leader know if there’s anything wrong. They will help. They have the authority. I’m concern because I can see the potential in you. Your confidence amazed those students! You languages are very good. Your explanations are clear and your voice is loud! You just score full marks there. But it won do any good if you keep skipping class and doesn’t involve much in class. Do you understand me?

Me: Yes Sir.

Sir: I am here to listen. To teach. So don’t you waste that alright?

Me: Alright sir.

Sir: Go finished your assignment and let me know when you want to submit it by next week. Alright?

Me: Alright sir. (sambil tersenyum) I am sorry Sir, for all the troubles that I’ve cause. Thank you sir for your consideration. I really appreciate it.

Sir: Its ok.

Aku menganggguk dan dia berlalu pergi. Kamu tahu, inilah yang dinamakan hikmah. Peluang kedua bagi aku. Aku bersyukur sangat. Hari ini, tugasanku dipermudahkan oleh-NYA.

Selepas ini, aku masih ada pembentangan Projek. Harap segalanya berjalan lancar. Amin.

p/s: Thanks bie, for the motivation word!!!
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Kisah Rama2 dan Semut Hitam

Melodrama of Unknown at 5:43 AM 3 VVIP Readers
Thanks to Mr. Google
Dimulakan cerita.

Berjalanlah Si Semut kehulu dan ke hilir. Niat di hati mencari air di sungai. Walaupun penat, usaha diteruskan. Terdampar longlai ditepi busut. (semut hitam ni memang sukakan air-Fakta).

Tanpa diduga, datanglah Rama-rama yang cantik ciptaan-NYA. Hati terpaut, lidah membisu. Mata melirik, hati memuji. Siapa kah ia , pemilik diri.

Rama-Rama: Ey, semut. Apa kamu cari?

(Tiba-tiba boleh cakap melayu mereka ini). Bayangkan!

Semut: Aku mencari air. Tetapi tidak pula menemukan kolam atau sungai yang sesuai. Kamu pula, mencari apa?

Niat dihati, ingin membantu selagi termampu.

Rama-Rama: Oh…begitu. Aku mencari bunga. Bunga yang paling cantik di kawasan ini. Adakah kamu menemuinya ketika mencari air tadi?

Si Semut berfikir sejenak.

Semut: Jika Rama-rama tidak kisah. Saya boleh tolong carikan. Tetapi saya ada 3 syarat yang perlu dipenuhi oleh Rama-rama.

Si Semut mencari akal.

Rama-Rama: 3 syarat? Perdengarkan lah. Jika mampu, saya penuhi.

Semut tersenyum lega.

Semut: Syarat pertama, rama-rama haruslah berada di atas katil dan bersedia untuk tidur. Syarat kedua, rama-rama haruslah tidur awal kerana esok rama-rama ada ‘presentation’. Jikalau tidak cukup tidur nanti mata jadi bengkak. Syarat ketiga, jikalau rama-rama tidur awal, esok malam semut hitam akan bercerita lagi.

Oleh kerana itu, rama-rama terus masuk tidur.

p/s: ‘To my love of my life’, terima kasih kerana berikan ‘bedtime story’ ini. Esok sambung lagi ya! =)
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Tuesday, October 26, 2010

Dengari Aku

Melodrama of Unknown at 3:22 AM 2 VVIP Readers
Pernah dengar akan pepatah English ada mengatakan “Don’t Jugde A Book by Its Cover”? Fahamkah kamu akan maksud tersirat pepatah tersebut?

Ia tidak membawa maksud bahawa jangan kamu menilai sesebuah buku itu berdasarkan kulit mukanya tetapi jika kita dalami maksud sebenar yang ingin disampaikan bermaksud, jangan kamu menilai seseorang dari luarannya sahaja, selami juga budi pekertinya. Oleh itu, aku tujukan pepatah ini kepada mereka yang hatinya masih hitam mengatakan aku seorang yang sombong dan berlagak.

Sedarkah kamu, diri aku sememangnya begini. Aku tidak pandai berbual riang dengan orang yang baru aku kenali. Aku seorang makhluk yang amat sukar untuk berasa selesa dengan orang yang baru dikenalinya. Lainlah jika kamu merupakan makhluk yang mudah mesra dengan kawan baru. Mungkin disitu bezanya kita. Maka terimalah aku seadanya.

Aku sukakan kecantikan. Setiap kali mata ini melihat sesuatu yang cantik, hati ini tidak berhenti memuji keindahan ciptaan tuhan. Begitu juga apabila aku melihat perempuan yang cantik. Mata ini tidak henti meliriknya. Terutama jika mereka memiliki sepasang mata yang cantik serta bulu mata yang lentik dan lebat. Aku sangat mengkagumi keberuntungan diri yang mereka miliki. Kerana aku tidak secantik itu. Aku Cuma miliki mata yang sepet. Tetapi tidak bermakna diri ini tidak bersyukur. Aku bersyukur, malah aku bangga. Kerana aku anak abuya aku. Bila aku keluar bersama abuya, pasti orang sudah boleh agak aku ini siapa. Tidak lain dan tidak bukan, anak En. Razak. Tatkala senyuman aku terukir hati turut terdetik bahawa nyawa ini, nyawa umiku jua.

Aku juga seorang pemalu. Sifat pemalu aku itu menjadikan aku seorang pendiam. Sepuluh katamu, sepatah kataku. Beri akau masa selesakan diri dengan mu. Sejujurnya diri ini, punyai sejuta cerita. Tunggulah nanti, ku perdengarkan. Sungguhpun begitu, diri ini murah dengan senyuman. Aku percaya bahawa, senyuman itu membahagiakan insan yang memandang. Namun ku sedar, sedekahku ini tidak seberapa.

Lihat kamu, tuhan itu maha adil. Dikurangkan aku sifat disini, dilebihkan pula aku sifat disitu. Namun aku tetap bersyukur. Oleh itu wahai teman, jangan kamu hanya menilai luaran, lihatlah dulu mata hatinya sebelum kamu menjatuhi hukum.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Sunday, October 24, 2010

Nyawa Baru

Melodrama of Unknown at 11:00 PM 2 VVIP Readers
Tragedi 19 Oktober 2010 masih segar dalam ingatan aku lagi. Mungkin masa dapat memujuk hati yang lara. (Aku cuba berpuitis, sila abaikan).

Disebabkan hari itu, aku menangis seharian sehingga mata menjadi bengkak. Sudahlah mata ini sepet, ditambah pula dek bengkak kerana menangis. Esok harinya pula aku ada ‘presentation’ untuk subjek ‘Experimental Design’. Cuba kamu bayangkan betapa tidak terurusnya aku ketika itu. Ini baru kehilangan Casmo, entah bagaimana jadinya bila kehilangan orang yang satu. Minta dijauhkan. Amin.

Tapi tidak mengapa, aku seorang yang kuat. Cuma beri aku masa untuk menerima hakikat. Bukan senang bagi aku merelakannya pergi. Tambahan pula, dia yang paling aku sayangi.
Petang itu, seperti biasa aku akan mengambil nasi lemak dari ‘Si Tomey’ aku. Maklumlah, bisnes tetap bisnes. Aku tahu aku tidak sepatutnya melayankan sangat perasaan sedih dihati. Tetapi apakan daya. Aku cuma manusia biasa yang mengharapkan agar masa itu dapat diputarkan kembali.

Kasih dan sayang aku terhadap makhluk kecil itu sangat dalam. Bayangkanlah, aku sanggup mengusungnya pergi dan balik menaiki bus, dari Kedah ke Johor Bahru, kemudian ke Kedah semula. Dia juga penguat semangat aku ketika aku kehilangan Trixy yang satu. Dia, makluk kecil yang ku panggil Casmo. Makhluk kecil yang paling aku manjakan. Makhluk kecil yang sering menggembirakan aku ketika sedih. Makhluk kecil pengarang jantung aku yang satu.

Melihatkan aku yang masih bersedih. ‘Si Tomey’ hadiahkan aku satu lagi nyawa baru yang diberi nama Calson. Pertama kali untuk hari itu, melihatkan makhluk kecil yang halus itu didalam kotak, aku tersenyum. Sekali lagi aku menangis, kerana melihatkan mukanya seiras Casmo. Tangannya yang kecil, bulu yang lebat dan panjang, hidung yang comel, mata yang memberi sejuta bahagia. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sesaknya dada ini menanggung kesal yang amat.

Calson sayang, cepatlah kamu membesar dan menjadi sihat. Agar dapat hati ini tenang melihatmu tidur. Agar dapat hati ini ceria melihatmu bermain. Agar dapat hati ini terubat dari kesal yang dalam.

Kepada insan yang kugelar cinta hatiku, diri ini mahu kamu tahu betapa pemberianmu sedikit sebanyak merubat lara dihati. Inginku mohon maaf, kerana diri ini terbawa emosi sehingga mengabaikan dirimu yang satu. Betapa diriku amat memerlukan dirimu. Terima kasih yang tidak terhingga. Pemberianmu, memberiku sejuta harapan.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Memori Itu, Memori Aku.

Melodrama of Unknown at 7:42 PM 2 VVIP Readers
Lihatlah blog ini, yang tidak mahu ‘ber-update’!! Maaf, tiba-tiba rasa seperti ramai pula pembaca setia yang menuggu cerita terbaru dari blog yang tidak seberapa ini. Anda perasan atau tidak, kini aku sudah mula menulis dalam bahasa melayu yang penuh dan teratur. Ini semua gara-gara ingin menyahut seruan salah seorang ‘blogger’ kegemaran aku yang mengharapkan supaya kita menggunakan bahasa ibunda kita dengan sempurna. Oleh itu, aku akan mencuba untuk tidak menggunakan bahasa pasar disini.

Bercerita tentang kehidupan pula, minggu lepas merupakan minggu yang penuh dugaan bagi aku. Mana tidaknya, dalam kepala masih dibebani dengan pelbagai tugasan dan projek, tidak lupa juga ‘presentation’. Ditambah pula dengan kehilangan ‘hamster’ kesayangan aku yang paling comel, Casmo.

Ketika itu, aku terlalu sibuk mengejar ‘due date’ untuk menghantar laporan projek aku.OLeh itu, aku terpaksa berjaga hingga ke pukul 3 pagi. Ketika itu juga, Casmo buat bising dengan menggigit sangkarnya meminta untuk dilepaskan keluar. Aku tahu dia bosan, dia mahu bermain diluar.

Selalunya, jika Casmo aku lepaskan, aku pasti akan melihatnya bermain dan sekali sekala aku akan menangkap gambarnya yang kurasakan lucu dan comel. Koleksi peribadi aku. Aku suka. Sebab dia anak aku yang comel dan berakal! Walaupun, aku terlepas pandang untuk mengawasinya, Casmo tidak akan bermain jauh. Setelah puas melawat Caslyn dan Molyn dia akan masuk semula kesangkarnya dan tidur. Dia ada mangkuk kegemaran yang sering digunakannya untuk tidur. Bila aku lihat mangkuk itu, hatiku sebak. Cebisan tisu yang aku beri padanya masih ada disitu. Dia juga yang menggonggong tisu itu kesitu.

Sesungguhnya, dia pengarang jantung aku yang satu.

Tetapi subuh itu, kerana aku tahu bahawa Casmo tidak akan keluar dari bilik, maka aku membiarkannya bermain seorang. Cuma sekali-sekala aku akan menjenguk dia dan kembali menyiapkan laporanku. Sangkaanku meleset bila aku toleh ternampak kelibatnya menyusup keluar dari bilikku. Apa boleh buat, dia memang makhluk yang kecil, bawah pintu bilik aku pula besar. Tetapi aku sempat mengambilnya masuk semula. Aku kunci pintu kembali.

Oleh kerana aku sibuk, aku terpaksa letakkan dia kembali kedalam sangkarnya. Cuma silapnya aku, aku tidak kunci sangkar kali itu. Sekali-sekala aku dengar dia menggigit sangkar mahu keluar, aku biarkan dan kembali menyiapkan kerjaku.

Sedang aku leka, tiba-tiba aku terasa angin sejuk masuk kedalam bilik. Rasa seolah-olah pintu tidak bertutup. Bila aku toleh, sangkaan aku tepat! Ya Allah, macam mana boleh terbuka pintu ini, padahal aku dah kunci tadi. Aku bangun menutup kembali pintu. Memang sah aku sudah tutup pintu tadi, kerana tombol pintu masih berkunci. Aku tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Aku tutup kembali pintu dan terus ke meja belajarku. Ketika itu hampir ke pukul 4 pagi.

Tidak tahu kenapa, tetapi hati terdetik mahu melihat Casmo. Bila aku buka laci bawah katil, darah aku berderau bila melihat sangkar Casmo terbuka. Aku mencari dia satu bilik, tetapi tidak juga jumpa. Ya Allah, dugaan ini terlalu besar untuk aku hadapi ketika ini.

Aku tidak mahu berputus asa lagi. Aku terus mencari Casmo sekitar blok aku. Aku pergi di tepi-tepi longkang. Aku tidak peduli dengan kereta yang lalu – lalang disitu. Mesti mereka fikir lain bila lihat ada perempuan terkial-kial ditepi longkang pada pagi buta. Aku tidak peduli!

Sedang aku mencari, tiba-tiba mata aku tertumpu pada seekor kucing betina yang sedang bunting. Entah kenapa, kekuatan aku yang tadinya jadi goyah lalu menangis juga aku akhirnya. Kerana, jika aku lambat menemukan Casmo, dia pasti akan dibaham kucing betina itu.

Sesungguhnya Trixy aku mati dimakan kucing.

Tetapi aku cuba untuk tabahkan diri. Jika aku terus menangis, penglihatan aku akan dikaburi dengan air mata. Apatah lagi, ketika suasana gelap begini, pasti sukar untuk aku menemukan Casmo dengan penglihatan yang kabur. Aku terus mencari Casmo sehinggalah siang. Bila kedengaran azan subuh, aku menangis. Aku tahu, sudah terlambat untuk menemukan Casmo. Dari pengalaman aku, jika hamster terlepas mesti usaha menemukannya dalam masa 2jam. Jika lebih dari itu, harapan sangat tipis. Itu pengajaran aku. Oleh itu, aku tahu.

Tapi hati aku sangat degil. Aku terus-terusan mencari kehulu-kehilir sehingga ke pukul 9pagi. Aku yakin pasti budak-budak di blok aku pelik dengan tingkah laku aku. Tidak tahu kenapa, mulut aku ini sangat berat untuk meminta pertolongan mereka. Tapi hati mengharapkan mereka mencari Casmo didalam bilik masing-masing. Manalah tahu, dia leka bermain disitu.

Nasib aku malang hari itu. Mungkin takdir dah tertulis bahawa aku akan kehilangan Casmo jua.

Kenapa hari ini baru aku bercerita? Kerana hari ini, aku sudah boleh menyebut nama Casmo tanpa mengalirkan air mata. Ketika aku mengemas bilik tempoh hari, aku terjumpa bulu Casmo yang aku potong. Bulu dia sangat lebat dan panjang, selepas aku mandikan dia, aku pasti akan potong lebihan bulu yang kurasakan kurang menarik. (Ya Allah, rindunya aku pada memori tersebut).

Kini aku hanya ada gambar, tuala mandi dan cebisan bulu Casmo buat dijadikan pengubat rindu aku. Biarlah orang hendak kata aku ini tidak betul. Jika itu dapat tenangkan hati aku, aku sikit pun tidak ambil peduli. Kerana memori ini, memori aku, bukan mereka. Oleh itu, mereka tidak akan pernah faham.
Free Signature Generator
www.tips-fb.com

Saturday, October 16, 2010

Apa rasanya…

Melodrama of Unknown at 3:57 AM 3 VVIP Readers
Apa rasanya bila ada adik yg sgt comel?
Heppy…leh tumpang feymes!! 
(Pasan adik ko feymes?? Adik ak lg feymes…kot..)

Apa rasanya bila adik comel kita satu U?
Heppy…leh sharing2 erk??

Apa rasanya bila adik comel tu asal dtg bilik je dia rembat abis sume baju yg blh tahan fav?
Tak pe…..sharing is loving…

Apa rasanya bila kita nk pakai bju cun, tp tak ada?
Hmmm……tak pe….

Apa rasanya bila dpt tahu bju fav kita, adik comel kita sidai kat ampai hamper sebulan?
Haaaaaaaaaa!!!

Apa rasanya bila adik comel kita tu, rosakkan speck mata kita yg mmg dah nazak tue?!
TIDaaaakkkkkkk!!!

Tapi adik comel kita tu mmg bernasib baik!! Sebab apa? Sebab hari ni b-day dia. so, kiranya dia imun oleh sebarang aura negatif! (w’pun dia mmg dah jatuh longkang paginya..)

Apa pun, sem depan haaa get ready la belikan kakak-mu yg VOUGE ni speck mata baru!!! Hahahhahhaha!!!

p/s: Speck mata dah rosak….abuyaaaaaaaa….
Happy birthday sis!!!
Free Signature Generator
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal