Powered By Blogger

Lady Aisyah AR

Banner Yoishme Photobucket
Protected by Copyscape Web Copyright Protection

::People Who Appreciates Me::

If you're bored, play me!
 Rita Ora - How We Do .mp3
Found at bee mp3 search engine

Friday, December 31, 2010

Muntahkan Semua!

Melodrama of Unknown at 2:10 AM 13 VVIP Readers
Katalah apa pun yang kamu mahu. Sampai berbaldi air liur kamu pun aku tak kisah. Sikit tak tercuit pun emosi aku. Cuma bila aku lihat kamu, aku jadi gelak sendiri. Tak caya aku gelak?? Dengar ni.

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHHA!!!!!!!

Jap ada lagi…

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA!!

Cuma satu je aku nak beritahu kau, kau bertudung bagai, tapi kening kau bercukur trim baik punya!!! Kalah kening aku tuh!!! Aku pun tak tergedik nak cukur kening ya’ll!! Tapi kau……hmmm…

Jangan melebih2 sangat ya…nanti aku tempek muka ‘muslimah’ kau tu kat sini. Bukan apa, dah kau nak cari publisiti murahan sangat. Apa jenis manusia lah kau ni…luaran suci, tapi hati hitam nauzubillah!!
Pesanan aku buat kamu2 semua ya. Kamu kena ingat selalu, tiada satu manusia pun yang lahir2 terus sempurna. Oleh itu, sebelum kamu mahu mengata tentang keburukan orang lain, kamu harus menilai diri sendiri dahulu. Perbetulkan diri, lalu jadikan ia sebagai ikhtibar. Jangan ikutkan nafsu, dan dengki pada yang lain.
Jika ingin menegur, tegur dengan baik. Dengan sopan. Bukan dengan tuduhan, makian dan hamunan. Hahha!!! Tak elok. Tak elok. Tak elok gilerrrr….sangat!

Pada kau…ehhhh..silap…kamu….(sopan..)hahhaha!! Kamu tahu tak apa hukumnya mencukur kening?! Basic tue!! Gagagga!!! Oh Lady Gaga!! HARAM!! HARAM!! HARAM!! Lainlah kalau kening kau tue lebat mcm cimpazee!!! Aku blh lah consider reason kau cukur/trim kening kau tue an! Haih…. 
Aloooloooo....comelnye dia...
Eh kejap...Cimpazee ada kening ker?

Ok, fine, kening yang macam ni ha....
Dah, pergi perbetulkan diri tu dulu. Pergi…

p/s: Aku tak ske kacau org tak tentu pasal. Tapi bila ada yg menyalak kuat sangat, terasa nk panggil jabatan haiwan liar jer...hah!!
www.tips-fb.com

Please Don't Go

Melodrama of Unknown at 12:15 AM 0 VVIP Readers
Baby please don’t go….
What it feel like losing someone?
What does it takes to get them back?
Begging?
Promising words?
Let it go?
Hoping for some miracle?
Be rational and find someone else?
Be totally irrational?
Silence?
What ever it is, make sure its worth to fight for.
Enjoy this songs!!! 
I’m head over toes craaazy bout this song!


MIKE POSNER - Please Don't Go

 Mike Posner - Please Dont Go .mp3
Found at bee mp3 search engine

www.tips-fb.com

Thursday, December 23, 2010

Maksimumkan Pemanjangan Rambut

Melodrama of Unknown at 3:46 AM 26 VVIP Readers
Rambut adalah mahkota setiap wanita…itu kata iklan Panteen. Aku setuju. Anguk..angguk..hahha!!

Bagi kamu yang mahukan Tips memanjangkan rambut. Sini aku ada sedikit ilmu ingin dikongsi bersama. Seperti biasa ingin aku ingatkan disini, aku bukanlah seorang professional. Cuma ingin berkongsi. Jika ada info yang silap dimata kamu, harap diperbetulkan.
Sebelum aku pergi kepada tips, aku nak kamu tahu tentang fakta dahulu:
Kamu tahu tak bahawa rambut kita ini akan memanjang sebanyak 1-3 cm SETIAP BULAN?! Ya…percayalah, itu adalah fakta. Itu gunanya Sciences.
So, jika begitu kejadiannya, kenapa ada petua2 memanjangkan rambut?? Hmmmm….

Disinilah, tricknya. Sebenarnya, kita hanya mampu memaksimumkan pemanjangan rambut kita setiap bulan, tetapi kita tidak boleh mempercepatkannya. Dari fakta, rambut kita boleh memanjang maksimum 3cm setiap bulan, itulah goal kita kali ni. Memaksimumkan pemanjangan rambut. Yeahhhh!! Hahaha..

Oleh itu kita mulakan:

Rawatan Dari Dalam

Pemakanan. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin B serta biotin. Amalkan makanan berikut: Bayam, Brocoli, Pisang, Kacang merah, Lentil, salmon, almond, walnut, telur, roti gandum (whole bread), carrot, dan juga tiram. Kesemua makanan diatas mengandungi nutrisi yang lengkap dan padat untuk pertumbuhan rambut yang lancar dan sihat serta maksimum.

Rawatan Dari Luar

Semasa nak syampoo rambut, gunakan syampoo dan pelembab yang mengandungi minyak pelembap seperti avocado. Kemudian amalkan urutan ini:

Gunakan hujung jari kamu dan urutkan seluruh kulit kepala paling minimal 2 minit! Hal ini akan melancarkan pengaliran darah kulit kepala. Sekali gus, merangsang pertumbuhan rambut!
Bak kata Kingsley: “Rambut yang baru akan mengalami kesukaran untuk tumbuh jika melalui lapisan kotoran, minyak dan sel2 mati”
Seterusnya, jangan abaikan perlindungan rambut kita. Bagi yang bertudung. Kamu blh abaikan langkah ni, tapi bagi yang freehair, pastikan kamu pakai serum atau apa sahaja product rambut yang mengandungi perlindungan sinar UV. Then, you are good to go!

Ada juga petua traditional menyarankan kamu lumurkan air serai pada rambut. Tapi aku tak pernah amalkan, makanya aku tidak tahu hasilnya. Takut2 silap langkah, rambut panjang, berkelemumur pula…haih!!!! Susah….susah….

Oleh itu, Selamat Mencuba!!!!

P/s: Klu nk express, amik supplement ajer lah. Pergi Watson, kemudian beli supplement yang mengandungi Vitamin A, B dan Biotin. Senang kerja. Ye tak….hahha!!
www.tips-fb.com

Apa? Atau Kenapa?

Melodrama of Unknown at 1:58 AM 11 VVIP Readers
Apa itu cinta? Sayang? Minat? Suka?

Sesetengah mereka mengatakan bahawa kesemuanya itu membawa maksud yang sama. Serupa. Seerti. Tiada bezanya. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa tiap satunya itu membawa maksud yang berbeza. Complicated juga bahasa kita ni ya. Tapi tak per. Aku bukan nak cerita tentang bahasa kali ni. Tapi aku nk tekankan pada maknanya yang tersirat. Yang tersembunyi. Yang Halus. Mulus. Fulus…ok…karut….tettt…
Suka-Pada aku, ia memberikan gambaran yang samar tentang suatu perasaan. Suka-Pada aku, cuma kata2 dasar dalam meluahkan perasaan. Suka-Pada aku, hanya permulaan perasaan.
Minat-Pada aku, bermula dari Suka. Minat-Pada aku, tuntutan usaha dan keinginan. Minat-Pada aku, detik perkembangan suatu perasaan.
Sayang-Pada aku, datangnya dari minat. Sayang-Pada aku, suatu yang universal. Sayang-Pada aku, mulanya rasa ingin memiliki. Sayang-Pada aku, tuntutan untuk melindungi. Sayang-Pada aku, keamanan jiwa. Sayang-Pada aku, menuntut pengorbanan.
Cinta-Pada aku, suatu kegilaan. Cinta-Pada aku, suatu yang suci. Cinta- Pada aku, suatu kepentingan diri. Cinta-Pada aku, melepaskan. Cinta-Pada aku, ketulusan hati. Cinta-Pada aku, sebenar-benar rasanya hati. Cinta-Pada aku, memelihara dan memusnahkan. Cinta-Pada aku, sebuah teka-teki yang harus diungkaikan sepenuhnya dengan kasih sayang. Cinta-Pada aku, oksigen. Cinta itu, suatu misteri.
Jiwang bukan?? Terlalu puitis mungkin. Tapi tak per, yang penting maksud yang ingin aku sampaikan, difahami kamu.

Ada yang bertanya pada aku:
“Apa kamu buat, bila Si Dia melihat orang lain ketika bersama kamu?”
Dari sudut ego aku, aku akan mulakan dengan pembalasan:

Seperti mana dia buat aku rasa sakit hati, aku akan buat dia sakit hati dua kali ganda. Bayangkan kamu dan dia sedang keluar bersama. Tiba2 datang sekumpulan lelaki. Pastikan kamu melihat salah seorang daripada mereka. Dengan tajam. Lagi tajam. Lepas tue, kamu senyum dan tunduk. Bila, lelaki2 tersebut melepasi kamu, kamu melirik mereka dari belakang. Kemudian kamu geleng2 kepala. Mesti Si Dia akan mula merasa pelik, dan bertanya kenapa kamu geleng kepala, kamu jawab:
“Gosh!! That one over there, really shake me. Such a Man!”
Yaaaaa……you just hurt his feeling. That’s the goal. Padan muka dia. Siapa suruh dia mulakan dulu. Puas hati? Yup! Aku puas hati. Tapi cuma sementara. Percayalah, perbuatan balas membalas ni, tak akan selesaikan apa2 pun. Malah memburukkan lagi keadaan.

Tapi, jika kamu cintakan dia. Bukan persoalan APA yang kamu akan lakukan, tetapi KENAPA dia mesti memandang wanita lain. KENAPA?

Persoalan itu kamu hanya boleh dapatkan dengan perbincangan. Tanya dia, KENAPA dia masih memadang pada wanita lain sedangkan dia sepatutnya hanya memandang kamu seorang. Apa lagi yang masih kurang pada kamu yang tidak menepati citarasa hatinya.

Setiap perbuatan mesti ada sebabnya. Dapatkan jawapannya. Cuba. Kemudian, kamu nilai sendiri jawapan yang diberikan. Adakah ia berbaloi atau tidak.

Kamu kena ingat, lelaki yang baik akan terima kamu seadanya. Dia tidak akan cuba mengubah kamu menjadi suatu yang bukan diri kamu. Dia hanya akan memandang diri kamu sahaja. Hatinya, jasadnya dan jiwanya hanya ada kamu.

Jangan biarkan diri menjadi bodoh kerana cinta. Menjadi buta kerana cinta. Menjadi tuli kerana cinta. Menjadi hamba kepada cinta. Cinta manusia bukan sesuatu yang abadi. Oleh itu, chose wisely. Buka mata, buka hati dan buka minda kamu. Jangan kelak, kamu derita kerana cinta.
www.tips-fb.com

Tuesday, December 21, 2010

Terabai?!

Melodrama of Unknown at 3:54 PM 17 VVIP Readers
Bukan….aku bukan mengabaikan kamu yoishme. Tp aku busy. Busy dengan komitmen lain. Komitmen reality. Hahhaha!! Kesian pula aku tgk yoishme ni senyap tak berpenghuni. Tapi hari ni, nah aku bebelkan byk cerita ya.

Mulanya begini…..
Habis sudah tanggungjawab aku menjawab final tempoh hari, aku terus naik ‘flight’ Star Mart yang berlepas dari Shahab Perdana, AS dan terus ke Airport Larkin. Dimana sebuah ‘Limo’ dah bersedia menanti kepulanganku! Dengan membawa 2 buah kotak penuh dgn ‘sampah sarap’, beserta 4 baby pets + 8 pups yg baru berusia 4 hari tue!!! Bayangkan keterujaan aku untuk sampai kerumah dgn cepatnya!! Bayangkan!! Cuba!!! Hahah!! Bagus!
Sampai rumah jer, mmg tak sempat nak rehat pun. Tengok rumah macam tongkang pecah!! Tak betah aku nak duduk, terus sambung mengemas! Lepastu, adik aku Dolah ajak aku teman dia pergi jumpa vet (veterina). Sebab kucing2 dia suma dah sampai masa nak suntik vaksin! Hmmm..aku pun terus bawa baby pet aku si Calson tu sekali. Sebab Calson selsema dah nk dekat sebulan kot!! Kesian aku tgk dia, nak tido pun, dok eceh…eceh…(bersin) aloloooo….(Gosh!! I miss my babies right now!!!).

Kesibukkan aku berterusan sehinggalah pada hari majlis iaitu 18 december 2010. Seperti yang aku uar-uarkan beberapa hari lalu, bahawa Along aku akan menjadi tunangan orang!! Oleh kerana, kesibukkan yang melampau, aku tak sempat nk jadi mak andam beliau. Beliau berjaya menjadi mak andam utk diri beliau sendiri. Dan hasilnya….
So, aku Tanya Abg C-Deq..
“Cantik tak Along?”
“AMAZING!!!”
Heheeee…if he love it, then it’s PERFECT!!! That’s all matters!! So, flow majlis hari tu berjalan dgn sgt lancar dan meriah. Ada beberapa kejadian yang sangat amat buat aku gelak bila dipikirkan balik. 
Nasib baiklah, Mak Teh dan Mak Chak ada bersama memeriahkan majlis dan membantu Umi!! Mereka adalah orang penting dalam memastikan segalanya berjalan dengan sempurna. Ribuan terima kasih tak terhingga!! Nak harapkan aku?? Apalah sgt yang aku tahu. Ghee~ Apapun, Umi aku mmg hebat!!!! Dia mmg seorang UMI yang paling HEBAT DIDUNIA!!!!
Kehadiran hari tue, cecah 80 orang juga. Termasuk tenaga kerja staff2 abuya dan jiran tetangga!!! Termasuk juga, rombongan dari Melaka. Nasib baik pasang khemah, lancar jer flow hari tue…(asal aku tak abis2 ckp pasal flow nie??!!) sebab….itu yg aku harapkan….semuanya berjalan dgn lancar! That’s all.

Facts:
Along aku hari tu dia jadi sangat malu dan nervous!! Sangat kelakar tgk dia. Tak blh duduk diam. Dia kata, rasa lain bila dah jadi tunangan orang (officially). Manakala, Abd C-Deq aku sangat teruja, sampai bertenggek kat depan pintu masa sarung cincin pun tersengeh2….suka pula aku tgk mereka berdua ni. Lega hati pun ada. Aku yakin, Along aku akan dijaga dgn sempurna.
Hantaran 5 berbalas 7!!! Owh!! Aku sgt sukakan hantaran Choc cake dr pihak lelaki ok!! Sumpah, aku taram cake tue hampir2 habis!! Hahhahahha!! 
Malam tue, abis kemas rumah semua. Aku mandi2 terus pengsan!!! Snor..snor…sampai esok pagi!!! Esok paginya pula nak ke rumah baru Along!!!!

***************************************************
Aku bangun agak awal juga. Sebab teringatkan anak2 belum makan ubat lagi. Terutama sekali Si Calson tue. Risau aku, bilalah dia nak sembuh. Tapi gembira tengok anak2 semakin hari, semakin sihat dan gemuk!!! Untungnya ada di JB, dapatlah makan makanan yang segar2 hari2. Besarlah dgn sihat!! Cepat!!! Haaa…

Aku siap paling awal, sebabnya Along mintak aku stay dirumah dia untuk seminggu. So, aku kna packing lebih dari yang lain. Kena temankan Along. Maklumlah, first time duduk rumah sediri, ditempat baru pula. Along kini dah menjawat jawatan baru di tempat baru ya'll!!!
On the way ke sana, kami menyinggah makan angin smpai kembung dulu. Sambil bawa orang jauh (Mak Teh, Mak Chak dan Dik Yasmin) jalan2 sekitar Selatan ni ha…last2 sampai umah along malam. Nasib baik ada Abang C-deq yang sudi bersusah2 mengescort rombongan kami ni ha…

Sampai umah Along, aku pula yang terharu. Kakak aku dah ada rumah!! Thanks to Abang C-Deq, for such a beautiful house!!! Lagilah semangat aku nak stay tue berkobar-kobar!!! Terutama bila mata ni dah focus pada LCD Home theater mereka!!! Ouh……I love watching movies!! Huarghhhh!! Aku sayang mereka berdua. (Tetiba…)

So, now, here I am. On my 3rd days in here. Still missing my babies soooo much!!! Tadi pun baru call Achiq igtkan dia supaya jgn lupa bagi anak2 aku makan ubat. Senang hati dgr Achiq kata my 8 pups dah mula tumbuh bulu!!!! Yayyyayay!!!! Tak sabar pula nk tgk those 8 pups tu buka mata….hmm…

Oleh itu, aku akan cuba mengupdate dari semasa ke semasa. Buat kamu2 yang mana aku masih gagal tunaikan janji2 aku tue, harap bertabah ya!! Aku akan usahakannya secepat yang mungkin. Maaf sebab aku lembap! Hahha!! Pape pun, aku sayang kamu semua. Siyes!!! Terutama kamu yang tak jemu melawat blog tak seberapa ni. I lap u much! Much!! Orait!!!

p/s:Ada orang tue sudah kerja Bakery!! Nnt kita suruh dia baked something!!! Heheee….I miss you..

www.tips-fb.com

Monday, December 13, 2010

Tips Tambah Follower/Readers

Melodrama of Unknown at 1:06 AM 62 VVIP Readers
Ada apa dengan follower? Kenapa kamu nak tambah bilangan follower? Untuk apa dan sebab apa??

Pertama sekali kamu kena ingat. Bilangan follower sesebuah blog itu, tidak melambangkan bahawa blog itu Gah ataupun famous. Kehebatan sesebuah blog itu terletak pada banyak perkara. Popularity itu terlalu subjektif. Kamu harus pandai mencorakkannya.

Tapi kali ni aku bukan nak bebel pasal hal tue, tapi aku nak kongsi cara untuk tambah bilangan follower yang aku amalkan.

1. Update blog
Kamu jangan terlalu ‘berahi’ untuk tambah follower sampaikan kamu lupa asas yang paling utama. Pada aku, dgn cara kamu update blog, kamu dah panggil reader2 lain untuk dtg. Tak kanlah dalam 10 yang datang baca tu, tak da satu pun yang follow. MUSTAHIL. Melainkan kamu update begini:
“Hari ni, tempat aku sgt panas ok. Habis basah ketiak aku. Oklah, aku nk pergi Library, nak cari Air-cond…”
Memang kna caci jer lah. Sumpah aku tak masuk dah blog yang mcm ni!! Apa kau ingat ini Twitter?!!! Kau pikir kau tu Hanis Zalikha? Even Hanis Zalikha pun buat entry yg panjang lebar tau!! Grrrrr….

2. Blogwalking
Mana2 bloggers, kalau kamu tanya mereka PASTI akan setuju bahawa blog walking (BW) ni adalah sgt penting! Kalau tak, tak kan wujud ‘Blog Larian’, software ‘AutoBlogWalking’ dan lain2. So, rajin2kan diri untuk berBW! Ada banyak cara untuk utk kamu BW smbil tambah bilangan follower ni. Kamu amalkan 3 perkara ini.
a) Tinggalkan jejak di shoutbox – supaya senang mereka jejak kamu semula
b) Berikan comment berkaitan entry yang kamu baca- supaya kamu mendapat perhatian mereka.
c) Follow blog mereka – supaya mereka rela hati follow kamu dan bukan secara paksa rela.
Selain kamu dapat follower, kamu juga dapat pengunjung tetap.

3. Anjurkan contest!
Minta mereka jadi Follower kamu sbg salah satu syarat penyertaan. Tapi ingat, jangan sampai memaksa. Jangan pula kamu kata:
“WAJIB follow blog saya untuk join contest ni. Nanti saya check!!!” sebaliknya tulis begini..
“Bagi mendapatkan updated terbaru ttg contest ini, silalah follow blog saya”
Orang pun boleh fikir rasionalnya disitu. Tapi, jangan pula bila habis contest, kamu stop following! Tak ikhlas namanya tu. Kamu buat orang mcm tue, nnt org buat kamu balik. Kamu juga yang rugi.

Kamu pula, bila anjurkan sesuatu contest tue, biarlah ikhlas. Jangan hanya nak kejar follower ramai, kamu buat cincai2. Orang lain tgk pun hilang minat nak join contest. Kamu kena kreatif. Belajar untuk jadi kreatif! Jadikan bloggers2 yang dah berjaya seperti Ben Ashaari sebagai panduan. Beliau penuh dengan idea.

4. Suasana blog kamu.
Kekemasan blog kamu itu sgt penting. Pastikan segalanya mudah dibaca dan mudah difahami. Jangan semakkan blog dengan pelbagai widget selagi ada. Ambil mana yg kamu rasa perlu. Pastikan blog kamu tak berat. Sebab, blog yg berat akan menyumbang kpd penurunan pengunjung/visitor. Kalau visitor kita kurang, probability untuk dapat follower adalah teramat tipis! Jika kamu sediakan ruangan iklan, pastikan iklan kamu berada dlm keadaan yang tersusun dan kemas.

Aku rasa cukup 4 perkara ni kamu amalkan, insyaallah akan ramai yang suka akmu dan follow kamu dengan rela hati. Kita jangan bandingkan dirib kita dgn bloggers yang sememang seorang public figure ataupun pernah menjadi public figure. That’s totally a different story.

Kita jangan terlalu mengharapkan tuah dibadan, kelak kecewa akhirnya. Mulakan dengan usaha,akhirinya juga dgn usaha. Secara jujurnya, bila aku tengok bilangan follower diblog aku semakin hari semakin bertambah, aku sendiri jadi semakin bersemangat. Aku happy! Kerana ada juga insane yang pandang blog tak seberapa aku ni. Jauh disudut hati, aku tahu mereka hargai kewujudan blog aku ni. Sebab itulah, bagi sesiapa yang meninggalkan jejak di blog aku ni, aku pasti akan follow tanpa byk soal dgn rela hati.

Pada kamu yang kini miliki follower beriban2, jangan pula lupa diri. Kamu bukan siapa2 kalau bukan kerana follower2 kamu juga. Oleh itu, tak salah bukan kita hargai usaha mereka. Bukankah saling support each other jauh lebih baik dari berlagak sombong!
Renung-renungkan.

p/s: Aku bercakap atas dasar pengalaman sendiri. Tiada niat utk bermegah apatah lagi mengutuk sesiapa. Jika ada salah dan silap, harap diperbetulkan. Aku juga masih dalam proses belajar. Cuma sedikit ilmu aku kongsikan bersama.

Salam bloggers!!
www.tips-fb.com

Sunday, December 12, 2010

Lawak : America VS Perancis

Melodrama of Unknown at 1:24 PM 8 VVIP Readers
Terdapat seorang lelaki Amerika sedang duduk di sebuah restoran sambil mengunyah chewing-gum. Kemudian datang seorang lelaki Perancis lalu  duduk bersebelahan meja lelaki Amerika tadi. Lelaki Amerika yang terlalu bangga diri menjadi rakyat America pun memulakan perbualan. Dia bertanya kepada lelaki Perancis tersebut..

“Bila kau makan Roti, adakah kau makan kesemuanya sekali?”

“Mais Oui! Sudah Tentu!” balas lelaki Perancis.

“Well, bagi kami pula, kami cuma makan bahagian roti yang lembut sahaja, manakala bahagian roti yang keras kami akan kumpulkan dan hantar semula ke kilang untuk diproses. Hasilnya adalah roti2 kecil yang kami jual di France” Kata lelaki Amerika dengan bongkak.

“Dan bagaimana pula dengan steak? Adakah kamu makan semua bahagian daging tersebut?” Tanya lelaki America itu lagi.

“Bien Sur! We do!” jawab lelaki perancis.

Lelaki Amerika tersengeh tidak percaya sambil menggelengkan kepala berkata

“Kami cuma makan bahagian daging yang lembut sahaja, manakala bahagian yang berurat dan sukar dikunyah, kami akan kumpulkan dan hantar semula kekilang untuk diproses. Hasilnya adalah steak2 kecil yang kami jual di France”

Kata2 daripada lelaki Amerika telah membuatkan lelaki Perancis menjadi gusar. Maka, dalam kegusarannya dia bertanya kepada lelaki Amerika,

“Apa orang Amerika buat pada kondom yang telah mereka guna?”

“Hey, sudah tentu kami membuangnya” jawab lelaki Amerika.

“Ha!" Kini lelaki Perancis pula merasa bangga.

"Tetapi kami tidak. Kami akan kumpul semula kondom yang telah digunakan dan hantar ke kilang untuk diproses. Hasilnya adalah chewing-gum yang kami jual di Amerika"

Lelaki Amerika terkedu.
www.tips-fb.com

Proton Inspira Kini Milikku!

Melodrama of Unknown at 7:39 AM 18 VVIP Readers
Semalam, Abuya call ajak aku pergi tengok Proton Inspira yang baru tu. Sebabkan dah janji nak bagi hadiah untuk Birth-day aku yang lepas. So, sekarang ni dah ada depan mata, kena tunaikan janji. Hati berbunga tak yah cakap ar. Akhirnya, Proton Inspira pujaan hati menjadi milikku!!!
Masuk ke kedai Jual Proton Edar kat area Larkin tue. Masuk2 jer aku dah aim Proton Inspira Solid White aku tue!! Oh, tetiba mata terlirik ke warna Plum Red pula. Tapi kenapa aku tgk warna Tranquility Black nmpk sophisticated gila. Sampaikan bila aku tgk warna Genetic Silver buat aku jadi rambang mata terus. Haih….napelah tak ada warna PINK! Grrrrr..

Pastu, aku pergilah jumpa En. Fahmi, agent yang tolong settlekan urusan jual beli ni lah. Pastu, aku pun tanya dia beberapa perkara tentang Proton Inspira ni, dan ini jawabnya:

Proton Inspira ni adalah hasil kerjasama di antara Proton dan Mitsubishi. Enjin dia pure Mitsubishi tapi body dan accessory all made in Malaysia. Purata harga adalah antara RM78,999-RM91,999 mengikut jenis yang dipilih. Terdapat 3 jenis iaitu:
Owh!!! Dengan monthly payment yang sebegitu mampukah aku? Mampukah?? Kejap, nak pergi check piggy bank aku tinggal berapa dah….ahhahaaa…..Pastu, abuya pun kata jangan risau. Dia akan beli cash! Oh!!!! Kenapa aku seorang yang sangat beruntung!! Ghee~
Setelah pikir punya pikir, aku yakin memilih Proton Inspira Solid White 2.0 litre MIVEC 4b11. Tiba2 phone aku berbunyi. Terkejut aku, terus bangun dari tidur. Uishk!!! jam, phone berbunyi sudah!! Arrrghhhh!! Potong steam tol!! Baru nak mimpi aku naik kereta tue merempit sekitar JB!!

Sedih….


p/s: Support Proton Malaysia!!!

www.tips-fb.com

Makhluk Pembunuh!

Melodrama of Unknown at 3:42 AM 2 VVIP Readers
Gambar Sekadar Hiasan
Salam Bloggers semua.

Pernah tak korang alami situasi dimana, korang sedang syok menjamu selera penuh bernafsu, tetiba hidung kamu tertangkap pada satu bau dan kemudian terus kepala jadi pening-pening lalat gitu. Kamu tahu bau apa?? Bukan!!! Bukan bau sate kajang!! Bukan!! Ishk…bau tengik badan orang blh lah tutup2 hidung. Bukan!!

Tapi……

Bau asap ROKOK!!!
“Come on la brader, aku muda lagi nie!!! Kakak aku nak tunang 18 ni!! Anak aku baru beranak kot!! Aku baru berangan nak makan ABC Special bila balik JB nnt. Jenny tunggu aku kat rumah tue brader….tak kan lu nak bagi aku mati kot!! Lu melampau! Aku tgh makan kot!!!”
Aku memang tak boleh terima dengan orang yang SMOKING di tempat makan. Pada aku biadap sangat lah tu! Ye lah, dia sendiri sudah sedia maklum akan bahaya Rokok dan ASAP rokok tu kan, dah tu dia boleh pula selamba tenuk sedut hembus, kembang kecut hidung dengan Rokok kat tempat awam camtue, siapa tak panas!

Spoil nafsu makan aku yang tengah berbara2 tu! Worst lagi, terpampang dengan sangat besar kot sign ni.
Pada mulanya tue, aku memang nak approach dia bagitahu dia
“Brader, bleh ark lu blah dari sini, smoking dalam keter lu ker. Lu nak kepam asap rokok lu tue kat dlm keter lu pun, tak der sape nak marah la. Agak2 lah. Paru2 wa derita ni bro!”
Tapi, Mr Boyfie kata jangan. Sabar. Kembang kecut hidung aku tahan marah!! (Ok, tipu…). Last2, aku pandang badi jer kat dia sampai dia rasa annoying. Pastu, dia tak selesa kot aku tengok dia marah2 cam tu, dia pun bangun, pergi bayar bill pastu blah dengan sorang kawan lelaki dia dan 2 lagi perempuan (awek mereka). Kesian awek dia, boy dia bunuh dia terang-terangan, dia boleh rela!!!

Sini ada sedikit pesanan pada Perokok2 Tegar Semalaya diluar sana (mcm dorg baca..) bahawa:

1.Belia sekarang adalah belia benci merokok. Kamu saja yang ketinggalan dalam gua.

2.Kalau kamu nak merokok sekali pun, tengok tempatlah, pergilah merokok dalam kereta kamu ke, tak pun kamu amik tiub yang blh menyambungkan asap rokok tue terus ke hidung kamu. Kata nak nampak COOL…..ni baru COOL!!

Kepada belia2 benci merokok pula:

1. Kamu ada HAK, untuk meminta si perokok supaya tidak merokok di sekitar kamu. Terutama sekali apabila berada di tempat2 makan. (Teguran ni sesuai pada perokok yang jauh lebih tua dari kita)

2. Tak pun, kamu boleh bagi dia signal dengan cara: kamu ambil beberapa helai tisu, kamu tekupkan dihidung, sambil  libas2 kan tangan seolah2 macam melibas lalat tue. (Sesuai pada perokok2 muda, atau pun sebaya kita)

3. Kalau dia still berdegil, kamu ckp kuat2:
“Tolong!!!! Dia sedang membunuh paru2 saya!!! Tolong!!!”
Gerenti dia pun cuak terus nightmare!! (Ni, bagi perokok yang degil tak reti bahasa!!)

Kepada kaum wanita2 yang gojes2 diluar sana, jika kamu dalam pencarian memilih calon pak we, ataupun SUAMI, pilihlah mereka yang TIDAK MEROKOK. Apa yang kamu tidak sedar ialah, dalam kalimah cinta yang diberi, dalam kasih dan sayang yang ditaburi, dalam janji manis yang dibuat sebenarnya dia sedang membunuh kamu setiap kali dia merokok dihadapan mu. Berbaloikah hidup kamu untuk dibunuh free2 macam tu je? Tepuk dada, Tanya selera.
Kalau aku, aku suruh dia bercinta dgn ROKOK, makan dengan Rokok, mandi dengan ROKOK, Tidur dengan ROKOK dan MATI dengan ROKOK.
www.tips-fb.com

Friday, December 10, 2010

Tutorial : Memasukkan Blinkies/Animated Dalam Blog

Melodrama of Unknown at 11:58 PM 2 VVIP Readers
Ok, atas permintaan adik2, tutorial kita pada kali ini ialah bagaimanakah caranya untuk memasukkan animated/blinkie pada blog (As a decoration).

Pertama

Kamu pergi pada mana-mana website yang ada menyediakan perkhidmatan blinkies ataupun animated. Ada banyak. Ataupun boleh terus rujuk DISINI. Kemudian buat pilihan yang kamu kehendaki. Dalam contoh memilih Blinkie (Rujuk gambar dibawah).
Kedua

Kemudian, kamu Copy code HTML yang diberi (rujuk gambar dibawah).
Ketiga

Log In Blogger dan ikuti langkah berikut:


1. Pilih Edit Template – Page Element
2. Add Widget HTML
3. Paste code yang kamu dah copy tadi tue
4. Klik butang Save.

Ok, sekarang kamu dah blh check, keluar tak blinkie kamu.

Selamat Mencuba!

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

A GURLZ LIKE ME!! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal