Johor Bahru: Sehelai sepinggang. Begitulah keadaan Trixy dan Casmo ketika ditemui semalam. Menurut saksi, ketika ditemui mereka berada dalam keadaan yang tidak terurus serta basah kuyup di rumah kecilnya. Hal ini disebabkan kerana paip (drinking bottle) rumah mereka bocor lalu melimpah ke lantai (Bedding) rumah dan mengenai makanan yg turut bersepah dilantai. Bulu kembang milik Casmo turut terjejas atas insiden tersebut, manakala Trixy hanya mampu bergayut ditingkap rumah demi mengelak lantai rumah yg basah itu!
Melihatkan keadaan itu, Cik Aisyah AR bertekad menempatkan mereka di Rumah Kebajikan Sementara buat seketika. Khuatir akan tumbesaran aktif kedua2 Baby Pet beliau, menyebabkan beliau berasa adalah kurang sesuai membiarkan Trixy dan Casmo terus tinggal dirumah lamanya yg kecil itu.
Ketika ditemui, Trixy mengakui bahawa dia merindui Bungalow lamanya yg lengkap dgn pelbagai kemudahan seperti Spa (Toilet) dan Gym (Whell/Exercise Ball). Walaupun makanan yg diterima di Rumah Kebajikan jauh lebih mewah, namun dia merindui BFF nya iaitu Luna dan Scandlenya, Moon.
Menurut Casmo, mereka tidak sempat mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain ketika di halau keluar oleh owner Bungalow iaitu Pak Dolah (My Lil Bro, Abdullah).
Hasil temu bual mendapati bahawa Pak Dolah bertindak menghalau mereka kerana ingin membalas rasa tidak puas hatinya terhadap Cik Aisyah AR kerana membuat aduan tentang kemalasan beliau membaca buku dan asyik pergi ke CC (Cyber Café) kepada Pak Razak (Abuya). Dimana mengakibatkan beliau dibasuh (dileteri) selama 4 jam bermula 10mlm oleh Pak Razak (Turut dibebeli adalah Mamat yg juga liat menyetadikan diri walaupun tahun ini dia PMR).
“Saya akan dapatkan Castle TERBAIK untuk mereka tidak lama lagi…semua bergantung pada keberkesanan usaha mengepau datuk dan nenek mereka (Umi dan Abuya)”-Tidak Bernama
3 VVIP Readers on "Kami DIHALAU!"
ingatkan manusia..hahaha
OMG!! So comel :-D
hoho.
suka haiwan ni ehh.
igtkan apa lah tadi.
btw, mmg comel lah. hee(:
Post a Comment