Kamu……kakakmu sayu...
Hati kakakmu sayu baca isi hatimu…
Melihatkan hatimu berkecai bagai kaca begitu…
Jika kakakmu punyai kuasa,
Pasti kakak mu ini akan hilangkan kesedihanmu sekelip mata.
Kakakmu sayu tidak mampu berbuat apa,
Melainkan berusaha membuatkan mu melupakan duka mu..
Kalau dulu mungkin kamu mampu mengutip kembali serpihan-serpihan tu
Lalu menyatukannya kembali penuh harapan..
Tetapi, kali ini kamu seolah tidak mampu…
Mungkin kamu masih boleh mengutipnya,
Tetapi untuk menyatukannya kamu sudah tiada daya..
Kenapa insan tersebut masih gagal memahami mu…
Permintaan mu tak banyak,
Cuma sekelumit masa dari kesibukannya..
Namun itupun tak mampu diberikannya...
Hatimu berbekam2 bersabar dgn kesibukkan kerjayanya…
Namun insan tercinta tidak menghargainya…
Kerjayanya mengatasi segala…
Oleh itu wahai adikku sayang…
Mungkin melepaskan adalah jalan terbaik buat kamu berdua….
Percayalah…
Melepaskan insan yang kita sayang
Insan yang pernah membawa sinar bahagia kepada kita
Memang sukar…
Amatlah perit…
Pada ketika kenangan manis bersama insan tercinta bertandang….
Hati mula kecamuk duka…(kakak mu mengerti)
Cukuplah air matamu disia-siakan begitu tanpa nilai…
Cukuplah kamu bersabar…
Cukuplah kamu cuba memahaminya
Namun dia tidak pula usaha memahami dirimu…
Cukuplah dirimu derita kerana mencintainya…
Bukankah cinta sepatutnya membahagiakan hati mu wahai adikku…
Kakak mu ingin menegur
Tetapi kakakmu juga tahu betapa hatimu menyanyangi insan tersebut…
Percayalah adikku…
Jika benar, insan itu mencintaimu sepenuh hatinya…
Dia pasti TIDAK akan mensia-siakan mu…
Cukup sudah kamu bersedih….
Tutup rapat2 buku lama….
Buangkan didasar lautan dukamu…
Jangan pernah diintai kembali…
Cinta duka yang meragut kebahagiaanmu itu…
Lakarkan pelangi di langit dunia barumu…
Kabarkan pada angin bahawa dirimu sudah puas berduka…
Kini masanya untuk kamu mula menyemai benih bunga kegemaranmu…
Memacakkan tiang di empat penjuru…
Walaupun duniamu masih bergelap malam…
Percayalah wahai adikku sayang…
Bila datang sang mentari
Yang melenyapkan kegelapan malammu…
Yang menyuburkan bunga ditamanmu…
Yang membantumu melihat keindahan duniamu…
Yang menerangkan pelangimu…
Yang membantumu merangka tapak rumahmu…
Maka mentari itu akan kekal bersamamu…
Jangan pernah berputus asa….
Mentarimu ada diluar sana…
Berinya masa untuk menemukanmu….
~Dari kakakmu yang menyanyagimu sepenuh jiwa~
4 VVIP Readers on "Buat Adikku Tersayang..."
like2...
taching la....
kan best kalo ade akak camni gak....
nak frust pon xjadik..
=)
>___< KAK NGAHHHH!!!!!!!!!!.................................................................... thank u....... T__T
kalerpul la.. -.-
sangat memberi makna...thanks yea even untuk adik, tapi nak juge ambil heee :)
Post a Comment