Apa itu cinta? Sayang? Minat? Suka?
Sesetengah mereka mengatakan bahawa kesemuanya itu membawa maksud yang sama. Serupa. Seerti. Tiada bezanya. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa tiap satunya itu membawa maksud yang berbeza. Complicated juga bahasa kita ni ya. Tapi tak per. Aku bukan nak cerita tentang bahasa kali ni. Tapi aku nk tekankan pada maknanya yang tersirat. Yang tersembunyi. Yang Halus. Mulus. Fulus…ok…karut….tettt…
Suka-Pada aku, ia memberikan gambaran yang samar tentang suatu perasaan. Suka-Pada aku, cuma kata2 dasar dalam meluahkan perasaan. Suka-Pada aku, hanya permulaan perasaan.
Minat-Pada aku, bermula dari Suka. Minat-Pada aku, tuntutan usaha dan keinginan. Minat-Pada aku, detik perkembangan suatu perasaan.
Sayang-Pada aku, datangnya dari minat. Sayang-Pada aku, suatu yang universal. Sayang-Pada aku, mulanya rasa ingin memiliki. Sayang-Pada aku, tuntutan untuk melindungi. Sayang-Pada aku, keamanan jiwa. Sayang-Pada aku, menuntut pengorbanan.
Cinta-Pada aku, suatu kegilaan. Cinta-Pada aku, suatu yang suci. Cinta- Pada aku, suatu kepentingan diri. Cinta-Pada aku, melepaskan. Cinta-Pada aku, ketulusan hati. Cinta-Pada aku, sebenar-benar rasanya hati. Cinta-Pada aku, memelihara dan memusnahkan. Cinta-Pada aku, sebuah teka-teki yang harus diungkaikan sepenuhnya dengan kasih sayang. Cinta-Pada aku, oksigen. Cinta itu, suatu misteri.
Jiwang bukan?? Terlalu puitis mungkin. Tapi tak per, yang penting maksud yang ingin aku sampaikan, difahami kamu.
Ada yang bertanya pada aku:
“Apa kamu buat, bila Si Dia melihat orang lain ketika bersama kamu?”
Dari sudut ego aku, aku akan mulakan dengan pembalasan:
Seperti mana dia buat aku rasa sakit hati, aku akan buat dia sakit hati dua kali ganda. Bayangkan kamu dan dia sedang keluar bersama. Tiba2 datang sekumpulan lelaki. Pastikan kamu melihat salah seorang daripada mereka. Dengan tajam. Lagi tajam. Lepas tue, kamu senyum dan tunduk. Bila, lelaki2 tersebut melepasi kamu, kamu melirik mereka dari belakang. Kemudian kamu geleng2 kepala. Mesti Si Dia akan mula merasa pelik, dan bertanya kenapa kamu geleng kepala, kamu jawab:
“Gosh!! That one over there, really shake me. Such a Man!”
Yaaaaa……you just hurt his feeling. That’s the goal. Padan muka dia. Siapa suruh dia mulakan dulu. Puas hati? Yup! Aku puas hati. Tapi cuma sementara. Percayalah, perbuatan balas membalas ni, tak akan selesaikan apa2 pun. Malah memburukkan lagi keadaan.
Tapi, jika kamu cintakan dia. Bukan persoalan APA yang kamu akan lakukan, tetapi KENAPA dia mesti memandang wanita lain. KENAPA?
Persoalan itu kamu hanya boleh dapatkan dengan perbincangan. Tanya dia, KENAPA dia masih memadang pada wanita lain sedangkan dia sepatutnya hanya memandang kamu seorang. Apa lagi yang masih kurang pada kamu yang tidak menepati citarasa hatinya.
Setiap perbuatan mesti ada sebabnya. Dapatkan jawapannya. Cuba. Kemudian, kamu nilai sendiri jawapan yang diberikan. Adakah ia berbaloi atau tidak.
Kamu kena ingat, lelaki yang baik akan terima kamu seadanya. Dia tidak akan cuba mengubah kamu menjadi suatu yang bukan diri kamu. Dia hanya akan memandang diri kamu sahaja. Hatinya, jasadnya dan jiwanya hanya ada kamu.
Jangan biarkan diri menjadi bodoh kerana cinta. Menjadi buta kerana cinta. Menjadi tuli kerana cinta. Menjadi hamba kepada cinta. Cinta manusia bukan sesuatu yang abadi. Oleh itu, chose wisely. Buka mata, buka hati dan buka minda kamu. Jangan kelak, kamu derita kerana cinta.
11 VVIP Readers on "Apa? Atau Kenapa?"
fulamak... semat lah entri nih!
heheh
buta lah siapa yang derita kerana cinta..
hahak
huhu..nice entri..penuh dengan kata-kata yg dalam..
waa!sungguh puitis artikel ni.I like!
@Faiz TapitEh...faiz!! hahhahah!! sankyu!! sankyu!!! =) tetiba bangga diri kejap kna puji...eep!! epp!! hahha!
@nubdefinitely!! couldn't agree more!!
@Syafiq Rosliheheeee..thanks syafiq!!!
@saifulheheheh....thanks saiful....malu lak kna puji...muahahah!!
walawei..
mendalam nye..:D
@GenGkeyheheheh....sharing2 jer...huhu..
hm.. saya x tau la, kitorg ni cnta betul2 ke main2. hmm..
Post a Comment